PUJA ( ISBN 978 967 446 051 8 )
MARIA KAJIWA
BUKU PRIMA
2015
496 muka surat
RM21.00
Kisah
bermula 400 tahun yang lalu sekumpulan
tujuh buah keluarga yang lari dari Pagar
Ruyung meneroka sebuah tanah di tengah
hutan. Sewaktu sedang menebang dan
membersihkan kawasan yang telah mereka pilih untuk dijadikan kawasan penempatan
baharu. Tiba-tiba ribut melanda. Waki yang menjadi ketua kumpulan mula
bertindak untuk menyelesaikan masalah.
Rupanya tempat itu ada penunggu yang menjaga. Waki tiada pilihan maka membuat perhitungan
dengan ‘penjaga’ tempat itu walaupun dibantah oleh Alang yang kurang setuju
dengan cara Waki. Namun tiada apa yang
mampu mereka lakukan lagi. Mereka
memberi makan 3 ekor ayam hutan yang dipatahkan lehernya, sebagai ‘habuan’
kepada ‘penjaga’ kawasan tersebut.
19
tahun kemudian, di tempat yang sama, kejadian yang sama berlaku lagi. Tugas Waki diambil alih pula anaknya. Kali ini manusia pula dijadikan mangsa. Masa
berlalu, waris ketujuh-tujuh keluarga semakin bertambah hari ke hari, bulan ke
bulan, tahun ke tahun. Keadaan masih
sama. ‘Penjaga’ itu terus di puja sehingga kegenerasi ke 6. Bukan semua keluarga yang ada setuju dengan
apa yang dilakukan. Yang kuat pegangan
agamanya pasti akan membantah perbuatan
syirik yang berlaku. Namun pada keluarga
yang berasakan ‘penjaga’ itu telah memberi kesenangan kepada mereka langsung
tidak membantah, malah mengikut sahaja.
Keluarga keturunan Alang Budiman memang menentang keras acara tersebut
dan berusaha untuk menghapuskannya.
Jimmy@ Azim dari keturunan Alang Budi telah diberi mandate untuk
menghapuskan gejala tersebut. Jimmy@Azim
ada masalahnya tersendiri yang disembunyikan daripada keluarganya. Setelah hilang berbelas tahun akhirnya dia
pulang juga. Kepulangannya bagaikan
memberi harapan kepada seluruh penduduk Kampung Silak Tua terutama ahli
keluarganya sendiri. Kampung Siak Tua
baharu sahaja kehilangan ketua kampung dan sejak itu pelbagai kejadian aneh
berlaku sehingga menganggu gugat ketenteraman penduduk kampung tersebut. Jimmy berasa hairan kerana kampung itu sunyi
dan ramai penduduknya telah berpindah keluar.
Kejadian bertemu manusia yang tidak berkepala dan berulat menjadi bualan
penduduk kampung.
Jimmy
terkejut apabila mendapat tahu ayahnya mati dibunuh? Kenapa?
Akhirnya Pak Salleh menceritakan apa yang berlaku. Jimmy tidak mahu mencampuri urusan penduduk
kampung itu. Kalau boleh dia ingin
membawa keluarganya keluar dari situ.
Namun Johan adiknya membantah, ada wasiat ayahnya yang perlu
ditunaikan. Jika abangnya tidak sanggup,
biarlah dia melakukannya. Pak Salleh
juga tidak mahu memaksa anak buahnya itu.
Masing-masing ada pegangan dan cara tersendiri. Keadaan mula menjadi runcing dan membakar
hati Jimmy apabila emak dan adik perempuannya diculikk untuk dijadikan mangsa
pemujaan dan ‘habuan’ kepada ‘penjaga’ Batu Silak yang dijaga oleh keturunan
Waki yang masih hidup. Kematian ketua
kampung itu dan pemilihan yang baharu terpaksa diteruskan jika tidak ‘penjaga’
itu akan mengamuk dan memusnahkan kampung tersebut, serta peluang untuk
sebahagian lagi keturunan keluarga
tersebut tidak lagi mampu hidup senang.
Khairul adalah orang yang bertanggungjawab ‘menjaga’ penunggu Batu Silak
itu. Dia perlu mencari 3 orang untuk
dijadikan mangsa ‘penjaga’ batu tersebut.
Keluarga Jimmy@Azim adalah mangsa seterusnya.
Mampukah Jimmy melakukannya? Selamat dan amankah kampung itu kembali? Mampukah Pak Salleh menamatkan perbuatan syirik yang dilakukan oleh keturunan Tok Waki? Kalau hendak tahu, bagaimana dan apa yang berlaku, kenalah baca sendiri.
Mampukah Jimmy melakukannya? Selamat dan amankah kampung itu kembali? Mampukah Pak Salleh menamatkan perbuatan syirik yang dilakukan oleh keturunan Tok Waki? Kalau hendak tahu, bagaimana dan apa yang berlaku, kenalah baca sendiri.
Karya yang baik dan tema yang berat diangkat menjadi sebuah
novel popular. Kisah masyarakat yang percaya dan yakin serta takut dengan
penunggu dan bersahabat dengan makhluk selain daripada manusia. Perbuatan memuja dan menyembah selain
daripada ALLAH sememangnya satu dosa yang nyata. Dosa yang tidak akan diampunkan oleh ALLAH
SWT adalah mensyirikkannya. Kisah ini
biasa kita dengar di dalam kehidupan masyarakat kita, namun tidak semua pernah
lihat dan menempuhnya. Latar tempat tidak terperinci sangat namun
masih boleh dibayangkan. Watak-watak
yang kuat dan membuat jalan cerita ini
menarik. Langsung tidak membosankan
malah ingin cepat menghabiskan sebab hendak tahu penamatnya. Karya yang wajib beli. Tahniah penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan