DIA DOKTOR HATIKU
RADZ IZARA
ALAF 21
RM21.00
513 muka surat.
Lydia
Insyirah Taufik/ Lydia Taufik/Insyirah, menjadi mangsa rogol oleh adik angkat
ayahnya yang bersikap rakus dan kejam.
Ketika itu umurnya baharu sahaja berusia 11 tahun. Dia terpaksa merahsiakan hal tersebut setelah
diugut oleh lelaki durjana itu. Kuasa
ALLAH mengatasi segalanya. Lelaki itu
mati dalam kemalangan jalan raya.
Insyirah berasa lega kerana terlepas dari gangguan lelaki itu.
Masa
berlalu. Namun peristiwa hitam itu tidak
pernah hilang dari ingatannya, sehinggalah dia sukar untuk menerima kehadiran
seorang lelaki dalam hidupnya, sehinggalah muncul Imran seniornya di universiti
yang menaruh minat terhadapnya. Dia
menceritakan sejarah hitam yang telah menimpa dirinya. Imran simpati dan tidak kisah dengan sejarah
hitam Lydia. Cinta antara mereka akhinya
berputik. Dalam melayari kebahagian
cinta dua remaja, bagaikan cinta antara dua darjah, hubungan mereka ditentang
oleh keluarga Imran kerana status antara mereka yang jauh berbeza. Hubungan mereka juga terpisah atas sikap
masing-masing yang ego dan tidak mahu mengalah.
Akhirnya mereka putus dan membawa hati masing-masing. Adat orang bercinta, biar mulut kata benci,
dalam hati tetap ada rasa kasih dan sayang. Cinta yang terpahat di hati sukar
untuk dibuang pergi.
Bagaimana
dengan hubungan Imran dan Lydia? Adakah
cinta mereka akan sampai sehingga ke jinjang pelamin? Mahukah Datin Sairabanu menerima Lydia
sebagai menantunya setelah mengetahui status dan kedudukan gadis itu? Apa yang bakal terjadi? Kalau hendak tahu jom dapatkan buku ini,
kisah cinta remaja yang pasti mengusik hati mereka yang suka cerita sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan