MARGASTAWA
SAIDEE NOR AZAM
BUKU PRIMA
2014
642 muka surat
RM27.90
Kisah
bermula apabila tiga pelajar universiti didapati hilang ketika berkelah di Tasik Kenyir dengan tujuan hendak
memancing. Kehilangan mereka penuh
dengan tandatanya. Diikuti kehilangan
dua orang lagi beberapa bulan kemudian.
Apa yang telah menyerang mereka masih menjadi persoalan.
Apa
yang terjadi bermula pada tahun 1920-an.
Mengisahkan Tamar seorang pemuda yang tampan merantau ke sebuah kampung.
Sikapnya yang baik dan rajin menambat hati penduduk kampung termasuk Ketua
Kampung dan anaknya, Melur. Rupanya
Melur juga diminati oleh seorang pemuda dari kampung yang sama iaitu Jaluk,
dalam diam menyimpan dendam terhadap Tamar.
Rupanya Tamar bukan sebarang orang, dia seorang yang pandai dalam dunia
persilatan dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, sehinggakan Iblis yang datang
menggoda untuk menjadikan dia orang
suruhan ditolak mentah-mentah.
Jaluk masih tidak berpuas hati ketika cintanya ditolak oleh
Melur. Dia berazam ingin memiliki Melur
dan menghapuskan Tamar, namun tidak semudah itu untuk dia mengalahlah Tamar
yang tinggi ilmu persilatannya. Jaluk
mengatur rancangan dengan kawan-kawannya untuk memerangkap dan menghapuskan
Tamar. Rasa cemburu dan irihati yang
tinggi membuatkan Jaluk sanggup lakukan apa sahaja, dia bersekongkol dengan
Namtar untuk membunuh Tamar. Tamar dapat
diselamatkan oleh adiknya Tamrin tetapi keadaan fizikal Tamar tidak dapat
diselamatkan, dia juga kehilangan kekasih hati dan tunangannya, Melur di tangan
Jaluk.
Kehilangan ketiga-tiga pelajar universiti itu tidak dibiarkan begitu sahaja oleh teman wanita salah seorang pelajar yang hilang. Teman wanita Ezuan, Shazzuana tekad untuk mencari dan menyelamatkan Ezuan, dia pasti kekasih hatinya itu masih hidup. Dia berpakat dengan rakan baiknya fazlun untuk mencari orang yang boleh membawa mereka meredah hutan di Tasik Kenyir. Walaupun sudah diterangkan, bukan binatang buas yang menyerang rakan-rakan mereka itu. Shazzuana tidak peduli, dia tetap ingin meneruskan hajatnya juga.

Di waktu yang lain seorang penulis novel seram Adi Putra
terpikat dengan berita yang baharu dibacanya.
Kisah kehilangan beberapa orang di hutan Tasik Kenyir kerana
diserang oleh binatang yang tidak tahu
asal-usulnya menarik hatinya hendak ke tempat yang sama. Di Tasik Kenyir semua watak bertemu. Bermulalah kisah pertemuan mereka dengan Margasatwa.
Siapakah Margasatwa? Bagaimana Margasatwa boleh hidup beratus tahun? Kenapa Margasatwa mengganas? Bagaimana Jaluk mengalahlah Tamar? Apa yang berlaku dengan Tamar? Kenapa Adi Putra tidak dibunuh oleh Margastwa? Adakah Ezuan masih hidup seperti yang disangkakan oleh Shazzuana? Hendak tahu? Jom dapatkan karya yang menarik ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan