KOPI LADYKU
AINUL HAZRAH
ALAF 21
2013
RM25.00
609 muka surat
Mengisahkan
tentang Aisyah Anum yang berasal dari keluarga nelayan, berkenalan dengan Izhar dan Baidura yang datang ke kampung
Aisyah ketika meninjau projek yang sedang mereka bina di kampung itu. Kedua beradik itu terpikat dengan ketulusan
dan kepolosan Aisya atau Icha. Mereka
ingin membantu Icha mengubah kehidupan keluarganya. Kemiskinan Icha membuatkan gadis itu
bersetuju dan memujuk orang tuanya agar membenarkan dia mengikut Izhar dan
Baidura berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur.
Bermulalah kehidupan baharu buat Icha.
Dia tidak mengetahui bahawa Izhar dan Baidura adalah keturunan kerabat
di raja dan dikalangan keluar berada.
Icha
diterima baik di dalam keluarga Izhar, malah dia disenangi dan disayangi oleh
keluarga tersebut. Sikapnya yang
rempang, tulus, dan jujur memikat hati nenda Izhar dan bercadang menjodohkan
Izhar dengan Icha. Sikap manja Icha
menawan hati Izhar dalam diam. Akhirnya mereka disatukan. Sikap Icha yang manja dan lurus itu sehingga
mudah sahaja dia menerima kata-kata orang di sekeliling sehingga menganggu
gugat kebahagian mereka berdua. Berlainan
darjat dan kedudukan juga membuatkann hubungan mereka rengang. Namun rasa cinta yang ada bukan mudah untuk memisahkan
mereka. Sikap Izhar yang suka menuduh
dan mengeluarkan kata-kata kesat ada ketika menghiris hati Icha yang sedar akan
asal usulnya.
Suatu
hari mereka bergaduh sehingga menyebabkan Icha pulang ke kampung dan ikut
ayahnya ke laut menangkap ikan. Icha
hilang di laut. Dia kembali dalam keadaan
lumpuh. Izhar yang berasa bersalah
dan terlalu sayangkan Icha sangguh
bersusah payah menjaga isterinya yang lumpuh.
Mereka juga merahsikan perkara tersebut dari keluarga Izhar, Icha tidak
mahu keluarga Izhar susah hati melihat keadaannya. Selama mana perkara itu hendak disorok?
Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah cinta antara dua darjat yang berbeza ini hidup bahagia? Mampukah Icha menyesuaikan diri hidup di kalangan kerabat di raja yang sudah berbeza sekali cara dan gaya hidup mereka? Hendak tahu kisah seterusnya dan apa yang berlaku? Jom dapatkan karya ini di pasaran.
Kisah yang mampu membuatkan anda tersenyum sendiri. Gaya Bahasa yang santai, latar tempat tidak begitu jelas, namun rasanya di utara tanah air. Kepada yang berminat dengan karya yang ada cinta, komedi dan sedih, bolehlah dapatkan karya ini. Selamat membaca.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan