DEKATNYA CINTA- ADAM DAN HAWA 2
AISYA SOFEA
2013
ALAF 21
RM26.00
645 muka surat
Sambungan
dari cerita Adam dan Hawa yang telah diadaptasi malah dicetak berulang-ulang
kali. Setelah kembali bersama Ain dan Am berusaha hidup dan belajar mengenal
hati budi masing-masing. Menyulam rasa
cinta setelah lapan tahun mereka menyulam duka lantaran rasa marah dan dendam
yang tidak berkesudahan. Dalam hidup
berumah tangga, suka dan duka silih berganti.
Jika tidak kuat menghadapi ujian pasangan yang sedang hangat bercinta
pun bakal goyah hatinya, begitu juga dengan Ain. Permintaan Ain untuk menyambung
pelajarannya membuatkan hati Am tidak
senang dan selesa. Dia benar-benar serba
salah. Dia takut Ain tidak dapat menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan baik lantaran kesibukan yang
bakal Ain hadapi nanti. Ain pula cuba
meyakinkan Am bahawa dia tahu apa yang dia lakukan dan berjanji tidak akan
menyia-nyiakan rumah tangga mereka serta anak mereka Arissa.
Bila
cemburu beraja di hati, rasa kasih yang tertanam utuh telah dirobek dengan
rakusnya sehingga menimbulkan rasa syak wasangka. Rumah tangga yang baharu sahaja menyulam
bahagia akhirnya goyah dan hampir rebah ke tanah. Am cemburukan Ain dan pensyarahnya, dia
menyangkakan Ain ingin berlaku curang.
Begitu juga Ain, syak wasangka hampir menghancurkan kebahagian mereka. Lantaran kurang waktu bersama membuatkan
hubungan mereka yang hangat sebelum ini semakin suam.
Ain dengan egonya begitu juga Am yang keras kepala. Bagaikan tiada kata putus, mereka hampir menghancurkan kebahagian mereka sendiri. Am pula membawa lari Arissa, membuatkan Ain hampir gila. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah hubungan mereka diselamatkan? Mampukah rumah tangga mereka diselamatkan? Siapa yang akan mengalah, Ain atau Am? Ingin tahu kisah selanjutnya? Kepada yang belum memiliki karya ini, bolehlah dapatkan segera.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan