YANG INDAH HANYA SEMENTARA
ANNUR PUTERI
BUKU PRIMA ( GRUP BUKU KARANGKRAF)
2011- 2 kali cetakan
RM19.90
Samwil
dan Syufiqa berkahwin atas pilihan orang tua.
Namun tetap bahagia, lantaran sudah
dapat menerima ketentuan ILAHi akan jodoh yang ditetapkan. Syufiqa
amat suka membaca, terutama novel.
Malah dia amat meminati karya garapan Mia Batrisia, sehingga dia
berangan-angan agar dapat mengenali wanita itu lebih dekat lagi. Setiap karya penulis itu pasti dimilikinya. Samqil juga tidak menghalang minat isterinya
itu, malah menyokong tanpa berbelah bahagi. Suatu
hari Noryani, sahabat baik Syufiqa mengatur satu pertemuan dengan seseorang di
pesta buku yang sedang berlangsung. Hati
Syufiqa berdebar-debar dan berharap orang yang bakal ditemui itu nanti adalah
Mia Batrisia. Tekaannya itu tepat,
terjadikan pertemuan yang tidak sangka oleh Syufiqa dan Samwil sendiri. Pertemuan yang pertama, menjadi kedua dan
seterusnya, Hubungan mereka semakin
rapat dan Mia Batrisia selesa bercerita tentang hal peribadinya kepada
Syufiqa. Tetapi Samwil tidak selesa
hubungan baik antara Syufiqa dan Mia Batrisia. Rasa ketidakselesaannya tergambar jelas
dengan sikapnya yang acuh tak acuh dan sering menghalang Syufiqa berjumpa
dengan idolanya itu.
Akhirnya
rahsia terbongkar juga. Rupanya Samwil
dan Mia Batrisia punya hubungan istimewa ketika zaman remaja mereka. Rupanya Mia
Batrisia @ Mia Sara masih mengharapkan kehadiran Samwil dalam
hidupnya. Kerana terlalu sayangkan Mia
Batrisia dan rasa simpati terhadap penulis idolanya itu Syufiqa sanggup bermadu
dengan penulis pujaannya itu. Walaupun
Samwil cuba menolak, akhirnya dia akur menerima permintaan isterinya itu. Syufiqa sanggup berkorban demi suami
tercinta juga sahabat yang amat disayanginya.
Dia berharap mereka akan hidup aman bahagia selama-lamanya, dan Mia
Batrisia mampu memberi zuriat kepada suaminya lantaran dia sendiri belum mampu
memberi apa-apa kepada suaminya.
Mampukah mereka hidup bahagia kerana kisah cinta semalam? Tiadakah rasa cemburu di hati Syufiqa terhadap Mia Batrisia? Bolehkah Mia Batrisia menerima pengorbanan Syufiqa yang baharu sahaja dikenalinya? Konflik yang menarik dan kesudahannya juga menarik. Karya menarik buat hati tertarik.
Mampukah mereka hidup bahagia kerana kisah cinta semalam? Tiadakah rasa cemburu di hati Syufiqa terhadap Mia Batrisia? Bolehkah Mia Batrisia menerima pengorbanan Syufiqa yang baharu sahaja dikenalinya? Konflik yang menarik dan kesudahannya juga menarik. Karya menarik buat hati tertarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan