KERANA AKU ISTERI BIDAAN
TULIP UNGU
INSTENS
RM27.00
665 muka surat
Saya
tengok karya ini diwall penerbitnya.
Hanya memandang, tengok tajuk macam tidak berminat untuk
memilikinya. Kenapalah isteri bidaan,
fikir dalam hati saya. Baru-baru ini ke
Terengganu, tidak sah kalau tak singgah di kedai peminat novel Melayu tetapi
berbangsa cina. Kebetulan beliau juga
menjual novel, beliau pun memperkenalkan saya buku ini, katanya menarik,
semalam sahaja dia baca sehingga habis. Wah! Saya yakin dengan citarasa pembaca ini, maka
dengan senang hati saya sambar sajalah. Kebetulan
tiada lagi buku yang hendak dibaca ketika sedang bercuti itu. Selalunya bawa dua buah, tetapi entah kenapa
kali ini berjalan saya bawa sebuah sahaja.
Maka buku cerita ini menjadi santapan mata saya. Dua hari masa saya ambil untuk
menghabiskannya.
Tahniah kepada penulis, satu tema yang berat tetapi digarap dengan cara yang santai dan mudah difahami jalan ceritanya. Ada nilai pengajaran yang bagus di dalamnya. Tahniah juga kepada penerbit Intens yag berani mengetengahkan jalan cerita seperti ini.

Cerita
bermula dengan prolog seorang gadis GRO yang
berpakaian seksi menemani dua orang lelaki di sebuah kelab malam. Seorang lelaki yang memang menjadi temannya
tetapi kehadiran seorang lelaki lagi membuatkan gadis itu hampir pengsan
melihatnya. Lelaki itu amat dikenalinya.
Siapakah lelaki itu? Bagaimana
gadis GRO itu mengenali lelaki itu?
Raina seorang gadis yang agak liar mempunyai seorang kekasih bernama Aznor, dia benar-benar cinta kepada lelaki itu dan berangan untuk berkahwin dengan Aznor, namun dibantah oleh kedua orang tuanya. Aznor tidak bekerja dan menjadi kutu rayau, itu sebab keluarga Raina tidak senang anak gadis mereka berkawan dengan lelaki itu.
Farel, seorang banduan yang baharu sahaja dibebaskan dari penjara. Dia mengusahakan kebun pisang dan menjual hasil pisangnya kepada isteri Imam Long yang mengusakan gerai goreng pisang. Farel jatuh hati dengan anak Imam Long bernama Solleha yang baik akhlaknya. Berangan-angan ingin memperisterikan gadis itu. Farel tidak disukai oleh penduduk kampung kerana dia bekas perompak dan ayahnya pula seorang perogol. Dia sering dihina dan dipandang benci oleh penduduk kampung, kecuali keluarga Imam Long yang yakin lelaki itu boleh berubah.

Borhan
yang serik dan pening memikirkan perangai lepas bebas Raina bercadang untuk
mengahwinkan anaknya dengan Haji Meon,
seorang duda dan usia hampir sebaya dengannya.
Raina memberontak, dia tidak setuju dikahwinkan dengan lelaki yang sudah
tua itu. Raina mencari akal sehingga
akhirnya dia dikahwinkan dengan Farel.
Kenapa Farel? Bukan Aznor? Hah! Banyak konflik berlaku bermulanya perkahwinan
Farel dan Raina. Bagaimana Raina boleh
menjadi seorang GRO setelah berkahwin dengan Farel? Adakah Farel sanggup menjadikan isterinya
seorang GRO? Bagaimana Raina boleh
meyakinkan keluarganya agar mengahwinkan dia dengan Farel sedangkan selama ini
dia tidak berapa kenal pun lelaki itu?
Kalau ulas panjang lebar, memang tak habis. Kenalah dapatkan buku ini untuk mengetahui
cerita selanjutnya. Memang ada adegan
yang sweet-sweet sedikit, tetapi pengajarannya
juga ada. Antara pengajaran yang
boleh diambil iktibar kepada anak-anak gadis yang membaca karya ini adalah.
1) Jangan percaya kepada cinta seorang lelaki yang manis hanya di bibir sahaja. Kalau sudah meminta kepada yang tidak sepatutnya, haruslah angkat kaki dan carilah lelaki yang jauh lebih baik daripada yang ada.
2) Ikut nasihat orang tua.
3) Jangan ikut hati, kelak mati, itulah yang berlaku kepada Raina sehingga dia menyesal seumur hidup atas tindakan yang tidak bermoralnya itu.
4)Jangan tabut fitnah akibatnya diri sendiri yang tanggung, jika fitnah yang dibuat menjerat diri sendiri.
5)Berterus-terang dalam apa sahaja keadaan, bersikap mendiamkan diri mampu membakar diri jika perkara itu tidak baik untuk diri sendiri dan orang sekeliling.
Kepada peminat novel Melayu, karya ini sememangnya tidak menghampakan. Jalan cerita yang menarik, dilakarkan dengan baik, plotnya yang lancar dan disulami dengan imbas semula yang tidak mencacatkan jalan cerita. Tahniah kepada Tulip Ungu dan semoga menghasilkan karya yang bermutu dan diminati pembaca.

citer ni memang best..first time baca novel heroin dia mcm perangai jahat..biasanya heroin baik je..tgk tajuk mcm x best tp bila baca,suka sgt..blh selami dan fahami kehidupan gro.
BalasPadamKan Nur Hikmah... getir dan pahit kehidupan mereka, tetapi kadangkala tiada pilihan mereka kerja juga.
Padam