SAYANGKU CIK TIRAMISU
HERNA DIANA
ALAF 21
RM25.00
597 muka surat
Kalau
tengok tajuk pasti teringatkan kek tiramisu yang enak dengan rasa nescafe dan
coklatnya. Sambil baca ditemani sekeping
kek tiramisu membuatkan hati terbunga riang.
Jom kita tengok apakah kisah yang digarap oleh Herna Diana setelah Mr.
London, Ms Langkawi tulisan beliau meletup-letup malah telah diadaptasikan, dan
hanya menunggu waktu untuk ditayangkan.
Yang menariknya karya SAYANGKU CIK TIRAMISU turut menghadirkan Mr London
dan Ms Langkawi bagi pelengkap cerita.
Intan
dan Faiz berkawan sejak di kecil, namun terpisah apabila keluarga Faiz
berpindah ke tempat lain. Mereka sudah
berjanji akan bertemu semula 19 tahun kemudian.
Perjanjian dibuat, jika diantara
mereka yang masih lagi tidak berteman, mereka akan bersama
selama-lamanya. Jika sebaliknya, tiada
jodoh antara mereka. Mereka akan hanya
menjadi sahabat baik. Masa terus berlalu,
masing-masing meningkat dewasa. Intan berjaya
menjadi seorang cikgu. Waktu yang
dijanjikan masih lama lagi tetapi mereka bertemu dalam keadaan yang tidak
sepatutnya. Perebutan sekeping kek
tiramisu membuatkan hati masing-masing rasa semacam. Intan meluat memandang
Faiz. Lelaki itu pula terkejut dengan
sikap kasar gadis yang baharu dikenalinya itu.
Setiap kali bertemu mereka pasti bertengkar sehinggalah…
Terkejut
beruk Intan ketika bertemu kembali rakan sepermainannya ketika kecil dahulu,
lelaki yang sama yang berebut kek tiramisu dengannya. Mahu pengsan rasanya. Begitu juga Faiz, tidak menyangka sama
sekali, gadis yang garang seperti singa itu adalah rakan baiknya sewaktu kecil
dahulu. Hubungan bersambung semula, hati
berbunga cinta. Intan jadi rimas apabila
Faiz asyik saaja mengajaknya berkahwin sedangkan dia belum bersedia. Yang menariknya Intan mengajar adik Faiz yang
terkenal dengan sikap tidak berdisplin dan sering melanggar peraturan
sekolah. Kebetulan pula mama Faiz tidak
suka dengan Intan, dia beranggapan Intan tidak setaraf dengan Faiz. Keadaan ayah Faiz yang lumpuh akibat serangan
angin ahmar turut tidak suka kepada Intan.
Mama Faiz ada pilihannya sendiri.
Bagaimana Intan mampu hidup di sekeliling mereka yang membenci
dirinya? Mampukah hubungan cinta yang
berputik sejak dibangku sekolah mekar bahagia?
Mampukah Intan hidup bahagia? Apa
yang harus Faiz lakukan agar keluarganya mampu menerima kehadiran Intan? Kalau hendak tahu cerita selanjutnya,
bolehlah dapatkan buku ini.
Penulis
ini terkenal dengan gaya bahasa ala-ala komedinya. Walaupun karya ini kurang komedinya namun
tidak menghampakan kepada para pembaca novel yang suka cerita santai dan ringan
seperti ini. Semoga penulisnya terus
sukses dan berjaya. Latar tempat juga menarik.
Perlukisan watak juga mampu membuatkan pembaca membayangkan watak-watak
tersebut diminda masing-masing. Tahniah
kepada penulisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan