Saya minat pelajaran sejarah terutama sejarah Melaka sehinggalah
sejarah pembentukan Tanah Melayu yang memang ada kena mengena dengan
diri kita. Walaupun ada yang saya lupa dan tidak ingat akan rentetan
peristiwanya dan paling sukar untuk mengingati tahunnya. Sewaktu saya
belajar, saya simpan info dalam kepala, sebagai warga negara saya perlu
sayangkan negara saya. Sayangkan Bahasa saya. Sayangkan budaya,
pakaian dan bangsa saya sendiri. Jiwa patriotik dalam jiwa saya
terlalu tinggi. Ini semua kerana saya masih ingat betapa sukarnya
kehidupan datuk nenek saya dahulukala. Sejak penjajahan Portugis,
Belanda dan Inggeris kemudian Bintang Tiga dan akhirnya kembali kepada
Britis. Penjajahan yang membawa luka dan duka.
Tetapi hari ini kita lupa tentang sejarah asal-usul kita. Melaka musnah kerana pengkhianatan. Melaka musnah kerana pemimpinnya suka bermukah dan berfoya-foya. Rasa marah, dendam dan sakit hati memusnahkan sebuah Empayar. Ketidakjujuran memusnahkan perhubungan. Nilai kasih sayang kepada negara, budaya dan bahasa semakin terhakis dalam diri. Kita bagaikan lupa diri, lupa asal-usul. Bangga dengan budaya orang lain, bangga dengan bahasa negara lain. Kita boleh mengikut peredaran zaman, tetapi kita kena tahu dan kekal berpijak pada akar yang menunjang di Tanah air kita ini.
Jangan gadaikan BAHASA, BUDAYA DAN PAKAIAN SERTA BANGSA kita hanya kerana kita berpemikiran moden dan terkini. Biar siapa pun kita, jadilah MELAYU yang sebenar. Biar siapa pun kita, jangan jadi MELAYU MUDAH LUPA.
Kalau saya laser, laser saya bersebab. Itulah pendirian saya yang tidak mungkin boleh diubah. Saya tetap saya, ANAK MELAYU + JAWA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan