Isnin, 13 Julai 2015

KUMPULAN CERPEN ANA BALQIS

Kumpulan Cerpen ANA BALQIS – SAYAP NUN

ANA BALQIS

Rekto Verso

2015

****  bintang.

Saya mengenali penulis ini di dada akhbar, dahulu memang sering beli suratkhabar dan pastilah ruangan cerpen dan puisi menjadi pilihan untuk say abaca.  Tidak pernah terlepas peluang membacanya. Ketika itulah saya mengenali karya-karya penulis hebat seperti Aminah Mokhtar, Ana Balqis, Puteri Andalas, Siti Jasmina Ibrahim dan Azmah Nordin.  Waktu itu saya hanya menjadi peminat sastera.  Belum termimpi hendak jadi penulis.  Membaca karya mereka membuatkan hati sering berdetik, hebatnya mereka menulis, bagaimana ya mereka dapat idea?  Bagaimana mereka menulis?  Tentu mereka berpelajaran tinggi sehingga mampu menulis sesuatu yang diluar jangkauan fikiran akal manusia seperti saya.    Dalam diam saya mengagumi kejayaan mereka memenangi ANUGERAH SASTERA terutama jika menghantar karya ke penerbitan Utusan.
Hari ini saya mengenali penulis ini secara peribadi.  Bangga menjadi salah seorang pengikut dan peminat beliau. Jom kita bercerita tentang karya Kumpulan cerpen ini, Sayap Num adalah salah satu tajuk cerpen dalam karya ini.   Di ruang prakata penulis diterangkan satu persatu kenapa penulis menggarap cerita mengikut tajuk yang ada.  Seperti kisah Dailog Dua Perempuan, kisah seorang wartawan dan seorang isteri yang hidup bermadu.  Di akhir cerita betapa terkesannya di hati penulis itu yang sering berasakan hidupnya serba tidak sempurna tetapi bagaimana dengan wanita yang hidup berkongsi dan  mempunyai seorang anak ini berasakan hidupnya serba sempurna sedangkan suaminya jarang-jarang ada di rumah? Malah anak sendiri tidak mengenal ayahnya.  Begitu kejam, kan? Kadang-kala kita menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada.

Banyak kisah menarik dalam kumpulan cerpen ini.  Gaya bahasa Prof.  Ana Balqis usah dipertikaikan lagi.  Ada ketika terlalu berterus-terang, ada ketika berpuitis gayanya.    Temanya juga berbeza-beza.  Teknik penulisan juga begitu.  Apapun tahniah sifu Ana Balqis.  Semoga terus sukses dalam dunia penulisan.

3 ulasan:

  1. Terima kasih, Mah sudi melihat dan membaca cerpen-cerpen dalam kumpulan Sayap Num ini. HAnya kata itu yang mampu kuungkapkan. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Mah sudi melihat dan membaca cerpen-cerpen dalam kumpulan Sayap Num ini. HAnya kata itu yang mampu kuungkapkan. Terima kasih.

    BalasPadam