kredit: Gambar Gila kentang blog.spot
Di sebuah hentian bas di tengah bandar Kuala Lumpur. Ditemani lampu
jalan dan dereta kereta bertali arus membelah jalan yang berturap tar. Aku pula hari itu terpaksa balik naik bas kerana keretaku rosak dan sedang
diperbaiki. Di sebelahku duduk pasangan
muda yang sedang bercakap sesama sendiri.
Aku buat tak tahu, biarlah mereka nak bersembang. Jangan buat maksiat depan aku sudahlah.
Uh, mungkin juga mereka adalah suami isteri. Serius sahaja wajah mereka, bagaikan sedang
membincangkan sesuatu. Aku duduk hanya beberapa inci daripada mereka. Malah aku boleh mendengar butir bicara
mereka.
“Nak buat macam mana ni? Dah dua
bulan Ina tak datang bulan!
Jangan-jangan Ina mengandung tak?” kata gadis bernama Ina itu. Air mata mula mengalir keluar.
“Dah pergi periksa ke?” tanya lelaki
itu pula.
“Tak payah periksa, dah tahu, mesti
mengandung!” kata Ina agak kasar.
Sesekali matanya mencuri pandang ke
arahku.
Mataku memandang ke arah lain,
tetapi telingaku mencuri dengar cerita mereka.
“Nak buat macam mana ni?” tanya
lelaki itu semula.
“Man… kita kahwin!” ajak Ina.
“Mana boleh? Orang tua Man mesti tak benarkan. Belajar pun tak habis lagi. Macam mana nak
tanggung anak orang. Kalau mereka tahu
awak mengandung anak luar nikah.
Langsung mereka tak boleh terima! Kita tak boleh kahwin sehinggalah Man
habis belajar!” cerita Man. Jelas terpancar kerisauan di wajahnya.
“Habis tu? Awak ingat orang tua saya
tak mengamuk? Kalau pihak Kolej tahu,
tentu saya kena buang kolej!” kata Ina,
semakin kuat dia menangis.
Sudah hilang rasa malunya
padaku. Aku menggeleng laju. Kesal mendengar setiap butir bicaranya.
“Gugurkan saja!” arah lelaki bernama
Man tadi.
“Apa!?” jeritku secara tiba-tiba. Sudahlah berzina, ini hendak membunuh
pula. Membuntang mataku memandang pasangan
itu. Mahu sahaja aku cekik-cekik dan
kutanam di hutan belakang hentian bas itu.
Aku bingkas bangun. Nak marah orang
tak boleh duduk, tak realistic, tak sampai pula apa yang ingin aku katakan. Kedua tangan sudah mula mencekak pinggang dan
aku pula mula…
“Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang
buruk..” ( al-Israa’ ayat 32)
Allah SWT berfirman di dalam Surah
al An’am, ayat 151 : Katakanlah:
“Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada
kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah
(kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu
kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan
kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang
terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan
oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
memahaminya.
Apa kena Awek? Gugurkan? Kau ingat yang dalam rahim perempuan itu anak
kucing? Main campak, main buang. Hoi! Itu manusia macam kau jugalah. Berani buat, beranilah tanggung! Jangan nak lepas tangan aje. Kau ingat perempuan macam aku dan perempuan
ini barang permainan. Waktu suka kau
gomol. Tak suka kau buang? Memang jantan jalanglah kau ni! Kau suruh dia gugurkan kandungan? Kau ingat lepas gugurkan kandungan kau akan
selamat? Lepas beban kau? Lepas itu apa? Buat lagi maksiat? Kau ni ada maruah dan harga diri ke? Kau tahu tak hukum orang berzina? Kalau dalam Islam orang yang berzina akan
disebab 100 kali. ALLAH SWT sempitkan
rezeki. Mukanya tidak berseri. Kelam dan
malap. Diakhirat pula akan diganting pada dadanya dengan rantai api
neraka. Dari farajnya akan keluar nanah
dan danur busuk teramat busuk. Malah
ahli neraka pun tidak sanggup menghidu bau busuk itu. Kau tahu tak? Manalah kau tahu, kau hanya tahu berseronok
saja. Belajar saja tinggi, akal tak ada.
Tak takut kau dengan hukum ALLAH!
Kau pula perempuan, mudah-mudah saja
kau menyerahkan kehormatan diri.
Sepatutnya mahkota dirikau itu hak suami kau! Bukan lelaki ini! Haram tau! Haram! Berdosa!
Kau memang tak tahu malu! Buat apa menangis? Kau meraung sampai keluar darah
daripada mata dan tekakkau pun tak guna dah! Dalam rahim kau dah berisi. Sepatutnya kau menangis sebelum terjadi
perkara ini! Bahalol betullah kau. Itu sebab dalam Islam lelaki dan perempuan
tak boleh duduk sekali. Tak boleh bergaul bebas. Takkanlah kau tak tahu? Takkan kau tak belajar sains di sekolah? Persenyawaan akan menghasilkan janin! Itu
punya senang pun kau tak boleh fikir?
Itulah ikut sangat syaitan, iblis.
Sekarang ini apa kau nak buat? Nak buang anak di sungai? Dalam bilik
air? Dalam tandas? Kerat dan bakar? Kau ingat buat semua itu boleh selesaikan
masalah kau? Kau ingat orang takkan
tahu? Kau takkan tertangkap? Nasib tak
baik kau duduk dalam penjara. Tak malu
ke?
Cinta? Hoi! Kalau jantan ni lelaki yang baik dan
cinta kan kau, dia tak sentuh kaulah!
Dia tak gomol kau sampai mengandung! Lelaki yang baik jaga haknya
sehingga diijabkabulkan. Lelaki yang
baik akan pelihara mahkota dirikau sehingga kau sah menjadi miliknya. Ini jalang! Sundal! Jantan tak guna!
Menyusahkan orang! Perosak keturunan Adam dan Hawa!
Kau kena ingat, itulah jangan
mengaji sahaja tapi tak tahu makna ayat yang kau baca. Kena ingat ya, lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik. Lelaki penzina untuk perempuan penzina. Kau berdua memang secocoklah. Kau jangan biarkan lelaki ini permainkan kau. Kena bertindak bijak. Jangan ikut saranannya.
Kalau kau gugurkan kandungan, samalah kau membunuh insan yang tak berdosa.
Jangan jadi bodoh sangat! Fikirlah
dengan bijak. Tindakan kau dah tak bijak. Jangan jadi tak bijak lagi. Kalau kau gugurkan anak kau ini. Buatnya kau tak boleh beranak lagi? Kau nak
buat macam mana? Waktu itu kau dah berkawin dengan lelaki lain. Nak menyesal
pula ke? Dah tak gunalah. Nama
saja sekolah tinggi, jangan-jangan sekolah saja tinggi tapi otakkau beku. Senang punya perkara pun kau tak boleh fikir?
Kau lelaki. Ketua keluarga. Khalifah di muka bumi. Sepatutnya penyelamat dan pelindung. Ini tidak jadi makhluk perosak! Cuba bayangkan jika adik, kakak atau sedara
mara kau di buat macam ni, apa kau nak buat? Pergi serang lelaki itu? Atau bunuh lelaki yang buntingkan adik atau kakak
kau? Kau sendiri rosakkan anak dara
orang. Jangan buat dosa, kelak
balasannya pedih. Jangan buat maksiat,
nanti tak cukup ruang kau nak taubat.
Jangan bikin ribut, nanti nyawa
tercabut. Hati-hati bertindak,
hati-hati mencari keseronokkan. Nanti
diri sendiri yang parah. Kau kena bertanggungjawab. Anak itu anak kau. Kau takut orang tua kau marah? Kau sendiri buat, sendiri tanggunglah! Kenapa
takut? Kau anak jantan ke pondan?
“Apa kami nak buat?” tanya lelaki
itu ketakutan.
Hoi! Buntingkan anak orang pandai. Pandai-pandailah
cari jalan penyelesaikan!
“Kita nikahlah!” ajak Ina sekali
lagi.
Itulah jalan sebaiknya! Wahai
perempuan di luar sana. Kalau cinta
setinggi Gunung Kinabalu pun atau seteguh Menara KLCC jangan diserahkan ‘body’ kelak menyesal dikemudian
hari. Biar dianggap ketinggalan zaman,
jangan perut ke depan. Biar dikata tidak
pandai bergaul, asalkan terpelihara diri. Jangan malukan keluarga kelak sampai
mati dikenang. Jangan musnahkan masa
hadapan kerana keseronokkan yang sementara.
Kalau dah gatal, ajaklah kahwin saja.
Tak usah minta hantaran beribu ringgit cukuplah buat kenduri dengan
bihun sebungkus. Asalkan tidak tanggung
dosa dan noda, hidup pun aman dan tenteram.
Nak kahwin ikut macam artis. Diri
tak pandai jaga, akhirnya kahwin percuma.
Perempuan yang baik takkan menyerah dengan mudah. Lelaki yang baik takkan minta tanda cinta
sebelum menjadi suami isteri yang
sah. Fikir-fikirkan sejenak sebelum
memulakan langkah. Sekali melakukan
noda, selamanya terpalit duka.
“Maafkan Man…”kata lelaki itu sendu.
“Kita dah terlajak langkah. Jomlah kita bertemu kedua orang tua kita,
ceritakan hal yang sebenar,” kata Ina sambil menyeka air matanya.
Aku tersenyum gembira. Berbaloi aku naik bas hari ini. Sekurang-kurangnya aku berjaya menyelamatkan
satu nyawa yang tidak berdosa, dan dua insan yang mampu kembali ke pangkal
jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan