Khamis, 8 Oktober 2015
WANITA DAN KECANTIKAN.
Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan, bagaikan aur dan tebing, saling berkait. Siapa yang tidak mahu cantik, kan? Pelbagai usaha dilakukan agar tetap muda, tegang kulit muka, tidak ada spare tayar di tubuh. Biar apapun yang kita lakukan, kita makan, kita sapu, kita cucuk, kenalah hati-hati ya dik. Banyak kemalangan yang tidak berbau bila mencuba produk kecantikan ini. Tubuh kita antara satu sama lain tidak sama, kalau sesuai dengan rakan A, tak semestinya sesuai untuk kita. Jadi berhati-hatilah.
Kecantikan yang sebenar adalah kecantikan di hati. Hati yang bersih, suci dan tiada sikap tercela akan tampak seri wajahnya. Sebagai orang perempuan, wanita, ibu dan suri rumahtangga kita cubalah menjaga kecantikan diri, bukan untuk dipuji oleh orang lain tetapi untuk suami tersayang. Kadang-kadang cantik pun suami cari lain juga, kenapa? Itu hal lain dik ya. Suami yang seperti itu sebenarnya gatalnya lebih. Hendak diapakan. Biarkan sahajalah. Kalau dilawan nanti dikatakan menolak hukum ALLAH, orang lelakilah katakan. ada sahaja alasannya.
Berbalik kepada kecantikan tadi, biar muka tidak cantik, tetapi kita kaya budi bahasa, kita kaya rasa rendah diri, kita hormati orang lain. Kita suka menolong orang, pendek kata, kita cantik di hati. Jaga tutur kata, kerana tutur kata yang buruk akan memburukkan penampilan diri. Berkata manislah di mana sahaja. Biar dipandang tidak cantik di wajah tetapi orang memuji akan kecantikan budi bahasa kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan