Firman ALLAH swt:
"Berdoalah kamu kepadaku,niscaya kuperkenankan permintaan kamu itu" (AL-mu'min : 60).
Ertinya :"Dan apabila hambaku bertanya kepadamu (Hai Muhammad) tentang aku
maka katakanlah kepada mereka bahwa aku adalah dekat kepadanya & aku
memperkenankan do'a orang yang berdo'a kepadaku (Al-Baqarah : 186 ).
Berdoalah selagi daya, mintalah, pohonlah pasti akan diperkenankanNYA.
Assalamualaikum teman-teman semua. Sudah makan? sudah minum? Sudah
berdoa? Apa yang diminta? Tentulah yang baik-baik sahaja. Doa adalah
senjata orang Islam. Selagi ada hati, ada perasan, ada jiwa, jangan
sesekali lupa berdoa. Dengan doalah kita dapat capai apa sahaja yang
kita inginkan. Bukankah ALLAH swt itu Maha Mendengar. Jadilah hambanya
yang rajin meminta, bukan minta yang bukan-bukan, mintalah yang
baik-baik sahaja buat kita dan keluarga kita. Orang yang tidak berdoa,
umpama orang yang sombong. Doa yang terbaik adalah surah al-Fatihah.
Berdoa bukan hanya ketika dalam solat sahaja. Kita boleh berdoa di
mana sahaja, tiada halangan, tiada sekatan. ALLAH itu Maha Penyayang
dan Maha Pengasih. Berdoalah selagi daya, mintalah, pohonlah pasti akan diperkenankanNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan