SOLAT PENDINDING DIRI
Firman ALLAH swt.
"Dan dirikanlah Shalat, sesungguhnya Shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Akan tetapi sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar. (Al-Ankabut 45)
Assalamualaikum dan selamat pagi buat teman-teman di muka buku. Pagi yang semakin cerah, mentari sudah menampakkan wajah. Hari kedua dalam bulan Muharam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Sudahkan kita tekankan solat dalam kehidupan harian kita? Anak-anak bagaimana? Mahukah mereka bersolat? Atau masih dipaksa. Pengalaman sebagai seorang ibu ingin saya kongsikan bersama. Anak kedua saya seorang perempuan. Sebelum dia berumur 10 tahun, saya dan suami mengajak dia bersolat bersama-sama, ajar dia mengaji, kebetulan suami buka kelas pengajian al-Quran untuk anak-anak di tempat tinggal kami. Kami juga tidak memaksa dia memakai tudung ketika itu. Tiada paksaan, hanya pakai waktu hendak ke sekolah atau mengikut kami ke masjid jika ada kuliah ata program.
Pada hari lahirnya yang ke sepuluh tahun, suami saya memanggilnya. Terangkan bahawasanya dia sudah cukup umur untuk tidak lagi menanggalkan tudung di kepala dan solat HARAM di tinggalkan melainkan keuzuran setiap bulan. Kami nasihatkan secara baik, tiada paksaan. Mengaji pun kena tekun dan setiap selepas solat lima waktu seWAJIBnya membaca semuka atau hanya sebaris ayat-ayat suci al-Quran. Alhamdulillah, tidak susah mengajaknya membuat perkara yang baik. Dia akur dan sejak itu dia tidak pernah menanggalkan tudungnya jika keluar ke mana-mana.
Saya bukanlah seorang ibu yang hebat, hanya menjalankan tanggungjawab seorang ibu terhadap amanah yang diberi. Dan, begitu bertegas jika melibatkan soal Ibadat. Kerana, saya tidak mahu ditanya ALLAH nanti, kenapa saya tidak memaksa atau menyuruh anak-anak saya solat. Alhamdulillah, semua anak-anak kami celik al-Quran dan solat tidak pernah culas. Mereka tidak jadi seorang ustazah atau ustaz tetapi mereka terjaga dari sebarang kemungkaran. Semoga ALLAH pelihara keselamatan anak-anak kita.
Saya bermohon kepada rakan-rakan semua yang mempunyai anak, AJARLAH! AJAKLAH! anak-anak kita untuk SUJUD kepada Yang Esa. Orang yang baik adalah orang yang menjaga hubungannya dengan ALLAH. Menjaganya bagaimana? DENGAN MENJAGA SOLAT terutama ahli keluarga. Mereka adalah AMANAH yang diberi ALLAH untuk kita jaga dan cegah dari SEKSAAN API NERAKA dan menjauhkan mereka dari perbuatan ENGKAR DAN MUNGKAR. Semoga kita menjadi Ummah yang diberkati ALLAH baik di dunia dan akhirat. Wallahu' alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan