Salam Ma’al Hijrah buat teman-teman yang sentiasa diingatan.
Tidak kiralah di mana sahaja berada, kita saling menegur atau tidak, kadangkala
tidak tergapai dek tangan. Biarpun tidak
berkenal mesra namun kita tetap bersaudara.
Saudara sesama Islam. Saudara
yang baik adalah mereka yang sentiasa mengingatkan kita jalan yang benar menuju
Syurga Ilahi.
Masa kian berlalu meninggalkan kita. Semakin berganti tahun, semakin tua diri
kita. Semoga teman-teman semua bertambah
baik amalannya. Semakin baik hubungan
sesama kita. Salinglah kita berkasih
sayang hanya kerana ALLAH SWT. Tidak ALLAH jadikan kita berbilang bangsa dan
kaum hanya untuk bersengketa. Adakah
mustahil untuk ALLAH menjadikan khalifah di muka bumi ini hanya satu bangsa
sahaja dan hanya beragama Islam. Tentu tidak mustahilkan? Kenapa dijadikan berbilang kaum, bangsa,
bahasa, warna lkulit dan agama? Supaya
kita saling berkenalan, saling bertukar-tukar pandangan dan hidup harmonis, aman
dan damai.
Penghijrahan Rasulullah saw keluar dari Mekah menuju ke Madinah, bukan
sesuatu yang sia-sia. Penghijrahan yang
berjaya menyatukan dua kaum yang bersengketa. Keamanan terjalin di Madinah. Rakyatnya
hidup aman damai, saling berkasih sayang kerana Agama yang dibawa oleh
Rasululla saw. Mampukah kita? ALLAH dan RasulNYA sudah menunjukkan jalan,
kenapa kita tidak mampu melakukannya?
Kenapa ego sering menghantui diri. Di sisi ALLAH tiada siapa yang hebat. Yang hebat bagiNYA adalah mereka yang beriman
dan bertakwa hanya kepadaNYA sahaja.
Semoga kehadiran Tahun Baru Islam ini membawa seribu makna buat kita semual Semoga Ukwah kita sesama Islam semakin utuh dan teguh. Biar apapun pegangan kita, biar apapun ideologi kita, atas nama kasih dan sayang kita kepada ALLAH dan RasulNYA, BERSATULAH!
Semoga hubungan kita dengan bangsa dan agama lain juga baik.
Jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun ya. Semoga teman-teman semua diberkati, dikurniakan dengan rezeki yang berkat, halal dan melimpah ruah. Diberi kebahagian di Dunia dan Akhirat. Aamin Ya Rabb…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan