Aku leka menyiapkan kerjaku
sehinggalah aku terpandangkan kawan sepejabatku sibuk bercakap dengan seseorang
dalam talian. Bukan main mesra
lagi. Suami dia agaknya. Aku tersenyum sendiri. Macam tak boleh tunggu balik rumah. Tergedik-gedik, suaranya pula kedengaran sehingga ke ruang kerjaku. Apalah yang dibualkan sehingga kerjanya
sendiri tidak dihiraukan. Aku bingkas
bangun dan melangkah ke mejanya. Ada dokumen yang perlu aku dapatkan
daripadanya.
“Rita… dokumen tender daripada
Syarikat Ilham dah siap?” tanyaku.
“Ini…” Rita menyerahkan borang yang diminta.
Aku menggeleng laju. Apalah punya
kawan. Langsung tak pandang muka aku.
Aku mengeluh berat.
Petang itu aku pulang ke rumah
dengan kereta sendiri. Alhamdulillah
sudah siap diperbaiki. Terbang jugalah
duit aku. Dari kejauhan aku lihat rakan
sekerja aku menaiki sebuah kereta.
Dahiku berkerut. Itu bukan kereta suami dia. Jangan buruk sangka! Jangan buruk sangka! Mungkin itu kereta
saudaramara dia. Aku mengangkat bahu dan
memandu pulang ke rumah. Suami dan
anak-anak sudah sedia menanti.
***
Usai makan malam aku duduk berbual
kosong dengan suami sambil menonton televisyen. Masing-masing mengambil peluang
bercerita tentang kerja dan aktiviti
hari itu. Inilah caraku dan
suami. Jangan ada rahsia antara kami. Anak-anak sibuk membuat kerja sekolah
masing-masing. Bunyi ketukan pintu di
luar rumah buat aku dan suami saling berpandangan. Siapa pula yang datang malam-malam ini. Aku bingkas bangun membuka daun pintu. Berdiri di hadapanku Imam Masjid di taman
kami mengajak suamiku pergi cekup pasangan yang berkhalwat. Alamak!
Ada orang nak kena tangkap khalwat ke?
Aku mengeluh. Siapalah orang itu
ya? Pintu kututup semula. Biarlah suamiku pergi mencegah
kemaksiatan. Itu tanggungjawab
bersama.
***
Di pejabat kecoh mengenai berita
rakan sekerja kami kena tangkap basah malam semalam. Hah? Macam sama saja. Macam kebetulan
pula. Siapa pula yang kena tangkap
basah? Di pantry suara seorang perempuan
sedang menangis jelas kedengaran di telingaku.
Aku terus melangkah ke pantry kebetulan perutku belum terisi.
“Rita? Kenapa?” tanyaku sambil mendekatinya.
Aku memandang dua orang lagi rakan
sekerja sambil mengangkat kening.
“Kena cerai talak tiga sebab malam
tadi kena tangkap basah dengan lelaki lain!”
kata salah seorang rakan sekerja yang menemani Rita dan mungkin cuba
menenangkan rakan kami itu.
“Hah? Tangkap basah? Kat mana? Taman
bunga? Bilik hotel? Rumah kau? Rumah sewa? Dalam kereta?” soalku tersasul
kerana terlampau terkejut.
“Kat taman rumah kau duduklah! Budak lelaki tu duduk di kawasan taman itu,”
kata seorang lagi.
Aku terduduk mendengarnya. Rupanya malam tadi, suamiku dan penduduk
taman menangkap Rita, rakan sekerja aku sendiri dengan lelaki lain. Kalau sudah kena tangkap sah-sahlah keluarga
sendiri akan tahu. Kena cerai talak tiga pula itu? Aduh! Pedihnya.
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang
melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka
berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga
mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya).”
Aku mengetuk meja. Bukan simpati
yang tiba, tetapi hangat hati. Apa punya
perempuan. Buat sakit hati saja. Aku duduk di hadapannya. Baghal punya perempuan. Laki dia punyalah baik. Malaikat pun kalah. Kalau jahat sekalipun kau tak berhak curang!
Faham tak! Dengar tak! Kau nak jadi penghuni neraka ke? Kau menzalimi dirimu sendiri, tahu tak? Maruah kau dipijak-pijak, penghinaan
dapat. Dosa dapat. Talak pun dapat. Ingat laki kau dayus nak maafkan kau dengan
mudah? Kau memang tak ada akallah? Kalau ada masalah, bincanglah. Bukan buat kerja terkutuk ini. Kau buat ke? Tak buat ke? Dah kena tangkap
basah, sah-sahlah salah! Faham! Takkan tak tahu?
Jantan tu nak kahwin dengan kau
ke? Kalau dia jantan yang baik, dia tak
kacau kaulah. Takkan itu pun tak tahu. Kau bini orang. Anak dah berkepuk. Ada orang nak ke? Kalau tak nak suka-suka
saja. Kau pula mudah sangat menyerah!
Mudah sangat jatuh hati. Buruk mana
sekalipun laki kau, kau tak boleh menduakan dia, tau tak? Buta mata betullah kau. Buta hati!
Hoi perempuan! Bangkitlah! Sedar
dirilah! Jangan jadi mangsa jantan di luar sana! Mata Helang yang hanya tahu
menangkap mangsa. Lemah. Tak berdaya.
Tak gunalah jadi perempuan! Buat malu keturunan HAWA saja! Kau nak
berkawan dengan lelaki pun, biarlah suami kau kenal. Kau bawa jumpa suami kau. Kau ajak suami kau. Bukan pergi sendiri ke
mana-mana tanpa muhrim. Haram.
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka
apabila keluar, syaithan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At
Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I) (http://www.darussalaf.or.id)
Pasal perbuatan sesetengah perempuan
macam kau, habis aku dan perempuan-perempuan yang baik terpalit sama. Malu tau! Ada laki, jantan kat luar itu juga
kau cari. Kau ingat dia berkenan sangat dengan muka kau? Jangan haraplah! Dia nak body kau saja! Itu pun kau tak tahu ke? Lelaki waras tak buat onar! Tak ganggu rumah
tangga orang! Tak rampas isteri orang! Sekarang kau dah kena cerai. Anak-anak
macam mana? Ada kau fikir? Jangan fikir
diri kau saja. Kena fikir anak-anak kau
juga. Lainlah kau mandul! Kalau kau
mandul dan buat perangai macam ini, memang patutlah kau kena cerai!
Laki kau dah bagi kau kerja. Kerjalah elok-elok. Ini tidak, kau pergi main kayu tiga! Kau
curang! Malu! Malu! Kau kena kutuk
dengan Malaikat! Kau kena kutuk dengan Bidadari! Kau kena kutuk dengan ALLAH!
Tambah hina kau kena kutuk dengan masyarakat. Keluarga kau. Kawan-kawan? Cuba kau tengok muka
kawan-kawan? Berapa kerat sangat yang
simpati dengan kau. Aku sendiri tak simpati. Malah marah! Kau bodoh! Kau kejam!
Kejam pada rumah tangga kau. Pada anak-anak.
Jangan fikir keseronokkan diri sendiri saja. Buruk mana sekalipun laki kau, ada tempat
mengadu. Ada tempat kau minta nasihat!
Kenapalah? Kenapa? Kenapa jalan singkat
yang kau ambil? Kenapa jalan salah ini juga kau pilih? Kalau dah tak suka dengan suami kau, cakap saja.
Jangan buat onar. Jangan buat
kotor macam ini. Hina tau! Hina! Orang tengok pun jijik! Sedar dirilah! Jangan buat kerja gila itu!
“Nak buat macam mana hati aku dah
suka!” katanya dalam tangisan yang berlagu.
Aduh! Bengap betullah. Itu sebab tak boleh berbual mesra dengan
lelaki lain. Tak boleh menceritakan masalah dengan lelaki lain. Bergurau dan
bermesra ada batasnya. Halanglah diri. Jangan baik sangat. Jangan mesra sangat. Dah jadi macam inikan
dah susah! Semua orang susah. Anak-anak
susah. Kau sendiri susah. Mana kau nak letak muka? Hello… itu bukan cinta. Itu nafsu serakah. Kalau kau baik, kau tak digoda dan
tergoda. Kalau kau mati waktu sedang
curang. Neraka jahanam kau masuk tau! Kecurangan kau tak terampun, jika suami
kau tak ampunkan kau. Syurga dan neraka
kau adalah suami kau.
Temanku itu terus menangis. Kesal
atau tidak itu bukan urusanku. Kalau tak
bercakap, dia takkan sedar. Bebel
sesekali apa salahnya kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan