Jumaat, 9 Oktober 2015

WANITA DAN SENAMAN



Waktu zaman anak dara, saya cukup jaga berat badan, memandangkan ketinggian yang rendang, berat saya tidak boleh lebih dari 45 kg.  Setiap hari seawal pagi sampai di sekolah pasti akan singgah di bilik guru menimbang berat badan.  Kalau berat naik  0.5 kilo maka bermulalah diet.  Hari itu seharian tidak makan nasi.  Hanya menjamah biskut kering.  Hujung minggu pula, pergi pula berjoging di Tasik Perdana.  Dahulu jalan raya tidak sesibuk sekarang.  Kebetulan tinggal di Bangsar, dekatlah sekadar berlari-lari anak tidak sampai 10 minit sudah sampai di Taman Tasik Perdana.

Bila sudah berkahwin, berat badan masih dijaga.  Memang cerewet sungguh soal berat badan.  Ada masa dan waktu terluang saya pasti melakukan senaman.  Tidak kiralah sama ada berjoging atau buat senamrobik di dalam rumah. Sanggup beli cdnya.  Sekarang usia semakin mendekati angka 50-an walaupun masih ada berbaki empat tahun lagi.  Malas pula  bersenaman.  Tetapi sesekali ikut jugalah suami ke gym.  Berat sudah semakin bertambah sebab sudah malas nak  berdiet di tambah dengan gastrik yang melanda.  Alamatnya,  mengunyah sahajalah. 
Berbalik kepada senaman tadi, untuk memastikan tulang belulang kita tetap padat, senaman amat perlu dilakukan.  Sebagai suri rumahtangga tidak susah untuk melakukannya.  Yang penting rajin dan istiqamah.  Sekurang-kurangnya setengah jam sehari.  Senaman juga boleh mengurangkan tekanan dalam diri, kalau tidak percaya cari mr. google dan dapatkan info.  Bangsa yang rajin bersenaman di negara ini adalah Bangsa Cina, perhatikan, walaupun bertongkat masih lagi berjalan seluruh taman.  Bukan hendak cantik tetapi menjaga kesihatan diri.  Jantung yang sering bekerja akan mengurangkan risiko terkena serangan jantung.  Tulang belulang kita juga kuat dan padu.  Jadi, kepada teman-teman semua, sesekali ruangkan waktu untuk berjoging atau melakukan senaman ringan bukan sahaja untuk kecantikan atau tubuh yang kekal menarik tetapi juga untuk kesihatan diri sendiri.  Selamat bersenam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan