Waktu zaman anak dara, saya cukup
jaga berat badan, memandangkan ketinggian yang rendang, berat saya tidak boleh
lebih dari 45 kg. Setiap hari seawal
pagi sampai di sekolah pasti akan singgah di bilik guru menimbang berat
badan. Kalau berat naik 0.5 kilo maka bermulalah diet. Hari itu seharian tidak makan nasi. Hanya menjamah biskut kering. Hujung minggu pula, pergi pula berjoging di
Tasik Perdana. Dahulu jalan raya tidak
sesibuk sekarang. Kebetulan tinggal di
Bangsar, dekatlah sekadar berlari-lari anak tidak sampai 10 minit sudah sampai
di Taman Tasik Perdana.
Bila sudah berkahwin, berat badan masih dijaga. Memang cerewet sungguh soal berat badan. Ada masa dan waktu terluang saya pasti melakukan senaman. Tidak kiralah sama ada berjoging atau buat senamrobik di dalam rumah. Sanggup beli cdnya. Sekarang usia semakin mendekati angka 50-an walaupun masih ada berbaki empat tahun lagi. Malas pula bersenaman. Tetapi sesekali ikut jugalah suami ke gym. Berat sudah semakin bertambah sebab sudah malas nak berdiet di tambah dengan gastrik yang melanda. Alamatnya, mengunyah sahajalah.

Berbalik kepada senaman tadi,
untuk memastikan tulang belulang kita tetap padat, senaman amat perlu
dilakukan. Sebagai suri rumahtangga
tidak susah untuk melakukannya. Yang penting
rajin dan istiqamah. Sekurang-kurangnya
setengah jam sehari. Senaman juga boleh
mengurangkan tekanan dalam diri, kalau tidak percaya cari mr. google dan
dapatkan info. Bangsa yang rajin
bersenaman di negara ini adalah Bangsa Cina, perhatikan, walaupun bertongkat
masih lagi berjalan seluruh taman. Bukan
hendak cantik tetapi menjaga kesihatan diri.
Jantung yang sering bekerja akan mengurangkan risiko terkena serangan
jantung. Tulang belulang kita juga kuat
dan padu. Jadi, kepada teman-teman
semua, sesekali ruangkan waktu untuk berjoging atau melakukan senaman ringan
bukan sahaja untuk kecantikan atau tubuh yang kekal menarik tetapi juga untuk
kesihatan diri sendiri. Selamat
bersenam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan