RATAP RABITAH
AMINAH MOKHTAR
UTUSAN PUBLICATION
PEMENANG HADIAH SAKO 3
RM43.00
Rabitah seorang pejuang tanah
air. Telah berusaia 100 tahun. Mempunyai
sepuluh orang anak. Kisah ini lebih
kepada penceritaan Rabitah terhadap apa yang berlaku dalam hidupnya. Bercerita tentang anak-anaknya yang telah
berubah sikap tidak lagi menyayangi
tanah pusaka nenek moyang mereka.
Dia turut berasa hati dengan sikap anaknya Mohd Yasser dan keluarganya
yang ingin merobohkan rumah pusakan yang dibina oleh nenem moyang Rabitah. Dia juga telah berjanji dengan arwah orang
tuanya untuk mempertahankan tanah pusaka tersebut daripada dimusnahkan. Pulau
Gunung Cengal sudah tidak berpenghuni lantaran orang-orang muda
menjauhkan diri, meninggalkan kampung itu dan merantau ke tempat lain. Yang
tinggal hanya tujuh orang tua yang menunggu hari kematian sahaja. Biarpun Pulau
itu kaya dengan hasil bumi. Anak-anak
tidak lagi menghargai keindahan alam. Tidak lagi suka bermain dengan ombak dan
pantai, sungai dan bukit bukau tidak lagi indah dipandang. Dipunggah, dipunahkan sesuka hati. Ingin
segera memusnahkan keindahan yang ada demi membina sesuatu yang lebih moden dan
katanya mengikut peredaran zaman kini.
Rabitah masih berkeras
mempertahankan apa yang menjadi milik nenek moyangnya. Tanah pusaka tidak boleh dijual beli. Tanah
pusaka adalah maruah nenek moyang yang
harus dipertahankan. Terasa diri seperti
kain buruk, hidup tidak diendahkan lagi. Lara hatinya, rusuh jiwanya melihat
sikap anak cucu yang tidak lagi menghargai peninggalan warisan keturunan
mereka. Selagi ada nyawa Rabitah terus
mempertahankan miliknya itu.
Mohd Yasser serta ahli keluarganya tetap dengan keputusan mereka. Langsung tidak simpati dengan Rabitah yang sudah tua dan uzur tetapi muda semangatnya. Dia tidak mahu menyerah kalah.
Apa yang berlaku seterusnya?
Dapatkah Rabitah mempertahankan tanah dan rumah pusaka yang telah berusia
beratus tahun itu? Di mana anak-anaknya seramai 10 orang itu? Adakah mereka
akan pulang bersama-sama menjaga harta warisan nenek moyang mereka? Jawapannya ada dalam RATAP RABITAH. Ratap seorang tua yang cintakan tanah pusaka.
***
Dengan menggunakan POV satu,
iaitu; pertama kali saya jumpa. Watak terus bercerita
tentang diri, pengalaman dan keluarganya.
Novel ini juga dibahagikan kepada beberapa episode. Setiap episode mempunyai ceritanya
tersendiri. Masih kisah dan luahan rasa Rabitah tentang kehidupannya. Gaya bahasa yang mudah difahami biarpun ada metaforanya. Latar tempat pula membuatkan kita berfikir di
luar kotak fikiran. Mungkin tempat itu
benar-benar di sebuah pulau atau hanya simbolik penulis ingin menyampaikan
sesuatu. Apa yang dapat saya
huraikan. Cerita ini ada cerita
disebalik cerita. Ada yang ingin disampaikan oleh penulis. Tentang bangsa, tanah air, parti pemerintah,
gabungan kuasa, seperti menunjukkan tentang masa depan negara ini. Luahan rasa seorang anak Melayu yang cintakan
Negaranya. Tentang anak Melayu yang
beragama Islam mempertahankan budaya dan bahasanya daripada terus dicemari dan
dipandang sepi oleh golongan tertentu.
Bak kata-kata yang terdapat dalam karya ini.
“Sebesar mana pun rumah orang dalam dunia ini, kecantikan rumah kita tidak ada tolong bandingnya, kerana rumah Melayu yang ada tiang seri, ini warisan moyang kamu; rumah bertiang enam, berbilik lima, bercermin Madinah, berbingkai ayat Al-Quran penukang Makkah.”
“Sebesar mana pun rumah orang dalam dunia ini, kecantikan rumah kita tidak ada tolong bandingnya, kerana rumah Melayu yang ada tiang seri, ini warisan moyang kamu; rumah bertiang enam, berbilik lima, bercermin Madinah, berbingkai ayat Al-Quran penukang Makkah.”
Dailog ini seperti mengatakan
hidup bersyariat, Islam datang kepada orang Melayu melalui warisan nenek moyang
dahulu. Harus dan wajib dipelihara
kesuciannya. Watak dua orang lelaki warga asing yang menjadi orang suruhan
cucu-cucu Rabitah bagaikan mewakili pendatang asing yang datang ke negara
ini. Antara dailognya;
“Nanti dulu tuan. Kalau tuan
tidak mahu dengar cerita perut dan nafas atuk tuan, dengar dulu cerita orang
berdagang seperti saya. Cerita bangsa
lelongan dari tanah seberang. Puncanya,
hanya inilah tuan, tiang seri sebatang yang tidak dipedulikan warisan. Akhirnya
rumah hilang, kami hidup terbuang.”
Jalan cerita yang benar-benar
menyentuh hati. Seperti melihat bangsa
sendiri menjual dan
mengadai
maruah bangsa tanpa kita sedar akan akibatnya.
Usah diroboh tanah pusaka
lantainya budi kilau cahaya tiang seri, digilap, dijaga
pasak bumi pelindung nawa anak-cucu bergilir usia
tidak tuan hilang kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan