Sudah selesai mentelaah buku ini. Alhamdulillah, karya penulis ini tidak pernah menghampakan saya untuk terus membacanya. Biarpun diselitkan kisah cinta namun isu kekeluargaan juga turut ada di dalamnya. Kepada yang belum mendapatkannya, jangan malu-malu dapatkannya di pasaran.
PLEASE… JANGAN ‘TACKLE’ AKU!( ISBN 978-967-446-221-5)
SITI ROZILAH
BUKU PRIMA
2015
RM28.00
658 muka surat
Nur Naziha terpaksa merantau membawa diri akibat sejarah hitam yang
telah menconteng arang ke muka keluarganya. Berharap di tempat baharu
dia mampu membina kehidupan yang jauh lebih baik. Namun, cinta
sentiasa hadir dalam kekalutannya melupakan cinta yang lama. Lokman
Azad, anak majikan tempatnya bekerja, dalam diam tertarik dengan keayuan
dan budi pekerti Nur Naziha. Namun, hatinya sudah tertutup untuk cinta
dan makhluk ALLAH bernama lelaki.
Lokman Azad meluahkan isi hatinya,tetapi ditolak mentah-mentah boleh Nur Naziha. Dia rela bersendirian, apatah lagi emak Lokman Azad tidak menyukai dirinya. Mampukah dia membina kebahagian tanpa restu seorang ibu.
Eizhan cuba melupakan kenangan silam antara dia dan Nur Naziha. Cuba menyemai cinta dengan Jasmin. Sikap Jasmin yang suka berpoya-poya membuatkan dia kurang senang dan tidak gemar akan tindak-tanduk gadis tersebut. Hatinya masih mencintai seseorang yang sudah lama menghilangkan diri. Perkenalannya dengan Shazlynn telah mengubah hatinya untuk mendekati gadis itu dan melupakan Jasmin.
Marzuki abang tiri Eizhan punya dendam yang mendalam terhadap Eizhan dan Puan Dayana dengan niat untuk membalas dendam atas kesengsaraan ibunya. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan dendamnya terbalas. Dia juga menyukai Nur Naziha tanpa pengetahuan Eizhan. Dalam diam dia sudah merancang Sesuatu yang mampu memusnahkan kehidupan Eizhan dan membakar cinta Nur Naziha terhadap lelaki itu. Ada rahsia yang tersembunyi dan hanya dia sahaja yang tahu.
Jeffri teman sepermainan dan sebaya Eizhan menaruh hati kepada Puan Dayana dan cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Pada mulanya Eizhan membantah tetapi memikirkan emaknya sendiri sudah lama hidup sendiri, apalah salahnya jika Jeffri sahabatnya itu benar-benar mencintai emaknya sepenuh hati. Puan Dayana diserang angina ahmar, kejadian itu membuatkan dia insaf dan sedar akan kesalahannya yang lalu.
Kenapa Eizhan dan Nur Naziha berpisah? Apa rahsia yang disembunyikan oleh Marzuki? Sejarah hitam apakah yang dihadapi oleh Nur Naziha sehingga terpaksa merantau jauh? Mahukah Jeffri menerima Puan Dayana yang tidak sihat itu sebagai teman hidup? Ingin tahun kisah seterusnya? Dapatkan karya ini di kedai buku berhampiran.
#Bukuprima
#karangkrafmall

Tiada ulasan:
Catat Ulasan