Saya sudah baca karya pertama dan baharu sahaja selesai baca sambungannya. Wah! baca setiap patah perkataannya. Membayangkan keadaan KL diganggu gugat oleh kehadiran makhluk yang ajaib ini ditambah dengan adegan musuh keturunan Tamar mengamuk dan menyerang. Bayangkan jika karya ini diadaptasikan. Pasti sehebat karya barat yang sering kita tonton.
Tahniah Tuan penulis Saidee Nor Azam. Karya yang tidak menghampakan. Tidak mengantuk ketika membacanya, hendak tahu akan pengakhirannya. Tidak sabar ingin tahu adakah Adi Putra akan pulih dan kembali kepada keluarganya. Mampukah cinta Tamar dibalas oleh Aisya? Gadis yang berwajah seiras dengan Melur kekasih hati Tamar yang sudah lama meninggal dunia.
Berubah wajahkah Tamar dihidupkan di zaman baru? Tua atau muda
wajahnya? Sakit hati dengan Adi Putra yang lemah dan tidak berdaya
sehingga mampu diperkotak katikkan, ditipu oleh syaitan yang direjam
dengan begitu mudah hanya semata-mata cinta yang tidak bertepi kepada
arwah isterinya. Bodohnya dia! Tidak layak menjadi ahli keluarga Tamar,
pahlawan terbilang. Tamar sendiri lemah dan tidak berdaya sehingga
sanggup menerima janji palsu syaitan berhati hitam.
Nasib baik ada adik Tamar yang membantu menghapuskan syaitan, makhluk durjaya dengan menggunakan keris warisan. Mampukah mereka menghapuskan musuh utama mereka? Mampukah Tamar kembalikan keadaan asal dirinya?
Banyak persoalan yang tidak terjawab, jika kita tidak membaca sambungan karya Margasatwa. Jawapannya ada dalam Margasatwa 2. Jangan lupa dapatkan sewaktu pesta buku antarabangsa nanti.
Karya bagus buat hati saya terhibur. Lima bintang saya berikan untuk karya ini.
Margasatwa II
Saidee Nor Azam
RM 27.00
ISBN: 978-967-446-196-6
~640 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 25 Jun 2015
Sinopsis
Kehidupan tenang Margas di Hutan Tasik Kenyir diganggu oleh pemburu-pemburu haram sehingga ia dibawa ke Kuala Lumpur. Malah, nyawanya juga terancam oleh kemunculan sesuatu yang tidak diduga. Sesuatu yang juga memiliki sifat serta tenaga sepertinya, ganas dan menggerunkan.
Adi Putra didatangi satu makhluk yang bersifat hitam, mengganggu dia dan anak tunggalnya, Saif. Makhluk itu pernah bersumpah untuk terus hidup selama-lamanya. Kehadirannya juga kerana berdendam dan ingin menghancurkan keturunan Tamrin itu sendiri.
Makhluk apakah yang bersifat haiwan serta perkasa seperti Margas di tengah-tengah kota raya? Apakah Tamar akan terus hidup sengsara dalam sumpahan Margasatwa, atau hanya kematian sahaja yang akan menamatkan kesengsaraannya? Mampukah Adi Putra bertahan dengan ancaman makhluk bersifat hitam itu atau dia bakal terjerumus ke lingkaran maut?
#Bukuprima
#karangkraf
#pestabukuantarabangsa2016
#seram
#mistik

Tiada ulasan:
Catat Ulasan