Mr.Boer
Chua Pei Yong
Pink Diction
176 muka surat.
***bintang
"Jangan menangis sayang. Air matamu bernilai dan menyedihkan abang. Abang janji, abang akan gembirakan sayang selama-lamanya."
Mengisahkan Azimah bakal doktor veterinar bertemu Mr.Boer di sebuah ladang tempat dia buat praktikal.
Apa yang boleh saya katakan tentang karya ini? Kisah cinta biasa,
pertemuan pertama empunya ladang tidak mahu diperkenalkan diri sebagai
tuan punya ladang, tapi disuruh perkenalkan sebagai peladang. Pertemuan
pertama mereka sudah bertengkar, saling berkelahi, adegan biasa yang
terlihat dalam banyak novel di pasaran.
Satu cubaan yang bagus daripada seorang penulis bukan Melayu, berjaya menguasai BM dengan sempurna.
Ada ilmu bantu tentang jenis-jenis lembu dan cara menternak. Semoga
penulis akan berusaha lebih lagi untuk menghasilkan karya-karya bermutu
di masa hadapan. Nantikan kemunculan karya novel kanak-kanak penulis
ini terbitan DBP.
Syabas buat penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan