Cik Cemerkap vs Encik Selfie
Meera Natasya
Pink Diction
2016
170 muka surat
Novel Cinta.
Watak Antogonis: Serena
"Hei, perempuan! Kau sedar diri sedikit. Aku model terkenal. Kau
cuma penjual bunga. Mana setaraf dengan Prem? Badan kurus keding,
kulit hitam dan rambut kerinting macam mi maggi. Buruk rupa kau. Kalau
kau nak tahu, selama dia mengenali kau, dia berhubungan dengan aku. Dia
tak curang dengan kau. Dia lebih cintakan duit kau yang berkepuk dalam
bank. Jadi, tolong jangan perasan," kata Serena.
Wah! Pecah rekod sendiri, dalam masa tiga jam sahaja, habis baca buku ini. Tunggu lama di klinik, layan buku ini sampai habis.
Penulis bukan berbangsa Melayu tetapi mampu menulis karya ini dengan baik.
Cerita berkisahkan tentang Riya yang mencintai Prem, tetapi sayang Prem
dalam diam bermain kayu tiga. Riya benar-benar kecewa dan berasa
tertipu. Prem minta putus, Riya tidak menolak.
Dalam keadaan
kelam kabut Riya hampir dilanggar kereta, diselamatkan oleh seorang
lelaki. Tiga kali mereka bertemu. Riya tidak suka dengan sikap lelaki
itu, bercakap pun lepas.
Kehadiran lelaki bernama Tejas mengubah kehidupan Riya yang takut untuk bercinta lagi.
Apa berlaku seterusnya? Kenalah baca buku ini.
Kisah cinta biasa, bertembung, berlanggar dan akhirnya jatuh cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan