Gambar Rajah Ekonomi Dalaman
Gambar Rajah Ekonomi Luaran
KESAN EKONOMI BIDANGAN DAN DISEKONOMI BIDANGAN TERHADAP KELUK KOS PURATA JANGKA PANJANG (LAC)
EKONOMI DALAMAN
Ekonomi dan disekonomi bidangan dalaman berpunca daripada output oleh firma itu sendiri.
Ia menyebabkan pergerakan di sepanjang keluk LAC.
Apabila firma meningkatkan output daripada 0 sehingga Q1, LAC akan merosot.
Ini ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah dari titik A ke B dan C.
Disekonomi bidangan dalaman ditunjukkan selepas output Q, contohnya dari titik D ke titik E dan seterusnya titik F.
Apabila firma meningkatkan output daripada Q2 kepada Q3, LAC akan meningkat.
Ini ditunkukkan oleh pergerakan ke atas dari titik D ke titik E.
EKONOMI LUARAN
LAC0 beralih ke bawah menjadi LAC1 akibat daripada ekonomi bidangan luaran.
Ini bermakna kos puratanya menurun pada pelbagai tingkat output. Contohnya, pada output Q0, kos purata merosot dari C0 ke C1 yang ditunjukkan oleh peralihan titik A ke titik B yang terletak pada keluk kos purata LAC0 dan LAC1 masing-masing.
LAC0 beralih ke atas menjadi LAC2 akibat disekonomi bidangan luaran.
Ini bermakna kos puratanya meningkat pada pelbagai tingkat output. Contohnya, pada output Q0, kos purata bertambah dari C0 ke C2 yang ditunjukkan oleh peralihan titik A ke titik C yang terletak pada keluk LAC0 dan LAC2 masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan