Apabila LAC sedang menurun, SAC menyentuh LAC pada bahagian SAC yang juga sedang menurun iaitu di titik A, pada output Q1 di mana SAC1 sedang menurun dengan titik minimumnya di A’.
Apabila LAC di titik minimum, SAC menyentuh LAC pada titik minimum SAC, iaitu di titik B di mana titik minimum SAC0 juga di B pada output Q0.
Apabila LAC sedang meningkat, keluk SAC menyentuh LAC pada bahagian SAC yang juga sedang meningkat iaitu di titik C, pada output Q2 di mana SAC2 sedang meningkat dengan titik minimumnya di C’.
JANGKA MASA PENDEK
Satu tempoh firma tidak dapat menyesuaikan kapasiti lojinya mengikut keperluan pasaran kerana wujudnya faktor tetap dalam operasinya.
Dalam jangka pendek, firma tidak dapat mengeluarkan barang dengan banyak dan hanya dapat menambahkan input berubahnya seperti buruh dengan terhad jika tiada perubahan dalam input tetap contohnya tanah.
Ini bermaksud, tidak kira jika firma itu sudah beroperasi selama 10 tahun atau 2 tahun jika ada faktor tetap dalam operasi, ia sedang berada dalam jangka masa pendek.
Kalau semua faktor adalah faktor berubah, barulah firma beroperasi dalam jangka masa panjang.
JANGKA MASA PANJANG
Satu tempoh firma dapat menyesuaikan kapasiti lojinya mengikut keperluan pasaran kerana semua faktor adalah faktor berubah dalam operasi.
Ini kerana semua faktor dalam operasi adalah faktor berubah.
Firma boleh menaikkan skala pengeluaran, menambahkan modal, meningkatkan tingkat teknologi atau melakukan penyelididkan dan pembangunan untuk menambahkan daya pengeluaran.
Contohnya, firma boleh membuka kilang baru untuk meningkatkan pengeluaran tanah kerana tanah adalah input berubah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan