Sewaktu menghantar anak-anak belajar di sekolah pondok atau maahad,
kami jarang bertanya soal makan, atau ustazah ada pukul tak? Dua soalan
yang saya rasa agak sensitif. Seperti kita tidak percaya kepada ustaz
dan ustazah yang mendidik anak-anak kita.
Bukan kerana anak-anak
saya tidak pernah dimarahi dan didenda, tapi kita letakkan kepercayaan
kepada insan-insan pendidik ini mendidik anak-anak kita dengan cara yang
telah mereka tentukan.
Dengan
yuran RM300++, di situlah gaji ustaz dan ustazah, di situlah duit makan,
di situlah duit fasiliti, di situlah duit sewa bangunan, berapa jumlah
yang diperuntukan untuk makanan? Makan pula sehari tiga kali. Saya
bersyukur, anak saya masih diberi rezeki. Kalau saya nak anak-anak saya
makan enak-enak, sepatutnya sayalah yang menyumbang makanan pada pondok
tempat anak saya belajar.
Saya menghantar anak-anak belajar dengan mereka yang pakar dengan ilmu masing-masing seperti menghafal al Quran dan ilmu agama yang lain. Jika saya terlalu memikirkan anak saya makan sedap ke tidak, tidur selesa ke tidak, kena pukul ke tidak, sampai bila pun saya telah menanamkan perasaan tidak percaya kepada ustaz dan ustazah mereka, dan sebaiknya saya buka pondok sendiri, biarlah anak-anak berada di hadapan mata. Itu bermakna saya telah mengajar anak saya sentiasa hidup dalam lingkungan selamat dan tidak tahu berdikari dan membawa diri, sampai bila?
Saya tahu bukan mudah untuk mereka mendidik anak-anak saya. Mereka bukan hanya menjaga anak-anak saya sahaja, tetapi puluhan, kadang-kadang ratusan. Perangai dan sikap yang berbeza-beza, ada yang beradap, ada yang bengis tak kena tempat, ada juga tak ikut peraturan, suka melawan, memilih makanan, ikan tak makan,sayur tak makan. Saya pasti, kepala ustaz dan ustazah pasti berpusing 360 darjah untuk menyelesaikan masalah anak-anak saya dan pelajar-pelajar lain.
Datang daripada latar belakang yang berbeza,pendidikan ibu ayah juga berlainan, tinggal di pondok atau ma'ahad hendak dibentuk menjadi satu, bukan mudah. Saya tetap memberi ruang dan peluang kepada ustaz dan ustazah untuk membentuk adab, akhlak dan keperibadian anak-anak saya menjadi yang terbaik disamping ilmu-ilmu yang diberi.
Begitu juga di sekolah-sekolah, sama sahaja masalahnya. Sebagai orang tua, kita letak diri kita di tempat guru-guru tersebut. Kita lihat perangai anak-anak kita, adakah kita sanggup duduk berjam-jam melayan kerenah mereka yang pelbagai ragam? Paling tidak, kita turut naik angin apabila mereka malas belajar, malas mengemas dan hanya tahu goyang kaki, nakal dan degil.
Beri kepercayaan kepada ustaz, ustazah, guru-guru dan mereka yang mendidik anak-anak kita. Letakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka seperti mana emak dan ayah kita meletakkan kepercayaan kepada mereka yang mendidik kita dahulu menjadi seperti hari ini.
Kepada ustaz, ustazah, cikgu-cikgu dan pendidik sekalian terima kasih kerana mendidik anak-anak kami.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan