Isnin, 5 November 2018
SINOPSIS - NERACA NISA'
Hati siapa yang tidak berduka apabila orang yang disayangi ditahan oleh pihak polis atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Sebagai seorang isteri pasti Nisa' benar-benar rasa tercabar, apatah lagi yang menuduh adalah seorang budak perempuan yang dijaga seperti anak sendiri.
Nisa' terpaksa berhadapan dengan fitnah yang melanda suaminya. Dia tidak mengalah, dan benar-benar yakin suaminya tidak bersalah. Dengan bantuan sepupu suaminta, Munirah, mereka berdua berjuang menyelamatkan maruah dan harga diri suami Nisa'.
Nisa' terpaksa mengambil alih menguruskan rumah anak yatim yang diusahakan bersama suaminya. Sepanjang ketiadaan suaminya yang ditahan dilokap, Nisa'lah yang menguruskan segalanya.
Dalam masa yang sama Nisa' terpaksa berhadapan dengan ahli lembaga pengurus rumah anak yatim itu yang mempunyai niat tidak baik untuk merampas kuasa. Bagaimana Nisa' menghadapinya? Berjayakah dia menyelamatkan keadaan? Berjayakah dia melepaskan suaminya dari tohmahan dan fitnah yang dihadapinya?
Kepada yang berminat boleh dapatkan buku ini di pasaran sekarang!
Terbitan DBP ( Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: RM20.00
****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan