KENAPA
ANDA PERLU MENCARUM DALAM KWSP
Pernahkah
anda mendengar tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP? Tahukah anda
betapa pentingnya anda mencarum dalam
KWSP?
Ingin tahu kenapa anda perlu mencarum dalam KWSP biarpun anda bekerja sendiri? Mari saya terangkan satu persatu.
Ingin tahu kenapa anda perlu mencarum dalam KWSP biarpun anda bekerja sendiri? Mari saya terangkan satu persatu.
APA ITU
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA?
Satu badan
yang merupakan antara tabung simpanan terbesar di dunia.
Tujuannya untuk membantu semua tenaga pekerja di Malaysia menyimpan wang untuk hari tua selaras dengan akta yang telah ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Tujuannya untuk membantu semua tenaga pekerja di Malaysia menyimpan wang untuk hari tua selaras dengan akta yang telah ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
JENIS-JENIS
CARUMAN
Ada beberapa jenis caruman:
Ada beberapa jenis caruman:
·
Caruman wajib
·
Caruman pilihan sendiri
·
Caruman simpanan tambahan
·
I-saraan
·
I-suri
SIAPA
LAYAK MENCARUM?
Mereka yang
bukan bekerja dengan sektor kerajaan. Bukan warga asing, orang asli, pembantu
rumah dan mereka yang telah berumur 75 tahun, selain daripada itu semua layak
mencarum dalam KWSP.
Walaupun anda bekerja dan mempunyai perniagaan sendiri, anda juga layak mencarum.
Walaupun anda bekerja dan mempunyai perniagaan sendiri, anda juga layak mencarum.
Majikan anda
perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh
tujuh hari anda diambil bekerja.
Jikalau
anda bekerja sendiri dan ingin mencarum anda boleh menggunakan Caruman Pilihan Sendiri. Paling penting anda
adalah Warganegara Malaysia dan Ahli KWSP.
Kalau anda
seorang surirumah pihak KWSP juga menyediakan skim yang dipanggil I-suri,
asalkan anda adalah warganegara, mendaftar dalam pangkalan data kemiskinan Nasional (ekasih) setakat 30 November 2019.
Isteri
kepada ketua isi rumah. Belum berumur 60 tahun dan mencarum sekurang-kurangnya
RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun ke dalam KWSP.
BAGAIMANA MENCARUM?
Majikan anda akan membuat potongan gaji dan
membayar terus kepada pihak KWSP menggunakan borang yang telah diisi dengan
nama anda serta jumlah potongan setiap bulan.
Anda juga
boleh membayar melalui perbankan Internet pemindahan wang secara elektronik.
Boleh juga ke kaunter bank jika
pembayaran dibuat secara tunai atau datang sendiri ke KWSP di semua cawangan
seluruh negara.
Jumlah
caruman adalah 11 % daripada anda, 12 %
atau 13% pula daripada majikan.
CARA
PEMBAHAGIAN CARUMAN
Caruman wajib anda dikira berdasarkan pendapatan
bulanan yang diterima daripada majikan.
Caruman terdiri daripada bayaran majikan dan syer anda mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Caruman terdiri daripada bayaran majikan dan syer anda mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Caruman wajib akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP
anda di dibahagi kepada dua bahagia. Satu akaun dimasukkan 70% simpanan anda.
Satu lagi
akaun dimasukkan 30% atau dipanggil akaun kedua. Akaun kedua inilah yang akan
digunakan jika ada keperluan seperti membeli rumah, komputer atau sambung
belajar.
Setiap
tahun wang simpanan anda akan menerima dividen dan dijamin oleh kerajaan dengan
kadar 2.5% bagi Simpanan Konvensional.
Kadar dividen untuk Simpanan Syariah pula berdasarkan prestasi pelaburan Syariah yang diurus dan dilaburkan opeh pihak KWSP.
Kadar dividen untuk Simpanan Syariah pula berdasarkan prestasi pelaburan Syariah yang diurus dan dilaburkan opeh pihak KWSP.
CARA
PENGELUARAN
Bila anda
dapat menikmati duit tersebut? Setelah anda berumur 55 tahun, anda boleh
mengeluarkan duit simpanan dari KWSP dengan tiga cara pembayaran:
1)Dengan
mengeluarkan keseluruhan simpanan dan masuk ke dalam akaun anda.
2) Keluar
separuh sahaja dan selebihnya dibiarkan dalam akaun dan simpanan tersebut masih
menerima dividen setiap tahun selagi tidak dikeluarkan semuanya.
3)Dimasukkan
ke dalam akaun bank anda setiap bulan seperti menerima gaji sehingga simpanan dalam
KWSP habis.
MANFAAT
KWSP
Setelah
bekerja berpuluh tahun, tentulah anda mengharapkan sesuatu. Tidak mungkin setelah bersara anda masih
terpaksa bekerja?
Jikalau anda seorang yang sihat walafiat, mungkin tidak bermasalah untuk bekerja kembali.
Jikalau anda seorang yang sihat walafiat, mungkin tidak bermasalah untuk bekerja kembali.
Bagaimana jika anda mengalami pelbagai jenis
penyakit? Tentulah sukar untuk anda
mendapatkan pekerjaan sesuai dengan umur anda.
Duit ini
jugalah yang boleh digunakan untuk merawat penyakit anda, sekurang-kurangnya
membantu anda menjelaskan bil hospital dan ubat-ubatan tanpa perlu menyusahkan
orang lain.
Selain
menyara tanpa bekerja, duit ini boleh juga dijadikan modal untuk memulakan
perniagaan kecil-kecilan dan anda tidak perlu meminjam daripada sesiapa atau
dengan institusi kewangan yang ada.
Bermakna pelaburan yang dibuat, keuntungannya akan kembali kepada anda.
Bermakna pelaburan yang dibuat, keuntungannya akan kembali kepada anda.
Anda tidak
perlu bergantung hidup dengan anak-anak yang telah bekerja. Simpanan yang ada
boleh membantu anda menyara diri sendiri dan keluarga.
Ditambah
jika masih ada anak-anak yang bersekolah atau masih belajar, sekurang-kurangnya
simpanan KWSP ini meringankan beban untuk anda menyara mereka.
Anda juga
boleh melabur dalam syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham mengikut kemampuan kewangan anda.
Bermakna duit simpanan itu akan terus
beranak-pinak.
Pastikan pelaburan anda adalah pelaburan patuh Syariah bagi yang beragama Islam. Supaya tidak was-was keuntungan pelaburan yang diterima nanti.
Pastikan pelaburan anda adalah pelaburan patuh Syariah bagi yang beragama Islam. Supaya tidak was-was keuntungan pelaburan yang diterima nanti.
Jikalau
anda berniaga, tidak selamanya anda mampu bekerja, dengan duit caruman ini
semoga dapat menampung keperluan anda.
Paling
penting, bijaklah memilih bagaimana hendak menyimpan dan menabung untuk masa tua anda. Jadikan kehidupan tua
anda amat bererti dan sediakan payung sebelum hujan.
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution
Tiada ulasan:
Catat Ulasan