Filem tahun
1968 yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dibantu oleh Hashim Hamzah. Dibintangi oleh Tan Sri P.
Ramlee, Puan Sri Saloma dibantu oleh
Mariani, Mimiloma, A.R. Tompel, Minah Hashim, M. Suki. Karim Latiff, Tony
Azman dan ramai lagi.
SINOPSIS
Di sebuah
kampung tinggal seorang Saudagar kaya yang bernama Mas’hud Al Buaya mempunyai
tiga orang anak gadis bernama Mastura, Zahara dan Suhara.
Beliau berniat mengahwinkan anak-anaknya dengan lelaki pilihannya.
Beliau berniat mengahwinkan anak-anaknya dengan lelaki pilihannya.
Pada suatu
hari, Mas’hud Al Buaya telah bertemu dengan dua orang kenalannya. Beliau
meminang sendiri anak-anak kenalannya untuk dinikahkan dengan dua orang anak
gadisnya,
Zahara dan Suhara. Mas’hud sanggup membayar wang hantaran sebanyak 88 dinar dan belanja hangus sebanyak 2000 dinar serba dua untuk setiap anaknya.
Zahara dan Suhara. Mas’hud sanggup membayar wang hantaran sebanyak 88 dinar dan belanja hangus sebanyak 2000 dinar serba dua untuk setiap anaknya.
Mas’hud sering mengatakan, kekayaan, kebahagian dan
kerukunan rumah tangga bukan datang daripada Allah tetapi daripada dirinya
sebagai seorang ayah.
Mastura
menafikan kata-kata ayahnya sehingga dia menolak untuk dijodohkan dengan anak
orang kaya. Bagi Mastura, kekayaan, kebahagian dan kerukunan rumah tangga
adalah di tangan Allah SWT. Sehingga dia mencabar Mas’hud yakni ayahnya agar mencari orang
miskin dan dijodohkan dengannya.
Tanpa
diketahui oleh Mas’hud Al Buaya, kedua-dua besannya memberi syarat kepada
anak-anak lelaki mereka agar membolot semua harta yang dimiliki oleh anak-anak
Mas’hud dalam masa tiga bulan selepas berkahwin.
Mas’hud yang berasa tercabar telah
mengahwinkan Mastura dengan seorang
pengembala kambing yang miskin bernama Syawal. Mastura reda dan tidak membantah
kerana dia yakin jodohnya dengan Syawal ditentukan oleh Allah SWT.
Syawal seorang
pemuda miskin yang hidup bersama ibunya adalah seorang pemuda yang, buta huruf,
jujur dan bertanggungjawab. Walaupun agak terkejut dengan perkahwinan secara
tiba-tiba itu, dia tetap gembira dengan jodoh yang diberi apatah lagi dia telah
dikahwinkan dengan anak seorang kaya.
Majikan
Syawal bernama Saudara Umar sangat gembira mendengar berita pernikahan itu. Malah
turut mengadakan majlis meraikan perkahwinan pasangan mempelai tersebut.
Banyak
perkara yang tidak diketahui oleh Mas’hud tentang dua orang lagi menantunya. Safar
dan Muharam adalah lelaki yang suka berfoya-foya, berjudi, malah tidak bekerja.
Segala perancangan yang disuruh oleh orang tua mereka, langsung tidak dijalankan, malah habis semua barang kemas isteri-isteri mereka digunakan untuk berjoli.
Segala perancangan yang disuruh oleh orang tua mereka, langsung tidak dijalankan, malah habis semua barang kemas isteri-isteri mereka digunakan untuk berjoli.
Setelah habis
segala barang kemas, duit dan harta isteri-isteri mereka. Pada mulanya mereka cuba meminjam dengan kedua
orang tua mereka, tetapi orang tua mereka menolak mentah-mentah. Demi kelangsungan
hidup mereka mula merompak kedai emas untuk tetap hidup mewah.
Syawal pula
dinaikan gaji oleh Saudagar Umar. Dengan wang itu, Syawal telah membelikan
sebentuk cincin sebagai hadiah
perkahwinan kepada Mastura.
Pada suatu
hari, ketiga-tiga menantu Mas’hud telah menerima surat jemputan bagi meraikan
majlis ulang tahun kelahiran bapa mertua
mereka. Syarat utama kehadiran mereka
harus membawa bersama hadiah.
Sebaik
menerima surat tersebut. Muharam dan Safar tidak bermasalah kerana harta
rompakan mereka masih banyak dan boleh dijadikan hadiah untuk dipersembahkan
kepada bapa mertua mereka.
Sebaliknya
Syawal, telah diberhentikan kerja kerana semua kambingnya telah dibeli oleh
seorang saudagar yang lain. Semakin pening kepalanya memikirkan hadiah apa yang
harus dibawa untuk diberi kepada mertuanya nanti.
Mastura
adalah seorang isteri yang sangat bijaksana. Tanah lapang yang ada di laman
rumah mertuanya tidak disia-siakan. Dia mula menanam pelbagai jenis
sayur-sayuran.
Syawal yang
pulang dalam keadaan sedih telah ditenangkan oleh Mastura agar tidak susah hati
kerana hasil tanaman mereka sudah besar dan boleh dituai. Syawal gembira atas
usaha isterinya itu.
Tiba saat
majlis ulang tahun kelahiran Mas’hud Al Buaya, ketiga-tiga anak dan menantunya
turut hadir bersama hadiah masing-masing.
Suhara dan suaminya Safar, Zahara dan suaminya Muharam telah memberi hadiah yang istimewa yang sangat disukai oleh Mas’hud sehingga memuji mereka. Beliau berasakan pilihannya adalah tepat dan kerana dialah kedua anak-anaknya itu hidup mewah dan bahagia.

Mastura dan
Syawal pula membawa hadiah semangkuk garam dan gula. Mastura pula membawa
hadiah berupa sekeping roti gandum tanpa garam dan secawan kopi tanpa gula.
Sebaik melihat hadiah tersebut,
Mas’hud terus sahaja mengherdik dan memarahi pasangan tersebut. Dia berasakan Mastura telah tersalah memilih pasangan hidup dan kerana tidak mendengar kata-katanya maka hidup anaknya itu miskin dan susah.

Syawal
tidak berkecil hati. Dia pulang dan meneruskan perniagaannya menjual hasil pertaniannya
di pasar pagi. Kehidupannya bertambah senang.
Pada suatu hari Saudara Umar dan Mualif telah menawarkan pekerjaan kepada Syawal dan meminta Syawal menjaga kembali kambing-kambing itu.
Pada mulanya Syawal keberatan kerana dia perlu berniaga di pasar pagi, setelah berbincang dengan isteri dan ibunya mereka telah sepakat membahagikan kerja-kerja yang ada supaya kehidupan mereka menjadi lebih baik.

hari, seekor anak kampungnya telah tersesat ke dalam gua. Syawal telah pergi menyelamatkan
kambing tersebut.
Terkedu Syawal sebaik sahaja dia memasuki gua tersebut, dia ternampak harta karun di dalam gua tersebut. Sebaik sahaja Syawal cuba menyentuhnya, satu suara bergema, muncul jin bersama keluarganya.
Terkedu Syawal sebaik sahaja dia memasuki gua tersebut, dia ternampak harta karun di dalam gua tersebut. Sebaik sahaja Syawal cuba menyentuhnya, satu suara bergema, muncul jin bersama keluarganya.
Lalu jin itu berkata bahawa
harta tersebut adalah milik AHMAD ALBAB. Syawal kehairanan, siapakah Ahmad
Albab?
Atas
nasihat jiran tetangganya, Syawal dan Mastura membawa anaknya berjumpa ibu dan
ayah mertuanya. Mas'hud telah berjaya mendiamkan anaknya dan diberikan nama
Ahmad Albab.
Mastura
disahkan mengandung. Setelah cukup bulan, dia selamat melahirkan seorang anak
lelaki. Sebaik dilahirkan, anak itu asyik menangis sehingga Mastura, Syawal dan
ibunya tidak tahu hendak buat apa.
Sudah dibawa berubat dengan dukun dan pawing,
dibawa berjumpa doktor, anak itu tetap menangis sehingga Syawal kemurungan
tidak tahu hendak berbuat apa. Akibat anaknya asyik menangis Syawal sampai
terlupa hendak memberi nama kepada anaknya itu.
Oleh kerana
tidak tahu harus berbuat apa, majikan dan jiran Syawal telah menasihati pasangan
itu agar membawa anak itu bertemu dengan bapa mertuanya, Saudagar Mas’hud Al Buaya
dengan harapan mertuanya itu mampu membantu memberhentikan tangisan anak itu.
Mas’hud Al
Buaya gembira dengan kelahiran cucunya itu tetapi dia turut berasa pelik kenapa
anak itu asyik menangis. Pelbagai cara dilakukan sehinggalah dia memberi nama Ahmad
Albab kepada cucunya.
Syawal
teringat akan Jin yang ditemui di dalam gua pernah menyebut nama tersebut. Lalu
dia mengambil anaknya daripada dakapan
ayah mertuanya lalu dibawa ke gua tersebut.
Jin berasa
gembira dan memberi upah kepada Syawal berupa harta karun tetapi dengan syarat
setiap satu bulan Ahmad Albab harus dibawa bermain-main dengan anak jin dari kecil
sehinggalah anaknya itu besar.
Syawal seorang yang taat dan jujur, dia menurut sahaja. Sejak itu kehidupan Syawal semakin senang dan mewah. Tetapi dia tidak boros,malah menggunakan hartanya untuk membantu orang lain yang susah.
Syawal seorang yang taat dan jujur, dia menurut sahaja. Sejak itu kehidupan Syawal semakin senang dan mewah. Tetapi dia tidak boros,malah menggunakan hartanya untuk membantu orang lain yang susah.
Satu hari,
ipar-ipar Syawal telah ditangkap kerana merompak dipenjarakan. Kakak dan adik
Mastura memohon bantuan Mastura agar melepaskan kedua suami mereka dari
penjara. Syawal tidak menolak kerana baginya mereka juga ahli keluarganya.
Sebaik sahaja
dibebaskan, Safar dan Muharam telah menerima surat jemputan menyambut ulang
tahun kelahiran bapa mertua mereka. Kedua pasangan tersebut sangat susah hati
kerana mereka sudah tidak punya apa-apa lagi.
Melihat kekayaan
dan kesenangan Syawal kedua ipar duai itu bercadang merompak rumah Syawal tanpa
perasaan risau atau bimbang merompak harta ahli keluarga sendiri.
Ketika itu Syawal dan Mastura membawa Ahmad Albab bermain-main dengan anak jin di gua. Sebaik pulang, Syawal diberitahu rumahnya hampir dirompak dan nasib baik perompak dapat ditangkap.
Syawal benar-benar terkejut kerana orang yang merompak rumahnya adalah ipar-iparnya sendiri.

Safar dan
Muharam menceritakan kenapa mereka terpaksa merompak. Syawal memahami kerana dia
tahu, ayah mertuanya sudah pasti inginkan hadiah daripada anak menantunya.
Pada hari
majlis ulang tahun Saudagar Mas’hud Al Buaya, Syawal menghadiahkan Safar dan
Muharam intan serta berlian untuk diberikan kepada mertua mereka nanti.
Sebaliknya Syawal membawa sebuah replika masjid supaya ayah mertuanya itu berubah dan bertaubat serta yakin, jodoh pertemuan, ajal dan maut, kekayaan, kebahagian rumah tangga bukan terletak di tangan manusia tetapi di tangan Allah SWT.

Pada
mulanya Mas’hud tetap memandang hina kepada menantunya itu tetapi setelah
diberitahu oleh Safar dan Muharam bahawa hadiah intan dan berlian itu adalah hadiah
daripada Syawal juga, membuatkan Mas’hud terkejut dan mula menyayangi Syawal
dan insaf.
Dia mengakui kebahagiaan, kekayaan dan kerukunan rumah tangga bukan terletak pada tangan manusia tetapi datangnya daripada Allah SWT.
Dia mengakui kebahagiaan, kekayaan dan kerukunan rumah tangga bukan terletak pada tangan manusia tetapi datangnya daripada Allah SWT.
PENGAJARAN
Pengajaran
yang dapat dipetik daripada filem ini adalah bagaimana seorang manusia wajib
yakin bahawa kehidupan manusia ditentukan oleh Allah SWT.
Walaupun mempunyai kekayaan kalau tidak pandai menjaga atau menguruskannya lama-kelamaan akan habis juga.
Walaupun mempunyai kekayaan kalau tidak pandai menjaga atau menguruskannya lama-kelamaan akan habis juga.
Setiap orang
harus rajin bekerja, tidak kira susah atau senang.
Orang susah juga boleh menjadi senang jika
pandai memanfaatkan ruang dan peluang yang ada.
Asalkan tidak malas.
Asalkan tidak malas.
Seorang yang
jujur, bertanggungjawab dan berhati baik akan sentiasa dibalas dengan kebaikan.
Walaupun
sudah mempunyai harta, seseorang itu seharusnya hidup dalam keadaan bersederhana
dan tidak boros.
Jangan sesekali
berniat jahat terhadap orang lain, akhirnya sendiri juga rugi.
Orang jahat
akan tetap dibalas akibat kejahatannya.
Sentiasa
bersyukur rezeki kurniaan Ilahi. Orang yang bersyukur akan diberi ganjaran
lagi.
Orang kaya harus membantu orang miskin.
Kisah
masyarakat yang masih membezakan kaya dan miskin. Orang kaya ingin bertambah
kaya dengan cuba merampas harta orang lain. Sikap tamak haloba tidak membawa
kepada kebahagian tetapi kemusnahan.
Dalam
memilih menantu haruslah diselidiki latar belakangnya, bukan dinilai dengan melihat
harta kekayaan yang ada.
Dalam filem ini pada pandangan saya, Tan Sri P. Ramlee bahawa manusia harus hidup dengan sabar biarpun ditimpa pelbagai masalah.
Dalam filem ini pada pandangan saya, Tan Sri P. Ramlee bahawa manusia harus hidup dengan sabar biarpun ditimpa pelbagai masalah.
Meneliti
setiap dialog yang diucapkan oleh para pelakon ada ayat-ayat sinis berupa
sindiran kepada masyarakat.
Seorang ayah
mertua tidak harus membezakan menantu
tidak kira kaya atau miskin. Sepatutnya dilayan sama rata tidak dibeza-bezakan.
Kerana hubungan yang terjalin adalah melalui kasih sayang bukan harta benda.
GAYA PERTUTURAN/PERCAKAPAN
Menggunakan
Bahasa Melayu campur loghat Arab.
Perkongsian : Web Wikipedia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan