KUKEJAR KAU LARI
RAIHAN ZAFFYA
ALAF 21
2014
RM21.00
517 muka surat
Zariq,
Tajol dan Nadira adalah anak yatim piatu yang dibesarkan di Rumah Anak Yatim
Mustaqim. Kerana masalah kewangan dan
berasa diri tidak mampu menjaga anak-anak itu, Haji Embong yang dipanggil ‘ayah’
oleh anak-anak di pusat itu telah mengambil tindakan dengan menyerahkan
anak-anak itu kepada pasangan yang ingin mengambil anak angkat.
Novel
ini mengisahkan Nadira yang terpaksa berpisah dengan ‘adik beradiknya’ yang
berada di Rumah Al-Mustaqim dan mengikut sepasang suami isteri yang ingin
sangat memiliki anak perempuan.
Bermulalah episode baharu dalam hidup Nadira, biarpun hatinya tidak
setuju diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Dia akur demi memenuhi kehendak Haji Embong yang sudah dianggap seperti
ayahnya sendiri.
Tuan
Daniel dan Puan Suzi adalah keluarga angkat Nadira. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang
jauh berusia daripada Nadira. Hardy tidak suka dengan kehadiran
Nadira. Dia berasakan kehadiran anak
gadis itu mengganggu ketenteramannya.
Dia telah bertekad untuk melakukan apa sahaja agar Nadira tidak lagi
mahu duduk di rumah itu. Pelbagai
perkara dilakukan agar Nadira serik dan minta dihantar pulang ke rumah anak
yatim tempat tinggal lama Nadira.
Tetapi, dia terpaksa memendamkan keinginannya itu demi membahagiakan
mamanya yang terlalu teringinkan anak
perempuan. Mahu atau tidak terpaksalah
dia menerima kehadiran Nadira dalam hidup keluarganya.
Di
rumah itu Nadira tidak pernah berasa bahagia, setiap hari dia merindukan
keluarga lamanya di rumah anak yatim A-Mustaqim. Masa terus berlalu. Nadira semakin meningkat dewasa, tetapi sikap
Hardy tetap sahaja sama terhadap Nadira.
Langsung tidak menganggap Nadira adalah adiknya sendiri. Masih terus membuli dan memperkecilkan
kehadiran gadis itu dalam keluarganya.
Masa
terus berlalu, Sesuatu telah terjadi pada Rumah Al-Mustaqim. Nadira telah pergi mencari keluarga lamanya,
namun dia hampa. Rumah itu sudah tidak
wujud lagi. Malah penghuninya pun tidak tahu ke mana pergi. Nadira hampir putus asa. Hanya berbekalkan rantai tangan pemberian
Zariq, Nadira terus mengenang ‘aban’nya itu serta semua penghuni rumah
Al-Mustaqim.
Rindu
terus mencengkam diri. Rasa kasih dan
sayang semakin menggunung tinggi, namun tidak tahu bilakah akan bersua
muka. Hadry pula telah berterus-terang
tentang perasaannya terhadap Nadira.
Dalam diam dia menaruh hati pada adik angkatnya. Cinta belum tentu berbalas. Namun mereka bertunang juga.
Apa
yang berlaku seterusnya? Adakah Nadira akan bertemu kembali dengan keluarga
lamanya? Apakah cinta akan wujud di hati
Nadira terhadap Hadry? Bagaimana dengan
hubungan Zariq dan Nadira? Apakah
perasaan cinta seorang ‘adik’ akan bertukar menjadi cinta? Persoalan yang pasti bermain dibenak
teman-teman semua. Hendak tahu kisah
selanjutnya dan menjawab setiap persoalan yang ada. Jom dapatkan karya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan