Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 23 Januari 2015

ULASAN KUKEJAR KAU LARI



KUKEJAR  KAU LARI
RAIHAN ZAFFYA
ALAF 21
2014
RM21.00
517 muka surat
                Zariq, Tajol dan Nadira adalah anak yatim piatu yang dibesarkan di Rumah Anak Yatim Mustaqim.  Kerana masalah kewangan dan berasa diri tidak mampu menjaga anak-anak itu, Haji Embong yang dipanggil ‘ayah’ oleh anak-anak di pusat itu telah mengambil tindakan dengan menyerahkan anak-anak itu kepada pasangan yang ingin mengambil anak angkat.
                Novel ini mengisahkan Nadira yang terpaksa berpisah dengan ‘adik beradiknya’ yang berada di Rumah Al-Mustaqim dan mengikut sepasang suami isteri yang ingin sangat memiliki anak perempuan.  Bermulalah episode baharu dalam hidup Nadira, biarpun hatinya tidak setuju diserahkan kepada keluarga angkatnya.  Dia akur demi memenuhi kehendak  Haji Embong yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.
                Tuan Daniel dan Puan Suzi adalah keluarga angkat Nadira.  Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang jauh berusia daripada Nadira.    Hardy tidak suka dengan kehadiran Nadira.  Dia berasakan kehadiran anak gadis itu mengganggu ketenteramannya.  Dia telah bertekad untuk melakukan apa sahaja agar Nadira tidak lagi mahu duduk di rumah itu.  Pelbagai perkara dilakukan agar Nadira serik dan minta dihantar pulang ke rumah anak yatim tempat tinggal lama Nadira.  Tetapi, dia terpaksa memendamkan keinginannya itu demi membahagiakan mamanya yang terlalu teringinkan  anak perempuan.  Mahu atau tidak terpaksalah dia menerima kehadiran Nadira dalam hidup keluarganya.
                Di rumah itu Nadira tidak pernah berasa bahagia, setiap hari dia merindukan keluarga lamanya di rumah anak yatim A-Mustaqim.  Masa terus berlalu.  Nadira semakin meningkat dewasa, tetapi sikap Hardy tetap sahaja sama terhadap Nadira.  Langsung tidak menganggap Nadira adalah adiknya sendiri.  Masih terus membuli dan memperkecilkan kehadiran gadis itu dalam keluarganya. 
                Masa terus berlalu, Sesuatu telah terjadi pada Rumah Al-Mustaqim.  Nadira telah pergi mencari keluarga lamanya, namun dia hampa.  Rumah itu sudah tidak wujud lagi. Malah penghuninya pun tidak tahu ke mana pergi.  Nadira hampir putus asa.  Hanya berbekalkan rantai tangan pemberian Zariq, Nadira terus mengenang ‘aban’nya itu serta semua penghuni rumah Al-Mustaqim.
                Rindu terus mencengkam diri.  Rasa kasih dan sayang semakin menggunung tinggi, namun tidak tahu bilakah akan bersua muka.  Hadry pula telah berterus-terang tentang perasaannya terhadap Nadira.  Dalam diam dia menaruh hati pada adik angkatnya.  Cinta belum tentu berbalas.  Namun mereka bertunang juga.
                Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Nadira akan bertemu kembali dengan keluarga lamanya?  Apakah cinta akan wujud di hati Nadira terhadap Hadry?  Bagaimana dengan hubungan Zariq dan Nadira?  Apakah perasaan cinta seorang ‘adik’ akan bertukar menjadi cinta?  Persoalan yang pasti bermain dibenak teman-teman semua.  Hendak tahu kisah selanjutnya dan menjawab setiap persoalan yang ada.  Jom dapatkan karya ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan