MAWAR PUTIH BUATMU
ANNUR IMAN
ALAF 21
RM21.00
2015
519 Muka surat
Mawar
Irdina seorang gadis manis, cantik dan mempunyai perwatakan yang menarik. Mempunyai seorang adik kembar, tidak seiras
bernama Iryani, itulah anggapannya. Rosman
dan Harun adalah kedua orang tuanya.
Cuma, dia dihambat kehairanan apabila kedua orang tuanya melayan dia
bukan seperti anak sendiri. Dia sering
dipukul, dihina dan dicaci. Disuruh
melakukan semua kerja rumah, sehinggakan kerja sekolah Iryani pun dia yang
buatkan. Namun tidak pula dia
bertanya. Disimpan perasaan itu jauh ke
lubuk hati.
Suatu
hari, Harun pulang dengan membawa borang kebenaran menikah lagi, ketika itulah
rahsia terbongkar. Irdina bukannya anak
kandung Rosmah dan Harun. Hanya anak
punggut yang ditemui di hadapan rumahnya.
Kebetulan pasangan itu tidak mempunyai anak setelah lima tahun berumah
tangga. Pada mulanya Irdina amat
disayangi, semuanya berubah apabila Rosman disahkan mengandung dua bulan kemudian. Kasih sayang mereka bertukar menjadi benci
terhadap Irdina lantaran anak gadis itu sering sakit-sakit. Bermulalah episod duka dalam kehidupan
Irdina.
Iryani
pula sering berasa cemburu dengan kecantikan dan kepandaian Irdina. Gadis itu sering mendapat pujian daripada
pihak sekolah dan diminati oleh pelajar lelaki sekolah mereka. Ketika mendapat tahu Irdina bukanlah kakak
kembarnya, perasaan benci Iryani terhadap gadis itu semakin menjadi-jadi. Dia sering difitnah sehingga hampir
diberhentikan dari sekolah.
Kehadiran
Indra Faris dengan bunga mawar putih mengubah hidup Irdina, semakin duka
hidupnya apabila Rosmah mendapat tahu, kononnya Irdina bercinta. Dia dipukul dan tidak dibenarkan ke sekolah. Tapi Irdina cerdik, dia menggunakan Iryani
yang tentunya mengharapkan dirinya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Akhirnya Irdina dibenarkan ke sekolah
sehinggalah berakhirnya peperiksaan SPM.
Indra
Faris tidak pernah berputus asa, dia berusaha memiliki sekeping hati Irdina,
tetap tidak berbalas. Usai SPM, Irdina menjadi pembantu rumah di rumah keluarga
angkatnya. Setiap hari kehidupannya
bagaikan berada dalam neraka. Dipukul
dan dimarahi sesuka hati Rosmah. Harun pula tidak sudah-sudah ingin mengambil
kesempatan terhadap Irdina, tetapi tidak berjaya. Sehinggalah suatu hari…
Irdina
terpaksa melarikan diri demi maruah dan harga diri. Dia terperangkap, terpaksa berkahwin dengan
seorang pemuda yang pada mulanya tidak
dikenali. Ketika akad nikah barulah dia perasan, pemuda itu adalah rakan sekolahnya sendiri.
Indra
Faris membawa Irdina pulang ke rumah orang tuanya sebagai pembantu rumah.
Irdina akur. Siapalah dirinya, isteri
merangkap pembantu rumah kepada suaminya sendiri. Di rumah itu Rizman dan Sara menerima
kehadiran Irdina sebagai orang gaji, tetapi Rizman jatuh sayang pada Irdina,
wajah Irdina mengingatkan dia kepada seseorang yang sudah lama menghilangkan
diri. Rasa rindu dan sayang pada wajah
itu tidak pernah mati, malah diabadikan pada taman mawar putih yang menjadi
tempat yang paling disayangi.
Rosmah
pula telah dihalau keluar dari rumahnya sendiri oleh madu dan suaminya
sendiri. Anaknya, Iryani pula melarikan
diri setelah keguguran anak luar nikah.
Rosmah terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup. Iryani pula terus
menyimpan dendam terhadap Irdina yang dirasakan telah menghancurkan hidup
keluarganya.
Sarah
pula cemburu dan benci dengan perhatian
yang diberi Rizman terhadap Irdina. Faris pula cemburukan Irdina apabila Dr. Haziq yang dikenali Irdina cuba
mencuri hati isterinya. Pelbagai konflik
berlaku. Kehidupan Irdina semaki kacau
dengan kehadiran Iryani ke dalam keluarga Faris. Hidupnya terus dirundung malang sehingga dihalau
keluar dari rumah itu. Faris juga
percaya dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan Iryani terhadap Irdina. Kehadiran Haryati mewarnai kehidupan Irdina.
Apa yang telah Harun lakukan terhadap Irdina sehingga gadis itu lari dari rumah? Adakah Rosmah insaf setelah apa yang dilakukan terhadap Irdina, setelah apa yang terjadi kepadanya? Bagaimana hubungan Faris dan Irdina? Dapatkah Irdina mencari keluarganya yang sebenar? Terbalaskah dendam Iryani terhadap Irdina? Siapa pilihan Irdina antara Haziq dan Faris yang sudah sah menjadi suaminya? Mahukah Sarah menerima kehadiran Irdina sebagai menantunya, sedangkan di hatinya hanya ada benci dan cemburu terhadap gadis itu? Benarkah Rizman mencintai Irdina dalam diam? Siapa pula Haryati? Hendak tahu kesudahan konflik yang berlaku? Dapatkan buku ini. Kisah kekeluargaan, cinta, poligami, dendam dan air mata yang menyayat hati. Kepada peminat kisah sedih, buku ini amat sesuai sekali. Mampu membuatkan para pembaca terbuai dengan kesedihannya, hanyut dengan dukanya. Plot tersusun tetapi diselang selikan dengan imbas semula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan