Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Sabtu, 10 Oktober 2015

BAB 4 -CURANG!





            Aku leka menyiapkan kerjaku sehinggalah aku terpandangkan kawan sepejabatku sibuk bercakap dengan seseorang dalam talian.  Bukan main mesra lagi.  Suami dia agaknya.  Aku tersenyum sendiri.  Macam tak boleh tunggu balik rumah.  Tergedik-gedik, suaranya pula kedengaran  sehingga ke ruang kerjaku.  Apalah yang dibualkan sehingga kerjanya sendiri tidak dihiraukan.  Aku bingkas bangun dan melangkah ke mejanya. Ada dokumen yang perlu aku dapatkan daripadanya.
            “Rita… dokumen tender daripada Syarikat Ilham dah siap?”  tanyaku.
            “Ini…”  Rita menyerahkan borang yang diminta.
            Aku menggeleng laju. Apalah punya kawan. Langsung tak pandang muka aku.  Aku mengeluh berat.
            Petang itu aku pulang ke rumah dengan kereta sendiri.  Alhamdulillah sudah siap diperbaiki.  Terbang jugalah duit aku.  Dari kejauhan aku lihat rakan sekerja aku menaiki sebuah kereta.  Dahiku berkerut. Itu bukan kereta suami dia.  Jangan buruk sangka!  Jangan buruk sangka! Mungkin itu kereta saudaramara dia.  Aku mengangkat bahu dan memandu pulang ke rumah.  Suami dan anak-anak sudah sedia menanti.
*** 
            Usai makan malam aku duduk berbual kosong dengan suami sambil menonton televisyen. Masing-masing mengambil peluang bercerita tentang kerja dan aktiviti  hari itu.  Inilah caraku dan suami.  Jangan ada rahsia antara kami.  Anak-anak sibuk membuat kerja sekolah masing-masing.  Bunyi ketukan pintu di luar rumah buat aku dan suami saling berpandangan.  Siapa pula yang datang malam-malam ini.  Aku bingkas bangun membuka daun pintu.  Berdiri di hadapanku Imam Masjid di taman kami mengajak suamiku pergi cekup pasangan yang berkhalwat.  Alamak!   Ada orang nak kena tangkap khalwat ke?  Aku mengeluh.  Siapalah orang itu ya?  Pintu kututup semula.  Biarlah suamiku pergi mencegah kemaksiatan.  Itu tanggungjawab bersama. 
***
            Di pejabat kecoh mengenai berita rakan sekerja kami kena tangkap basah malam semalam.  Hah? Macam sama saja. Macam kebetulan pula.  Siapa pula yang kena tangkap basah?  Di pantry suara seorang perempuan sedang menangis jelas kedengaran di telingaku.  Aku terus melangkah ke pantry kebetulan perutku belum terisi.
            “Rita?  Kenapa?” tanyaku sambil mendekatinya.
            Aku memandang dua orang lagi rakan sekerja sambil mengangkat kening.
            “Kena cerai talak tiga sebab malam tadi kena tangkap basah dengan lelaki lain!”  kata salah seorang rakan sekerja yang menemani Rita dan mungkin cuba menenangkan rakan kami itu.
            “Hah? Tangkap basah? Kat mana? Taman bunga? Bilik hotel? Rumah kau? Rumah sewa? Dalam kereta?” soalku tersasul kerana terlampau terkejut.
            “Kat taman rumah kau duduklah!  Budak lelaki tu duduk di kawasan taman itu,” kata seorang lagi.
            Aku terduduk mendengarnya.  Rupanya malam tadi, suamiku dan penduduk taman menangkap Rita, rakan sekerja aku sendiri dengan lelaki lain.  Kalau sudah kena tangkap sah-sahlah keluarga sendiri akan tahu. Kena cerai talak tiga pula itu? Aduh! Pedihnya.
             “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”
            Aku mengetuk meja. Bukan simpati yang tiba, tetapi hangat hati.  Apa punya perempuan.  Buat sakit hati saja.  Aku duduk di hadapannya.  Baghal punya perempuan.  Laki dia punyalah baik.  Malaikat pun kalah.  Kalau jahat sekalipun kau tak berhak curang! Faham tak! Dengar tak! Kau nak jadi penghuni neraka ke?  Kau menzalimi dirimu sendiri, tahu tak?  Maruah kau dipijak-pijak, penghinaan dapat.  Dosa dapat.  Talak pun dapat.  Ingat laki kau dayus nak maafkan kau dengan mudah?  Kau memang tak ada akallah?  Kalau ada masalah, bincanglah.  Bukan buat kerja terkutuk ini.  Kau buat ke? Tak buat ke? Dah kena tangkap basah, sah-sahlah salah! Faham! Takkan tak tahu? 
            Jantan tu nak kahwin dengan kau ke?  Kalau dia jantan yang baik, dia tak kacau kaulah. Takkan itu pun tak tahu. Kau bini orang.  Anak dah berkepuk.  Ada orang nak ke? Kalau tak nak suka-suka saja.  Kau pula mudah sangat menyerah! Mudah sangat jatuh hati.  Buruk mana sekalipun laki kau, kau tak boleh menduakan dia, tau tak?  Buta mata betullah kau. Buta hati!
            Hoi perempuan! Bangkitlah! Sedar dirilah! Jangan jadi mangsa jantan di luar sana! Mata Helang yang hanya tahu menangkap mangsa. Lemah. Tak berdaya.  Tak gunalah jadi perempuan! Buat malu keturunan HAWA saja! Kau nak berkawan dengan lelaki pun, biarlah suami kau kenal.  Kau bawa jumpa suami kau.  Kau ajak suami kau. Bukan pergi sendiri ke mana-mana tanpa muhrim.  Haram. 
            “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaithan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I) (http://www.darussalaf.or.id)
            Pasal perbuatan sesetengah perempuan macam kau, habis aku dan perempuan-perempuan yang baik terpalit sama.  Malu tau! Ada laki, jantan kat luar itu juga kau cari. Kau ingat dia berkenan sangat dengan muka kau?  Jangan haraplah! Dia nak body kau saja! Itu pun kau tak tahu ke?  Lelaki waras tak buat onar! Tak ganggu rumah tangga orang! Tak rampas isteri orang! Sekarang kau dah kena cerai. Anak-anak macam mana? Ada kau fikir?  Jangan fikir diri kau saja.  Kena fikir anak-anak kau juga. Lainlah kau mandul!  Kalau kau mandul dan buat perangai macam ini, memang patutlah kau kena cerai! 
            Laki kau dah bagi kau kerja.  Kerjalah elok-elok.  Ini tidak, kau pergi main kayu tiga! Kau curang!  Malu! Malu! Kau kena kutuk dengan Malaikat! Kau kena kutuk dengan Bidadari! Kau kena kutuk dengan ALLAH! Tambah hina kau kena kutuk dengan masyarakat. Keluarga kau.  Kawan-kawan? Cuba kau tengok muka kawan-kawan?  Berapa kerat sangat yang simpati dengan kau. Aku sendiri tak simpati. Malah marah! Kau bodoh! Kau kejam! Kejam pada rumah tangga kau. Pada anak-anak.  Jangan fikir keseronokkan diri sendiri saja.  Buruk mana sekalipun laki kau, ada tempat mengadu.  Ada tempat kau minta nasihat! Kenapalah?  Kenapa? Kenapa jalan singkat yang kau ambil? Kenapa jalan salah ini juga kau pilih?  Kalau dah tak suka dengan suami kau,  cakap saja.  Jangan buat onar.  Jangan buat kotor macam ini. Hina tau! Hina! Orang tengok pun jijik!  Sedar dirilah! Jangan buat kerja gila itu!
            “Nak buat macam mana hati aku dah suka!” katanya dalam tangisan yang berlagu.
            Aduh! Bengap betullah.  Itu sebab tak boleh berbual mesra dengan lelaki lain. Tak boleh menceritakan masalah dengan lelaki lain. Bergurau dan bermesra ada batasnya. Halanglah diri. Jangan baik sangat.  Jangan mesra sangat. Dah jadi macam inikan dah susah!  Semua orang susah. Anak-anak susah.  Kau sendiri susah.  Mana kau nak letak muka? Hello…  itu bukan cinta.  Itu nafsu serakah.  Kalau kau baik, kau tak digoda dan tergoda.  Kalau kau mati waktu sedang curang. Neraka jahanam kau masuk tau! Kecurangan kau tak terampun, jika suami kau tak ampunkan kau.  Syurga dan neraka kau adalah suami kau.
            Temanku itu terus menangis. Kesal atau tidak itu bukan urusanku.  Kalau tak bercakap, dia takkan sedar.  Bebel sesekali apa salahnya kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan