Kredit gambar: Sinar Harian.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/mais-tetap-akan-tutup-sbi-1.291139
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/mais-tetap-akan-tutup-sbi-1.291139
Hari
ini aku dan suami ke KUIS singkatan
untuk KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR.
Tempatnya memang cantik dan popular sebab PENCETUS UMMAH diadakan di
situ. Tujuan kami ke situ adalah untuk
bertanyakan tentang sekolah SBI, apa ke bendanya itu? SEKOLAH BINA INSAN,
sebuah sekolah yang ada menghafal al-Quran dan pelajaran akademik, niat di hati
hendak masukkan anak dan seorang lagi anak yatim jagaan aku dan suami.
Bertemu dengan Mudirnya. Selama ini hanya mendengar khabar angin bahawa
sekolah ini akan ditutup. Banyaklah
kisah dan kejadiannya. Perkataan yang
keluar dari mulut Mudir tersebut buat aku terkedu, kaku, bisu, sebak dan pelbagai
rasa lagi. Gila memang gila. Kalau
sebuah institusi agama bercakap soal untung dalam pendidikan, memang aku anggap
sudah sampai ke tahap GILALAH! Hendak tahu apa Mudir itu beritahu, SBI akan
ditutup, tiada pengambil baru, pelajar yang ada dikekalkan sehingga mereka SPM
selepas itu BERKUBURLAH sekolah tersebut.
Alasanya, MAIS TIADA DUIT!
Cuba
baca petikan ini;
KRONOLOGI PENUTUPAN SEKOLAH BINA INSAN
Pendahuluan
Sekolah Bina Insan dibina pada 2012
berasaskan idea daripada Bekas Rektor Kuis yang lalu. Idea ini mendapat
kelulusan daripada MAIS. MAIS sanggup memberi sebahagian besar dana bagi
menampung perbelanjaan perjalanan sekolah. Bermula dari pertukaran Rektor baru
KUIS, bencana ini muncul. Rektor KUIS ini tidak lagi mahu melihat SBI berada di
dalam pagar KUIS. Diusulkan supaya sekolah ini ditutup. MAIS sebagai penyumbang
dana kepada sekolah ini juga turut bersetuju sekolah ini ditutup.
Alasan (KONONNYA)
Alasan KUIS tidak membenarkan SBI berada di
dalam kawasan mereka adalah kerana bagi menampung kemasukan pelajar yang ramai
ke KUIS. Dari situ, SBI yang menumpang fasiliti KUIS diarahkan untuk tidak lagi
menggunakan KUIS untuk beroperasi agar KUIS mampu menampung permohohonan masuk
yang mencecah ribuan orang. Apa yang menghairankan, MAIS turut sama bersetuju
menutup sekolah ini. Idea yang diluluskan mereka kemudian mereka juga yang
ingin menutup sekolah ini. Apa alasan MAIS ingin menutup sekolah SBI?
Persoalan
Persoalan yang paling besar ialah kenapa
sekolah ini ingin ditutup? Jika masalah kewangan, MAIS bukan miskin sangat
untuk menampung RM5 Juta setahun sekolah ini. Jika implikasi kewangan, MAIS
tidak berfikir ke dahulu sebelum luluskan sekolah ni? Kami yakin dan amat pasti,
pengerusi MAIS masih lagi orang yang sama yang bersetuju menubuhkan sekolah ini
dan menutup sekolah ini. Jika KUIS sebagai tempat pelajar berteduh tidak
membenarkan menggunakan bangunan mereka, MAIS tidak boleh dengan mudah menutup
sekolah ini, dengan alasan KUIS tidak benarkan, sedangkan tanah yang diduduki
KUIS pun tertakluk di bawah kuasa MAIS. Paling kurang carilah alternatif samada
sewa bangunan atau sebagainya. MAIS jangan pandai buat sekolah, kemudian
suka-suka hati tutup sekolah kerana ia akan menzalimi ratusan pelajar termasuk
guru dan staff pengurusan sekolah yang mencari rezki untuk keluarga mereka.
Nasib pelajar dan guru-guru?
Dimana pelajar-pelajar ini akan dicampakkan?
MAIS pernah memberi jaminan mulut (hakikatnya MAIS sudah banyak kali tipu SBI,
bila tak ada jaminan bertulis) bahawa pelajar-pelajar akan diserap ke
sekolah-sekolah bawah JAIS. Sumber maklumat yang boleh dipercayai, pelajar
tingkatan dua tahun hadapan sehingga tingkatan 5 tidak akan diterima oleh JAIS
walau seorang pun. Bagaimana MAIS boleh berjanji akan menyerap pelajar
sedangkan JAIS tidak mahu menerima???? Sekali lagi kami rasakan ada pembohongan
dari pihak MAIS yang hanya melontarkan janji manis untuk menyedapkan hati guru
dan ibubapa.
Penutupan secara mengejut dan tanpa sebarang
pampasan adalah tindakan yang sangat zalim kepada guru-guru dan staff
pengurusan. Ada di antara guru menolak pekerjaan lain kerana keutamaan ingin
menjadi guru di SBI, apakan daya kesungguhan kami dibalas dengan kezaliman
seperti ini. Ada di kalangan kami yang sudah berumah 40-an dan kemungkinan
untuk tidak diterima bekerja adalah tinggi jika menghadiri temuduga. Bagaimana
kami ingin menampung sewa rumah, sewa kereta, makan minum anak isteri dan
sebagainya. MAIS tidak fikir ke benda tu semua???.
Keadaan Sekarang
Keadaan sekarang MAIS tetap berkeras sekolah
ini akan ditutup. Dua pilihan diberi, samada ditutup sekolah berakhir bulan
disember 2014 atau ditutup dalam tempoh 4 tahun lagi dengan syarat dinaikkan
yuran sebanyak 120% iaitu RM 700 sebulan. MAIS hanya akan menampung sedikit
perbelanjaan sekolah selebihnya pihak sekolah usahakan sendiri.
RM 700 adalah angka yang besar. Sudah pasti
ramai pelajar akan keluar berpindah dari sekolah ini memandangkan harga yuran
yang terlampau tinggi. Akhirnya MAIS akan kata bukan mereka yang tutup sekolah
tetapi pelajar tidak ada, buat apa nak buka sekolah lagi. Hakikatnya MAIS cuba
menutup sekolah secara halus apabila menyekat dana bagi sekolah beroperasi.
Pendirian Kami
Pendirian kami, kami tidak menerima kedua-dua
tawaran tersebut. Melainkan jika mahu ditutup juga, beri jaminan bertulis
pelajar akan diserap ke sekolah JAIS dan lanjutan 4 tahun pengoperasian sekolah
sehingga ditutup dengan dana penuh dari MAIS. Alasannya sekolah ini MAIS yang
buka, MAIS yang luluskan maka MAIS harus bertanggungjawab.
Jika Tidak
Jika tidak kami tidak akan berganjak walau
seinci pun dari sekolah tersebut walaupun dipaksa dengan cara yang keras
sehinggalah tuntutan kami ditunaikan.
*****
Usianya baru setahun jagung,
PENUTUPANNYA DITANGGUH TAHUN INI, tetapi tetap diteruskan dengan TIDAK
MENGAMBIL PENAMBAHAN PELAJAR, pihak
sekolah pula bagaikan PENGEMIS bertanya
dan meminta kepada PIHAK-PIHAK BERWAJIB.
Melihat wajah Mudir tersebut buat
hatiku sayu. Niatnya murni tetapi tidak
mendapat sokongan daripada PIHAK DI ATAS.
HANYA ALLAH YANG MAHA MENOLONG.
Sekolah agama SWASTA, memang mahal,
anak sulongku pernah belajar di sekolah seperti itu, dari darjah 1 sehingga
UPSR. Kerana hendak dapatkan pendidikan
agama tiada pilihan buat kami yang berpendapatan sederhana. Terjah
sahajalah. Alhamdulillah, sehingga selesai. Apabila sebuah sekolah seperti SBI
ditubuhkan, ia adalah nyawa bagi ibubapa yang ingin anak-anak mereka mendapat
pendidikan formal dan agama. Satu usaha
murni dan baik. Setelah beroperasi
tiba-tiba ujian melanda. MAIS tidak lagi
mampu menampung keperluan sekolah sebanyak RM5 juta setahun. Memanglah jumlahnya begitu besar, tetapi
kitakan ada KERAJAAN! Kerajaaan SELANGOR
tidak buat apa-apakah? Sekolah
itu tidak bolehkah dipindahkan ke tempat lain? Ops! TIADA KEUNTUNGAN, buat apa
TERUSKAN! Semuanya berlandaskan PERNIAGAAN, KEUNTUNGAN SEMATA-MATA.
Tanggungjawab pemerintah adalah
memberikan pendidikan kepada rakyatnya.
Menifesto bukan main bagus lagi, ingin memberi pendidikan PERCUMA kepada
rakyat. SEKOLAH AGAMA yang ada pendidikan
AL-QURAN dan AKEDEMIK seperti SBI dirasakan tidak berbaloi dan TIDAK
MENGUNTUNGKAN! Wah! Manusia semakin mengejar KEUNTUNGAN DUNIA sehingga lupa
akan KEUNTUNGAN AKHIRAT!
Semoga warga kerja serta para
pelajar SBI yang berada di KUIS berjaya mengharungi ujian yang melanda
ini. Semoga ada jalan keluar yang
terbaik agar SBI ini akan terus beroperasi dan memberi peluang dan ruang kepada
para ibubapa yang ingin anak-anak mereka mendapat pendidikan agama berjalan
lancar. Jika terpaksa juga ditutup,
kepada ALLAH jualah kita berserah. 4
tahun diberi kepada pihak sekolah untuk terus beroperasi sehinggalah ia ditutup
sepenuhnya.
Hello, orang cerdik pandai di luar
sana, para pemimpin yang dihormati dan dipuja-puja. Tolonglah jaga AGAMA, pendidikan AGAMA PENTING
untuk generasi HARI INI. Jangan
KORBANKAN masa depan ANAK-ANAK BANGSA DAN SEAGAMA hanya KERANA MEMIKIRKAN
KEUNTUNGAN SEMATA-MATA. BERHATI-HATILAH, jangan sampai dipersoalkan apa yang
telah PIHAK yang berwajib ini lakukan!
Ketika DUIT beraja DI HATI, maka
rosaklah SEGALA-GALANYA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan