NONI
ABDULLAH HUSSIN
UTUSAN PUBLICATION & DISTIBUTORS SDN. BHD.
186 muka surat
Ramli seorang pelajar yang pintar dan bijak. Sering mendapat tempat pertama di sekolah,
sehingga membolehkannya bersekolah di sekolah berasrama penuh. Kedua orang tuanya hanya bekerja sebagai
petani, mereka hidup susah. Sebelum
sempat Ramli menghabiskan pelajaranya di peringkat menengah, ayahnya meninggal
dunia. Terpaksalah Ramli bergantung hidup dengan emaknya sahaja.
Usai SPM, Ramli mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran
di universiti di Kuala Lumpur. Pada
mulanya dia berusaha juga mencari duit untuk membiayai pengajiannya itu tetapi
hampa. Bapa saudaranya sendiri tidak
mampu menyediakan jumlah yang dipinta, hanya RM200 pun dia tidak mampu
sediakan. Ramli hampir putus asa. Dia benar-benar kecewa. Namun kekecewaannya tidak lama. Penduduka
kampung sanggup mengutip sumbangan untuk membantu Ramli, kerana hanya
Ramlilah anak kampung kebanggaan
mereka. Bagi mereka, Ramli boleh
dijadikan contoh kepada anak-anak mereka untuk berjaya dalam pelajaran. Dengan duit sumbangan itulah Ramli meneruskan
langkah ke universiti di Kuala Lumpur.
Dengan ditemani emaknya, Ramli bertolak ke Kuala Lumpur
dengan menaiki keretapi. Mereka tinggal
di rumah seorang penduduk kampung yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Ramli berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh untuk membalas jasa orang kampungnya. Dia tidak mahu mengecewakan harapan penduduk kampungnya.
Di kampus, Ramli bertemu dengan seorang gadis muda yang agak garang dan suka memerintah. Sharifah Aini atau Noni, sudah bertunang. Noni sering mengganggu Ramli. Pada mulanya sekadar ingin mengusik Ramli sebagai pelajar baharu, sehinggalah satu hari Ramli telah menemani Noni pulang ke rumah lewat tengah malam dalam hujan lebat setelah tunangan Noni tidak datang menjemputnya di Kampus. Ramli yang ditimpa hujan terus jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital. Keadaannya agak teruk sehingga berminggu-minggu dia ditahan dan dia tidak dapat datang kuliah. Keadaan itu benar-benar merungsinkan Ramli kerana ujian semester semakin dekat. Dia tidak mahu gagal. Dia tidak mahu mengecewakan harapan penduduk kampung. Kerana terlalu memikirkan masalah yang mendatang, kesihatannya semakin hari semakin teruk. Biarpun pulih tetapi hanya seketika.

Emak Ramli tidak senang dengan kehadiran Sharifah Aini yang
dirasakan penyebab menjadikan anaknya tidak sihat. Keprihatinan Noni membuatkan hati keibuannya
tercubit. Dia tidak suka, kerana dia
mahu Ramli menumpukan perhatian pada pelajaran, bukan soal hati dan perasaan.
Sharifah Aini atau Noni sanggup memutuskan pertunangaannya dengan sepupunya sendiri lantaran terhutang budi dan rasa cinta yang lahir terhadap Ramli. Dia dibuang keluarga dan membawa diri bersama Ramli, akhirnya mereka berkahwin. Ramli yang masih tertekan dengan keadaan hidupnya sebagai pelajar dan suami telah jatuh sakit sekali lagi, malah sehingga membawa maut. Hancurlah segala harapan emaknya untuk melihat dia berjaya, patahlah harapan orang kampung untuk melihat seorang anak jati kampung berjaya membawa segulung ijazah. Noni ditinggalkan bersama seorang anak penyambung kasih mereka berdua. Noni pula tidak diterima oleh keluarga dan penduduk kampung kerana dituduh menjadi penyebab kematian Ramli dan pematah semangat orang-orang kampung.

Biarpun dibenci, Noni
tidak pernah lupa menziarahi emak mertuanya.
Sehingga satu hari, Noni terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu
hendak pulang ke kampung arwah suaminya itu.
Setelah kematiannya baharulah, ayah, emak mertua dan penduduk kampung
tahu, Noni telah membeli polisi insuran, dan wang tersebut akan digunakan
sebagai biasiswa kepada penduduk kampung arwah suaminya Sg. Limau untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Perasaan benci yang
bersarang di hati penduduk Kampung
Sungai Limau bertukar suka dan sayang apabila mendapat tahu akan kebaikan yang
telah dilakukan oleh Noni.
Latar masa, kejadian selepas merdeka. Latar tempat di
kawasan Kampung Kerinchi dan Universiti Malaya, tempat yang tidak asing dalam
kehidupan saya ketika membesar. Jalan
cerita yang punya makna tersendiri, betapa sebuah kampung mampu berkongsi apa
sahaja rasa sesama mereka. Tanggungjawab
dipikul bersama tidak kira apa hubungan antara mereka. Cinta sewaktu belajar tidak semuanya membawa
bahagia dan kecermelangan, namun ada juga yang mampu memberi semangat dan
kejayaan. Terpulang kepada diri sendiri. Jangan membenci seseorang kerana kadangkala yang dibenci itulah yang banyak berbakti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan