Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 26 Disember 2014

ULASAN MARGASATWA




MARGASTAWA
SAIDEE NOR AZAM
BUKU PRIMA
2014
642 muka surat
RM27.90
                Kisah bermula apabila tiga pelajar universiti didapati hilang ketika  berkelah di Tasik Kenyir dengan tujuan hendak memancing.  Kehilangan mereka penuh dengan tandatanya.  Diikuti kehilangan dua orang lagi beberapa bulan kemudian.  Apa yang telah menyerang mereka masih menjadi persoalan. 

                Apa yang terjadi bermula pada tahun 1920-an.  Mengisahkan Tamar seorang pemuda yang tampan merantau ke sebuah kampung.  Sikapnya yang baik dan rajin  menambat hati penduduk kampung termasuk Ketua Kampung dan anaknya, Melur.  Rupanya Melur juga diminati oleh seorang pemuda dari kampung yang sama iaitu Jaluk, dalam diam menyimpan dendam terhadap Tamar.  Rupanya Tamar bukan sebarang orang, dia seorang yang pandai dalam dunia persilatan dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, sehinggakan Iblis yang datang menggoda untuk menjadikan dia  orang suruhan ditolak mentah-mentah. 
Jaluk masih tidak berpuas hati ketika cintanya ditolak oleh Melur.  Dia berazam ingin memiliki Melur dan menghapuskan Tamar, namun tidak semudah itu untuk dia mengalahlah Tamar yang tinggi ilmu persilatannya.  Jaluk mengatur rancangan dengan kawan-kawannya untuk memerangkap dan menghapuskan Tamar.  Rasa cemburu dan irihati yang tinggi membuatkan Jaluk sanggup lakukan apa sahaja, dia bersekongkol dengan Namtar untuk membunuh Tamar.  Tamar dapat diselamatkan oleh adiknya Tamrin tetapi keadaan fizikal Tamar tidak dapat diselamatkan, dia juga kehilangan kekasih hati dan tunangannya, Melur di tangan Jaluk.

Kehilangan ketiga-tiga pelajar universiti itu tidak dibiarkan  begitu sahaja oleh teman wanita salah seorang pelajar yang hilang.  Teman wanita Ezuan,  Shazzuana tekad untuk mencari dan menyelamatkan Ezuan, dia pasti kekasih hatinya itu masih hidup.  Dia berpakat dengan rakan baiknya fazlun untuk mencari orang yang boleh membawa mereka meredah hutan di Tasik Kenyir.  Walaupun sudah diterangkan, bukan binatang buas yang menyerang rakan-rakan mereka itu.  Shazzuana tidak peduli, dia tetap ingin meneruskan hajatnya juga. 

Di waktu yang lain seorang penulis novel seram Adi Putra terpikat dengan berita yang baharu dibacanya.  Kisah kehilangan beberapa orang di hutan Tasik Kenyir kerana diserang  oleh binatang yang tidak tahu asal-usulnya menarik hatinya hendak ke tempat yang sama.    Di Tasik Kenyir semua watak bertemu.  Bermulalah kisah pertemuan mereka dengan Margasatwa. 

Siapakah Margasatwa?  Bagaimana  Margasatwa boleh hidup beratus tahun?  Kenapa Margasatwa mengganas?  Bagaimana Jaluk mengalahlah Tamar?  Apa yang berlaku dengan Tamar?  Kenapa Adi Putra tidak dibunuh oleh Margastwa?  Adakah Ezuan masih hidup seperti yang disangkakan oleh Shazzuana?  Hendak tahu?  Jom dapatkan karya yang menarik ini.

REUNIAN SEK. MEN SRI PANTAI KAMPUNG KERINCHI KUALA LUMPUR

























































































































Saya mula bersekolah di Sekolah Menengah Sri Pantai Kampung Kerinchi bermula tahun 1982- 1986.  Ramai rakan-rakan dari Sekolah Rendah Bangsar bersekolah di sekolah ini.  Ada juga yang pergi ke sekolah lain.  Hampir berpuluh tahun tidak bertemu, akhirnya Fb merapatkan kembali ukhwah kami.  Sejak dapat bertemu semula, tidak henti-henti reunion diadakan. pelbagai aktiviti dianjur untuk merapatkan lagi ukhwah antara kami.  Biarpun duduk satu negeri namun jarang juga bertemu.  Di pertemuan seperti reunion inilah tempat kami melepas rindu dan bertanya khabar antara satu sama lain.  Ada yang sudah beranak pinak dan bercucu.  Masih muda dan masih ceria.  Masih bersemangat ketika bertemu.  Semoga ukhwah yang terjalin tidak berakhir dipertemuan reunion sahaja. 

Kehadiran beberapa orang cikgu yang masih sihat dan ceria benar-benar menggembirakan para bekas pelajar yang hadir.  Kata-kata Cikgu Akma mengatakan dia sayangkan SRI PANTAI membuat hati terharu.  Saya juga sayangkan sekolah ini.  Semoga sekolah ini bakal melahirkan manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

SRI PANTAI

Sri Pantai, 1982 aku di sini,
mengenal erti kasih dan sayang,
antara cikgu, rakan dan taulan,
belajar dan belajar untuk berjaya.

Sri Pantaikau terus berdiri teguh,
namamu tetap di hati, tetap di jiwa,
kautetap dalam ingatan
biar reput tulang belulang.

Sri Pantai, kami sudah ke mana-mana,
kami sudah ada semua,
namukau tetap di situ
berdiri megah di atas bukit Kampung Kerinchi
dikiri dan kananmu pembangunan megah berdiri
kautetap menunggu setia menanti
siapakah lagi yang bakal menjadi penghunimu

Sri Pantai, Aku sayang padamu...


25hb Disember 2014