UNTUKMU
AZILAH WAHAB
2005
CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD
RM22.90
468 Muka surat.
Alia Zulaikha seorang gadis kampung yang sopan, sentiasa menjaga tatasusila seorang gadis Melayu dan beragama Islam. Seorang pelajar universiti dalam bidang arkitek. Bercita-cita ingin mengubah nasib keluarganya. Terpaksa melupakan cinta pertamanya lantaran tidak direstui oleh keluarga sebelah pihak lelaki kerana kemiskinan keluarganya. Dia redha dengan apa yang berlaku. Sudah tertulis bukan jodohnya dengan rakan sekolahnya itu.
Di universiti Alia berkenalan dengan Rambo@ Azlan yang dikenali melalui FB. Di situlah bermula kisah cinta mereka. Dari hanya kawan biasa, akhirnya mereka terjebak dalam dunia percintaan. Alia sentiasa keluar bersama Azlan, adat muda-mudi melepaskan rasa rindu di hati, jika tidak berjumpa, perasaan itu terbuku, meresahkan jiwa. Suatu hari mereka keluar bersama, kereta mereka rosak dalam perjalanan pulang ke rumah sewa Alia. Kerana sudah jauh malam, mereka terpaksa bermalam di sebuah hotel. Saat duduk berdua-duaan, ketika itu ‘orang’ ketiga datang bersama. Mereka kalah dengan amukan nafsu sendiri sehingga terjadinya perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pasangan yang belum dijabkabulkan.
Penyesalan hanya seketika, jiwa dan rakusan nafsu membuatkan mereka terus hanyut dalan noda dan dosa. Usai tamat belajar, Azlan telah masuk meminang. Namun masa terus berlalu, Azlan masih belum mahu menamatkan status mereka sebagai pasangan yang sudah bertunang. Azlan masih belum bersedia untuk berkeluarga. Alia berasa bersalah kerana mereka sudah hidup seperti pasangan yang sudah berumah tangga dan dia pula disahkan mengandung. Dia tidak mahu lagi bersulam dosa, perkara itu perlu dihentikan segera. Azlan pula tidak bersedia lagi dan meminta Alia menggugurkan kandungannya. Alia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka. Belum sempat perkara itu berlaku, Alia ditimpa kemalangan. Bertahun dia berada di dalam keadaan koma. Waktu dalam keadaan begitu, dia mengalami mimpi aneh.
Azlan dalam duka, dia kehilangan pekerjaan dan atas bantuan Fara Diba, rakan sesama di universiti dahulu, dia mendapat pekerjaan. Fara Diba telah lama mencintai Azlan, tetapi cintanya tidak berbalas. Demi memiliki Azlan, dia sanggup memerangkap dirinya sendiri, asalkan Azlan menjadi miliknya. Perkahwinan mereka tidak bahagia. Azlan tidak pernah melayan Fara Diba seperti seorang isteri. Kekecewaan di hati, membuatkan Fara Diba mencari keseronokkan di luar bersama bekas teman lelakinya Syafiq. Pada mulanya lelaki itu menolak, namun jika terusan dirayu, akhirnya dia kalah dengan rayuan Fara Diba. Berasakan rumah tangganya tidak mampu memberi kebahagiaan kepadanya, Fara Diba mahu menamatkan perkahwinannya dengan Azlan. Cadangannya itu dihalang oleh abahnya. Fara Diba kecewa, Azlan juga begitu. Kalau boleh dia ingin berkahwin dengan Alia jika gadis itu sedar dari komanya nanti.
Masa terus berlalu, segala doa mereka telah diterima. Alia akhirnya sedar daripada koma. Azlan ingin menyambung semula hubungannya dengan Alia. Ketika Alia mendapat tahu Azlan sudah berkahwin dengan Fara Diba, hatinya benar-benar kecewa. Fara Diba pula merayu agar tidak diceraikan. Dia rela bermadu dengan Alia, asalkan dia tetap menjadi isteri Azlan. Pada mulanya Alia keberatan, akhirnya dia rela demi menutup segala dosa dan noda yang pernah mereka lakukan.
Apa yang berlaku seterusnya? Kenapa Fara Diba tidak jadi bercerai dengan Azlan? Adakah hubungan Azlan dan Alia berjalan lancar? Mampukah mereka hidup berpoligami? Bagaimana keadaan hidup Alia setelah sedar daripada koma? Mampukah dia mengingati segala yang telah berlaku dalam hidupnya? Saya tidak pasti buku ini masih berada di pasaran. Kalau ingin memilikinya bolehlah bertanya kepada penulisnya.
Cerita cinta sepasang kekasih yang hanyut dengan nafsu sendiri. Pengajaran yang boleh dikutip daripada kisah ini, bahawasanya jodoh pertemuan itu di tangan ALLAH, jika bagaimana sayang dan cinta sekalipun, jika tertulis pasangan kita bukanlah jodoh kita, maka ia tidak akan berlaku. Percintaan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Jadi kepada anak-anak gadis di luar sana, janganlah mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang hanya menjadi kekasih. Kehormatan diri hanya untuk seorang suami. Berhati-hatilah dalam menjalinkan hubungan agar tidak menyesal di kemudian hari.
Gaya bahasa yang baik dan menggunakan BMT, walaupun tidak sepenuhnya. Penceritaan yang baik mampu menyentuh hati pembaca. Sekarang ini penulis ini menulis dengan Alaf 21, sudah empat buah buku novel dewasa, sebuah buku remaja dan beberapa buah buku kanak-kanak sudah diterbitkan di bawah label rumah penerbitan Karangkraf. Semoga penulis ini terus sukses berkarya. Karya-karyanya sekarang lebih pada kisah kekeluargaan. Tema yang menarik dan menyentuh hati.
Cari Blog Ini
Jumaat, 30 Januari 2015
Selasa, 27 Januari 2015
ULASAN MAWAR PUTIH BUATMU
MAWAR PUTIH BUATMU
ANNUR IMAN
ALAF 21
RM21.00
2015
519 Muka surat
Mawar
Irdina seorang gadis manis, cantik dan mempunyai perwatakan yang menarik. Mempunyai seorang adik kembar, tidak seiras
bernama Iryani, itulah anggapannya. Rosman
dan Harun adalah kedua orang tuanya.
Cuma, dia dihambat kehairanan apabila kedua orang tuanya melayan dia
bukan seperti anak sendiri. Dia sering
dipukul, dihina dan dicaci. Disuruh
melakukan semua kerja rumah, sehinggakan kerja sekolah Iryani pun dia yang
buatkan. Namun tidak pula dia
bertanya. Disimpan perasaan itu jauh ke
lubuk hati.
Suatu
hari, Harun pulang dengan membawa borang kebenaran menikah lagi, ketika itulah
rahsia terbongkar. Irdina bukannya anak
kandung Rosmah dan Harun. Hanya anak
punggut yang ditemui di hadapan rumahnya.
Kebetulan pasangan itu tidak mempunyai anak setelah lima tahun berumah
tangga. Pada mulanya Irdina amat
disayangi, semuanya berubah apabila Rosman disahkan mengandung dua bulan kemudian. Kasih sayang mereka bertukar menjadi benci
terhadap Irdina lantaran anak gadis itu sering sakit-sakit. Bermulalah episod duka dalam kehidupan
Irdina.
Iryani
pula sering berasa cemburu dengan kecantikan dan kepandaian Irdina. Gadis itu sering mendapat pujian daripada
pihak sekolah dan diminati oleh pelajar lelaki sekolah mereka. Ketika mendapat tahu Irdina bukanlah kakak
kembarnya, perasaan benci Iryani terhadap gadis itu semakin menjadi-jadi. Dia sering difitnah sehingga hampir
diberhentikan dari sekolah.
Kehadiran
Indra Faris dengan bunga mawar putih mengubah hidup Irdina, semakin duka
hidupnya apabila Rosmah mendapat tahu, kononnya Irdina bercinta. Dia dipukul dan tidak dibenarkan ke sekolah. Tapi Irdina cerdik, dia menggunakan Iryani
yang tentunya mengharapkan dirinya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Akhirnya Irdina dibenarkan ke sekolah
sehinggalah berakhirnya peperiksaan SPM.
Indra
Faris tidak pernah berputus asa, dia berusaha memiliki sekeping hati Irdina,
tetap tidak berbalas. Usai SPM, Irdina menjadi pembantu rumah di rumah keluarga
angkatnya. Setiap hari kehidupannya
bagaikan berada dalam neraka. Dipukul
dan dimarahi sesuka hati Rosmah. Harun pula tidak sudah-sudah ingin mengambil
kesempatan terhadap Irdina, tetapi tidak berjaya. Sehinggalah suatu hari…
Irdina
terpaksa melarikan diri demi maruah dan harga diri. Dia terperangkap, terpaksa berkahwin dengan
seorang pemuda yang pada mulanya tidak
dikenali. Ketika akad nikah barulah dia perasan, pemuda itu adalah rakan sekolahnya sendiri.
Indra
Faris membawa Irdina pulang ke rumah orang tuanya sebagai pembantu rumah.
Irdina akur. Siapalah dirinya, isteri
merangkap pembantu rumah kepada suaminya sendiri. Di rumah itu Rizman dan Sara menerima
kehadiran Irdina sebagai orang gaji, tetapi Rizman jatuh sayang pada Irdina,
wajah Irdina mengingatkan dia kepada seseorang yang sudah lama menghilangkan
diri. Rasa rindu dan sayang pada wajah
itu tidak pernah mati, malah diabadikan pada taman mawar putih yang menjadi
tempat yang paling disayangi.
Rosmah
pula telah dihalau keluar dari rumahnya sendiri oleh madu dan suaminya
sendiri. Anaknya, Iryani pula melarikan
diri setelah keguguran anak luar nikah.
Rosmah terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup. Iryani pula terus
menyimpan dendam terhadap Irdina yang dirasakan telah menghancurkan hidup
keluarganya.
Sarah
pula cemburu dan benci dengan perhatian
yang diberi Rizman terhadap Irdina. Faris pula cemburukan Irdina apabila Dr. Haziq yang dikenali Irdina cuba
mencuri hati isterinya. Pelbagai konflik
berlaku. Kehidupan Irdina semaki kacau
dengan kehadiran Iryani ke dalam keluarga Faris. Hidupnya terus dirundung malang sehingga dihalau
keluar dari rumah itu. Faris juga
percaya dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan Iryani terhadap Irdina. Kehadiran Haryati mewarnai kehidupan Irdina.
Apa yang telah Harun lakukan terhadap Irdina sehingga gadis itu lari dari rumah? Adakah Rosmah insaf setelah apa yang dilakukan terhadap Irdina, setelah apa yang terjadi kepadanya? Bagaimana hubungan Faris dan Irdina? Dapatkah Irdina mencari keluarganya yang sebenar? Terbalaskah dendam Iryani terhadap Irdina? Siapa pilihan Irdina antara Haziq dan Faris yang sudah sah menjadi suaminya? Mahukah Sarah menerima kehadiran Irdina sebagai menantunya, sedangkan di hatinya hanya ada benci dan cemburu terhadap gadis itu? Benarkah Rizman mencintai Irdina dalam diam? Siapa pula Haryati? Hendak tahu kesudahan konflik yang berlaku? Dapatkan buku ini. Kisah kekeluargaan, cinta, poligami, dendam dan air mata yang menyayat hati. Kepada peminat kisah sedih, buku ini amat sesuai sekali. Mampu membuatkan para pembaca terbuai dengan kesedihannya, hanyut dengan dukanya. Plot tersusun tetapi diselang selikan dengan imbas semula.

Jumaat, 23 Januari 2015
ULASAN KUKEJAR KAU LARI
KUKEJAR KAU LARI
RAIHAN ZAFFYA
ALAF 21
2014
RM21.00
517 muka surat
Zariq,
Tajol dan Nadira adalah anak yatim piatu yang dibesarkan di Rumah Anak Yatim
Mustaqim. Kerana masalah kewangan dan
berasa diri tidak mampu menjaga anak-anak itu, Haji Embong yang dipanggil ‘ayah’
oleh anak-anak di pusat itu telah mengambil tindakan dengan menyerahkan
anak-anak itu kepada pasangan yang ingin mengambil anak angkat.
Novel
ini mengisahkan Nadira yang terpaksa berpisah dengan ‘adik beradiknya’ yang
berada di Rumah Al-Mustaqim dan mengikut sepasang suami isteri yang ingin
sangat memiliki anak perempuan.
Bermulalah episode baharu dalam hidup Nadira, biarpun hatinya tidak
setuju diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Dia akur demi memenuhi kehendak Haji Embong yang sudah dianggap seperti
ayahnya sendiri.
Tuan
Daniel dan Puan Suzi adalah keluarga angkat Nadira. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang
jauh berusia daripada Nadira. Hardy tidak suka dengan kehadiran
Nadira. Dia berasakan kehadiran anak
gadis itu mengganggu ketenteramannya.
Dia telah bertekad untuk melakukan apa sahaja agar Nadira tidak lagi
mahu duduk di rumah itu. Pelbagai
perkara dilakukan agar Nadira serik dan minta dihantar pulang ke rumah anak
yatim tempat tinggal lama Nadira.
Tetapi, dia terpaksa memendamkan keinginannya itu demi membahagiakan
mamanya yang terlalu teringinkan anak
perempuan. Mahu atau tidak terpaksalah
dia menerima kehadiran Nadira dalam hidup keluarganya.
Di
rumah itu Nadira tidak pernah berasa bahagia, setiap hari dia merindukan
keluarga lamanya di rumah anak yatim A-Mustaqim. Masa terus berlalu. Nadira semakin meningkat dewasa, tetapi sikap
Hardy tetap sahaja sama terhadap Nadira.
Langsung tidak menganggap Nadira adalah adiknya sendiri. Masih terus membuli dan memperkecilkan
kehadiran gadis itu dalam keluarganya.
Masa
terus berlalu, Sesuatu telah terjadi pada Rumah Al-Mustaqim. Nadira telah pergi mencari keluarga lamanya,
namun dia hampa. Rumah itu sudah tidak
wujud lagi. Malah penghuninya pun tidak tahu ke mana pergi. Nadira hampir putus asa. Hanya berbekalkan rantai tangan pemberian
Zariq, Nadira terus mengenang ‘aban’nya itu serta semua penghuni rumah
Al-Mustaqim.
Rindu
terus mencengkam diri. Rasa kasih dan
sayang semakin menggunung tinggi, namun tidak tahu bilakah akan bersua
muka. Hadry pula telah berterus-terang
tentang perasaannya terhadap Nadira.
Dalam diam dia menaruh hati pada adik angkatnya. Cinta belum tentu berbalas. Namun mereka bertunang juga.
Apa
yang berlaku seterusnya? Adakah Nadira akan bertemu kembali dengan keluarga
lamanya? Apakah cinta akan wujud di hati
Nadira terhadap Hadry? Bagaimana dengan
hubungan Zariq dan Nadira? Apakah
perasaan cinta seorang ‘adik’ akan bertukar menjadi cinta? Persoalan yang pasti bermain dibenak
teman-teman semua. Hendak tahu kisah
selanjutnya dan menjawab setiap persoalan yang ada. Jom dapatkan karya ini.
Rabu, 21 Januari 2015
ULASAN PERGI BERSAMA JANJI
PERGI BERSAMA JANJI
AZILAH WAHAB
ALAF 21
2015
518 muka surat
RM21.00
Raudah Maryam dan Halim pasangan yang hidup bahagia, ada segala-galanya. Anak kembar berlainan jantina. Mereka hidup penuh dengan rasa kasih dan sayang. Rapat dan sentiasa bersama, sehinggalah anak gadis mereka, Marissa Norhanis, yang baharu sahaja lepas mengambil peperiksaan SPM jatuh hati dengan seorang lelaki Zafran sehingga sanggup meninggalkan keluarga demi rasa cinta terhadap lelaki itu yang tidak berbelah bahagi, mereka berkahwin di Sempadan Thailand tanpa restu keluarga. Marissa merasakan Zafran adalah lelaki yang terbaik untuk dirinya. Raudah Maryam dan Halim benar-benar kecewa dengan keputusan anak gadis mereka. Marissa dihalau dari rumah sebaik sahaja sah menjadi isteri Zafran. Gadis itu langsung tidak berasa kesal dan merasakan pilihannya adalah tepat. Dia akan membuktikan bantahan kedua orang tuanya adalah salah. Baginya Zafran adalah seorang suami yang romantik, bertanggungjawab dan baik.
Kusangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tiba-tiba perangai Zafran berubah, tidak lagi selembut dahulu, sering marah-marah sejak mengetahui Marissa sedang mengandungkan anak mereka. Zafran berasa kurang selesa melihat keadaan Marissa yang sering muntah-muntah sehingga lelaki itu sanggup meminta isterinya menggugurkan kandungan. Hancur luluh hati Marissa, namun dipendamkan dalam hati. Keadaan rumah tangga mereka mula kacau bilau apabila sumber kewangan mereka semakin runcing. Zafran tiada pendapatan sejak ‘perniagaan’nya di katakana telah gulung tikar. Marissa mempercayai sepenuhnya kata-kata Zafran sedikit pun tiada syak wasangka di hatinya. Kalau sudah cinta, semuanya indah belaka. Namun tidak lama, kehilangan Zafran secara tiba-tiba telah membuatkan hati dan perasaan Marissa remuk. Hanya air mata yang berbicara. Duit di tangan tiada, sewa rumah, segala bil semuanya tertunggak. Marissa tidak tahu di mana Zafran berada. Dia tidak kenal kawan-kawan Zafran dan dia tidak tahu di mana tempat kerja Zafran.
Suatu hari seorang wanita bernama Zurin datang mencari Marissa. Wanita itu telah menceritakan kepada Marissa siapa Zafran yang sebenar. Mahu gila jadinya. Sukar untuk Marissa mempercayainya. Hatinya berteka-teki, benarkah apa yang diceritakan oleh Zurin kepadanya? Dia tidak tahu sama ada harus percaya kepada Zurin atau Zafran lelaki yang amat dicintainya. Kehidupan tidak semuanya pahit, tetap ada keindahan jika sentiasa bersabar dengan dugaan yang mendatang. Masa berlalu, Marissa sendirian menghadapi kehidupan sehingga dia selamat melahirkan seorang anak lelaki. Zafran tetap tidak pulang. Akhirnya Marissa redha.
Siapa Zurin? Apa yang diceritakan oleh Zurin tentang Zafran kepada Marissa? Adakah Marissa akan kembali kepada keluarganya setelah ditinggalkan oleh Zafran dengan seribu duka? Masih adakah kasih sayang Marissa terhadap Zafran setelah apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu terhadap dirinya? Persoalan demi persoalan pasti bermain dibenak kita. Konflik yang mampu menggugat rasa dan hati.
Apa yang berlaku seterusnya? Sebuah kisah yang penuh tauladan. Perkahwinan tanpa restu jarang bertemu bahagia. Kepada gadis-gadis di luar sana, dengarlah nasihat orang tua sebelum diri terjerat, menyesal kemudian tiada gunanya. Cinta tidak selalunya bawa bahagia. Kepada orang tua, jika anak sudah suka sama suka, dan pemuda itu seorang yang baik, budiman dan beriman. Terimalah hubungan itu agar anak-anak boleh hidup bahagia sehingga ke akhirnya. Karya garapan Azilah Wahab tidak pernah menghampakan. Kisah kekeluargaan, hubungan kasih sayang yang menyentuh hati. Karya menarik buat hati tertarik.

Ahad, 18 Januari 2015
ULASAN GILA-GILA CINTA
GILA-GILA CINTA
IZZA ARIPIN
ALAF 21
2014
RM21.00
520 muka surat
Eryssa dalam diam mencintai Si Rambut Kembang yang garang dan suka cakap
lepas. Perasaan malu yang menebal dalam
hati tidak mudah untuk dia berterus-terang.
Hubungan yang terjalin sejak dibangku sekolah menganjak kea lam dewasa. Pertemuan semula mengembalikan kenangan silam
yang sudah jauh ditinggalkan. Mengimbau kenangan
lalu membuat rasa sayang terus tumbuh subur.
Dalam diam hati berteka-teki, jika dibiarkan mengundang rasa gundah di
hati. Baik berterus terang dari membisu
seribu bahasa. Lamaran dibuat demi rasa
cinta yang menggunung di hati.
Zeek
atau Haziq Haikal berjaya mencuri hati Eryssa.
Perpisahan yang sementara tidak pernah memadamkan rasa cinta yang
ada. Pertemuan semula membuatkan rasa
cinta kembali subur. Kecantikan dan kelembutan Eryssa membuatkan ramai yang
jatuh hati hatta Tan Sri Haikal sendiri.
Cuba mendekati namun Eryssa seperti menjauhkan diri. Terjadi satu perkara yang menyebabkan Zeek
dan Eryssa terpaksa bernikah sehingga mengundang marah di hati seisi
keluarga. Hubungan yang sedia ada,
dicantumkan dengan ijab dan kabul membuah rasa bahagia yang tidak
putus-putusnya sehinggalah mereka diuji.
Hanya kesabaran dan rasa cinta yang menggunung dan gila-gila sahaja yang
mampu mempertahankan rumah tangga mereka.

Cerita yang menarik buat hati tertarik. Karya Izza Aripin tidak pernah
menghampakan. Apa yang berlaku
seterusnya dengan hubungan Zeek, Errysa dan Tan Sri Haikal? Jom dapatkan karya ini di pasaran. Gaya bahasa yang santai sesekali diselitkan
bahasa Inggeris. Imbas semula yang tidak
membosankan. Latar tempat yang menarik
untuk diterokai.

Langgan:
Catatan (Atom)