FARIS LOVE LAYLA
BATIAH HADI
ALAF 21
RM25.00
597 muka surat
Karya
pertama Dr. Batiah Hadi. Seorang pensyarah
di UTM dalam bidang apa? Tidak pasti.
Terkejut juga apabila mengetahui latar belakang penulis ini. Siapa kata penulis novel hanya terdiri orang
yang biasa-biasa sahaja, ramai cikgu yang menjadi penulis novel. Juga beberapa bidang profesion lain. Satu kebanggaan buat penulis-penulis di Malaysia,
terutama penulis wanita. Berbalik kepada
karya ini. Tema biasa yang ada di pasaran. Kisah kahwin terpaksa. Namun cara gaya penceritaannya yang baik
mampu menawan hati pembaca.
Karya
ini mengisahkan Faris anak hartawan yang mempunyai gaya hidup lepas bebas
sehingga membuatkan keluarganya berasa kurang senang melihat
tingkahlakunya. Dia tinggal bersama ayah
dan Tok Zauyah. Toknya telah nekad untuk
menjodohkannya dengan seorang gadis yang biasa sahaja tetapi mempunyai
ciri-ciri gadis Melayu asli. Tok Zauyah
terpikat dengan penampilan Layla, anak kepada pemandu peribadinya. Maka dia bercadang menjodohkan gadis itu
dengan cucunya. Pada mulanya Faris menentang, tapi Tok Zauyah
mengugut akan memberhentikan segala yang dimiliki oleh Faris sekarang
membuatkan lelaki itu akhirnya bersetuju.
Layla
kecewa. Dia baharu berangan-angan ingin
menyambung pelajaran setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Puas orang tuanya meyakinkan setelah
berkahwin nanti, dia masih boleh menyambung
pelajaran. Dalam keterpaksaan
akhirnya dia rela juga. Berkahwinlah kedua
pasangan yang saling membenci ini.
Ketika hendak mengenali satu sama lain, untuk menanam benih cinta di
hati masing-masing berbagai perkara berlaku. Ujian demi ujian yang terpaksa
mereka lalui dan tempuhi. Akhirnya rumah
tangga mereka rebah dan kecundang juga lantaran tidak ada kepercayaan antara
satu sama lain. Pertemuan semula setelah
lima tahun merungkai segalanya. Apa yang
berlaku sebenarnya? Kenapa mereka
berpisah? Kepada mereka yang meminati
tema seperti ini, pasti teruja ingin mengetahui kisah selanjutnya. Tahniah kepada penulis ini.
Semoga terus menulis karya yang bermutu dan diminati pembaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan