SATU PERJUANGAN
NORAINI ESLAH ( UMMU ANAS)
DBP
2015
324 muka surat
Sesungguhnya
hidup ini adalah SATU PERJUANGAN menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Mohsin seorang anak muda yang berperang
dengan diri sendiri untuk memenuhi keinginan Nenek Eton yang mahu dia mewarisi
kedai runcit yang dibangun dan dibina oleh arwah Tok Man. Jiwanya galau dibuktikan dengan monolog di
hati Mohsin;
‘Mengapa nenek hanya mahu mengarah supaya aku memenuhi
harapan yang menggunung tinggi? Mengapa nenek tidak bertanya apa yang menjadi
cita-citaku? Apa rancangan dan pandanganku pada kedai runcit yang sangat nenek
banggakan. Masalah pengurusan kedai itu mesti dibincangkan anak beranak. Nenek tak adil, jika membuat keputusan
sendiri, getus hati kecil Mohsin’. Bukan
bermakna Mohsin seorang yang kuat melawan, tetapi dia punya cita-cita dan
impiannya sendiri.
Arwah Tok Man dan Nenek Ton mempunyai tiga orang anak, anak
lelakinya meninggal dalam kemalangan kereta bersama-sama dengan arwah
suaminya. Iaitu ayah kepada Mohsin, dia
juga kehilangan ibu. Maka Mohsin dan adik-adiknya menjadi yatim piatu dan
dijaga oleh Nenek Ton dengan penuh kasih sayang. Mohsin dan adik-adiknya tidak pernah kekurangan kasih sayang orang tua lantaran
ayah dan ibu saudaranya yang lain begitu menjaga dan mengambil tahu
keperluannya adik beradik.
Kematian Tok Man telah mengubah sikap Nenek Ton daripada
seorang yang mengambil berat menjadi seorang yang mendesak. Adakah kerana berasakan Mohsin sepatutnya
disalahkan kerana keengganannya ke bandar telah meragut nyawa arwah Tok Man dan
arwah ayahnya. Mohsin membantah kehendak Nenek Ton yang ingin
mewarisikan Kedai Runcit Harapan hanya kepadanya seorang. Kerana dia sudah berjanji dengan Tok Man,
kedai runcit itu akan menjadi milik mereka sekeluarga. Bukan sahaja dirinya dan adik-adiknya juga
seluruh keturunan arwah Tok Man dan Nenek Ton.
Kenapa tiba-tiba Nenek Ton menjadi begitu kejam? Mohsin terus berperang dengan dirinya
sendiri.
Kisah
yang mengangkat nilai kasih sayang, kehormatan dan nilai persaudaraan yang
tidak boleh dijual beli dengan harta. Kesepakatan
dalam menyelesaikan masalah mampu merungkai masalah yang mendatang. Hubungan kekeluargaan yang erat antara sepupu
sepapat, antara anak saudara, ibu saudara dan bapa saudara. Hubungan erat
sesama jiran tetangga. Penulis seolah-olah
ingin mengambarkan, beginilah sepatutnya hubungan kekeluargaan harus dipupuk
oleh orang-orang tua, agar hubungan yang ada terus mekar dan kekal
selamanya. Tiada perebutan harta warisan. Harta warisan seharusnya dikongsikan
bersama-sama, terus dibangunkan sehingga berjaya, bukan berebut untuk
memiliknya sendiri. Tidak perlu
memikirkan diri sendiri semata-mata. Perhubungan
yang erat mampu menjana sebuah keluarga yang harmoni tidak kira berapa ramai
ahli keluarganya.
kepada para peminat dan pembaca tegar novel Melayu, walaupun karya ini adalah novel remaja tetapi isi di dalamnya sesuai untuk semua peringkat umur. Garapan yang menarik, plot yang tersusun. Gaya bahasa yang boleh dihadam dengan baik. Tahniah kepada penulis atas kejayaan menghasilkan karya bermutu sehingga diangkat sebagai pemenang ketiga dalam Sayembara menulis Novel dan Skrip Drama kanak-Kanak dan Remaja anjuran DBP. Semoga terus berkarya dan menghasilkan karya seperti ini lagi yang mampu mengangkat jiwa remaja berjuang mencapai impian sendiri, punya cita-cita besar dan semangat yang tinggi.
kepada para peminat dan pembaca tegar novel Melayu, walaupun karya ini adalah novel remaja tetapi isi di dalamnya sesuai untuk semua peringkat umur. Garapan yang menarik, plot yang tersusun. Gaya bahasa yang boleh dihadam dengan baik. Tahniah kepada penulis atas kejayaan menghasilkan karya bermutu sehingga diangkat sebagai pemenang ketiga dalam Sayembara menulis Novel dan Skrip Drama kanak-Kanak dan Remaja anjuran DBP. Semoga terus berkarya dan menghasilkan karya seperti ini lagi yang mampu mengangkat jiwa remaja berjuang mencapai impian sendiri, punya cita-cita besar dan semangat yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan