ATLAS PERANG SALIB
SAMI BIN ABDULLAH AL-MAGHLUTS
PTS- karya terjemahan.
2015
RM65.00 ( Semenanjung)
*****
Karya
yang bercerita tentang Perang Salib selama 200 tahun. Begitu lama. Dari perang salib pertama sehinggalah seterusnya. Ada Perang Salib besar dan kecil. Sewaktu mula membacanya, buat hati
berkata-kata. Wah! Orang-orang Islam
sengaja di perangi oleh orang-orang Kristian hanya untuk menguasai kawasan, penjajahan secara kekerasan selama
200 tahun. Ada diceritakan betapa
kejamnya askar-askar Salib ini membunuh orang-orang Islam tanpa belas
ehsan. Ada ketika askar-askar Islam yang
menang, ada ketika askar-askar Salib yang menang. Bukan sedikit nyawa terkorban. Bukan sedikit harta benda yang rosak. Itu
semua tidak menjadi kudis di hati para pejuang tentera salib demi menjayakan
misi dan visi mereka. Memerangi manusia
lain yang tidak buat salah pun pada mereka?
Pelikkan? Itulah rakusnya
mereka. Tidak ada belas ehsan, tidak kira orang tua, muda,
kanak-kanak, kalau boleh semuanya dibunuh, hendak dihapuskan hanya kerana kuasa
dan penjajahan.
Bayangkanlah
negara Asia Timur sudah diperangi sejak abad ke 12 lagi. Malah sehingga
kini. Kejamnya manusia yang sanggup
membunuh manusia lain hanya atas nama KUASA dan ingin menunjukkan
kekuatan. Peperang bermula 1098
Masihi (Rabiulakhir 491H) Dalam masa
yang sama orang-orang Mongol juga menyerang negara-negara Islam. Serangan bangsa itu menyebabkan kejatuhan
Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad pada tahun 656H (1258 M). Buku yang menarik untuk dibaca dan dijadikan
bahan bacaan di rumah. Ketika
membacanya, hanya keluhan dan kekesalan yang terlahir di hati saya. Begitu kejam sekali Paus Kristian waktu
itu. Kesan daripada perang Orang Islam
bangkit menjadi orang yang berilmu, baik ilmu perubatan, matematik, astronomi,
sains, kimia, biologi, fizik dan sebagainya, semuanya dikuasai oleh orang-orang
Islam. Orang-orang Islamlah yang pertama
mencipta ilmu-ilmu ini. Sayang sekali,
sebahagian daripada kita beranggapan ilmu-ilmu ini hanyalah ilmu sekular dan
ilmu dunia, sedangkan ilmuan Islam
dahululah yang telah memperkenalkannya dan telah dicuri oleh orang-orang barat
serta mengatakan ilmu-ilmu ini adalah hak mereka. Bayangkan peradaban Islam kekal cemerlang
selama 1000 tahun.
Kalau
hendak tulis, pasti berkajang-kajang jadinya. Kalau hendak tahu kisahnya,
kenalah dapatkan buku ini. Simpan satu
di rumah sebagai bahan bacaan buat anak-anak. Biar mereka kenal sejarah
negara-negara Arab ini. Tentang negara
Islam keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan