Assalamualaikum dan selamat pagi, biar muka tembok, jangan bermuka-muka. Jangan lupa selawat
ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw sebanyak seribu kali hari ini.
Pernah tak kita berjasa kepada seseorang, selepas itu dia buat dajjal
pada kita, tidak kenang jasa kita, kita marah dia, kita maki dia dan
anggap dia sebagai insan yang melupakan jasa baik kita? Pernah tak kita
berjasa pada seekor kucing, kita beri ia makan dan minum,
beri ia kasih sayang tetapi dia balas dengan menaburkan najis di
hadapan laman rumah kita? Marahkan? Sakit hati? Kita tertanya-tanya
kenapa kawan kita itu tidak tahu mengenang budi, mengenang jasa yang
telah kita taburkan.
Ops!
Jangan marah! setiap kebaikan yang kita beri, jangan sesekali kita
harapkan jasa daripada insan yang telah kita buat jasa itu. Mereka tidak
mungkin mampu membalasnya. Percayalah! Hanya Yang Satu yang akan
membalas jasa-jasa kita itu. Hanya ALLAH SWT yang akan membalas segala
kebaikan kita itu. Jadi, tekadkan azam, buat baik hanya kerana ALLAH,
kerana hendak mendapat SYURGA ALLAH, kerana ingin mendapat keberkatan
dan rahmat daripada ALLAH, pasti hati kita tidak akan sakit. Jika kawan
yang kita berjasa itu tidak membalas kebaikan kita, tetapi ALLAH akan
hantar insan lain pula untuk membalas jasa dan budi yang telah kita
tabur. Berbudilah kepada sesiapa sahaja, kerana ganjarannya jauh lebih
baik daripada ALLAH SWT.
Jangan lupa dapatkan buku-buku terbaharu dari Alaf 21 yang bakal berada di pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan