CINTA SALJU ANNA
AIDA ADRIANI
ALAF 21
RM28.00
Hud Aidit menunggu dengan setia di satu ruang yang pernah menjadi saksi perjanjian
antaranya dengan seseorang yang sudah lama tidak ditemui. Dia terus menanti dan menanti dan berharap gadis tersebut akan menunggu dan
bertemu dengannya.
Hud Aidit pelajar tahun akhir dalam bidang sains di sebuah universiti di Findland. Punya cita-cita tinggi untuk menjadi manusia yang berjaya. Berita yang diterima tentang kekasih hatinya yang bakal berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri telah melukakan hatinya. Namun, dia pasrah, dan cuba bersabar dengan dugaan yang diterima.
Anna Aisyah gadis berasal dari Findland. Sudah mempunyai kekasih hati bernama Mikael yang bercita-cita ingin menjadi penyanyi. Anna pula mempunyai bakat sebagai penulis. Dia jugalah yang telah menulis lirik lagu untuk Mikael rakamkan.
Satu hari Anna dan Hud bertemu dalam perjalanan ke sebuah pulau. Pertemuan itu telah membaca kepada hubungan baik antara mereka. Anna juga menjemput Hud ke pelancaran album Mikael. Hud tidak sangka Anna turut belajar di universiti yang sama dengannya. Hubungan mereka semakin rapat.

Anna cuba tidak
berkecil hati dengan sikap Mikael yang semakin hari semakin sibuk dengan
urusannya sebagai penyanyi, jemputan di sana-sana. Hud yang suka berkawan dengan Anna, akhirnya
menjadi teman baik gadis itu.
Persahabatan Hud dan Anna telah membawa lembaran baru dalam
hidup gadis itu, begitu juga Hud, dalam diam mencinta Anna, dia tidak berani
berterus-terang kerana Anna sudah ada Mikael.
Tidak manis mengganggu hubungan orang lain. Hud mengalah. Pertemuan semula Sufya dengan Hud telah
membaca cerita lama, Sufya menghadapi masalah dengan rumah tangganya. Hud pula
masih sendiri. Anna yang dalam diam mencintai lelaki itu hanya memendam
rasa. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Sufya meraih kembali kasih Hud
setelah sekian lama mereka terpisah?
Bagaimana dengan Anna yang sudah mula mengenal Islam dan mencintai Hud?
Adakah mereka bakal bersatu dan Anna memeluk Islam? Adakah Anna memeluk Islam kerana cintanya
pada Hud atau hatinya sudah terbuka dan
mendapat hidayah daripada Allah? Kalau
hendak tahu, kenalah dapatkan buku ini.
Kisah cinta dua benua yang pasti menarik menjadi bahan bacaan di waktu
lapang.
Begitulah yang dirasakan Anna. Kehadiran Hud yang pada mulanya tidak diumpamakan itu amat memberi erti yang besar dalam dirinya. Perkenalan singkat itu adalah titik mula sebuah kehidupan yang baru. Benarlah, TUHAN tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebabnya. Kerana itu dia sedar, kehilangan dan kekecewaan itu adalah rahmat TUHAN.

Biarpun berbeza adat dan budaya, tidak sesekali dia mengusir
cinta yang datang. Biarpun jarak dan waktu memisahkan, dia akan tetap bahagia
merindui lelaki itu. Biarpun memiliki hati lelaki itu seakan mustahil, dia
tidak akan pernah kesal mencintai Hud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan