Keperitan hidup seorang penulis tiada siapa yang tahu, kami menulis dan melakar cerita mengikut kehendak dan cerita pembaca, ramai inginkan cerita yang pengakhirannya bahagia dan gembira. Tetapi penulis menangis tiada siapa yang tahu.
Buku ini ditulis bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung perubatan suami Puan Rohani Deraman. Bukan dengan tujuan suka-suka, tetapi harapan seorang isteri yang ingin melihat suaminya gembira dan pulih sepenuhnya.
Suami Puan Rohani Deraman kehilangan kakinya akibat komplikasi kencing manis sehingga menyebabkan kakinya menjadi mangsa penyakit yang semakin merebak itu. Setelah dipotong kaki tersebut, keadaan tidak berhenti di situ sahaja, wang bagi rawatan susulan amat diperlukan. Memandangkan Puan Rohani Deraman tidak bekerja dan suaminya tidak lagi mampu menyara keluarga maka terlahirlah buku ini sebagai sebuah karya amal untuk membantu Puan Rohani dan suami, serta meringankan beban mereka sekeluarga.
Saya menyusun sepuluh jari memohon kepada kawan-kawan yang suka membaca dan cintakan buku, belilah naskah ini. Hanya berharga RM18.00 sebuah. Marilah kita membaca kisah suka duka pasangan ini.
Untuk Suamiku,
Dikau adalah nakhoda bahtera
kasihku
Dikau adalah raja dalam
mahligai cintaku
Bertabahlah.
Engkau tetap segala-galanya
bagiku
Di bahumu pernah kusandarkan
resahku
Di hatimu selalu ada cinta dan kasih
sayang buatku
Di matamu selalu ada kerdipan
rindu untukku
Oleh itu suamiku,
Biar gelora dan gelombang
melanda kita
Biarlah kita tetap bersama
Jangan gentar pada dugaan
Usah takut pada kenyataan
Hanya yakinkan dirimu:
Cintaku tetap untukmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan