4) Pinjamkan Dia Sebentar
Antologi Cerpen
Editor: Mohamad Kholid Hamzah
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
327 muka surat
*****bintang.
Apabila membaca sesuatu buku pasti ada cerita atau ilmu yang terpahat di hati. Membaca bukanlah sesuatu yang sia-sia, tidak kira apapun jenis bahan bacaan.
Saya tergerak membeli buku ini apabila diberitahu akan keistimewaannya. Mungkin sesuatu yang lain yang pernah saya baca.
Melihat tajuk sahaja pelbagai perkara bermain di hati. Karya antologi cerpen yang ditulis oleh penulis berlainan dengan kisah yang berlainan mengikut pengalaman sendiri.
Selama ini kita hanya tahu tentang anak-anak cacat seperti sindrom down, tetapi kita jarang diperdengarkan tentang cerita kisah anak-anak yang menghidapi penyalit Palsi Serebrum. Penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak.
Apa yang mampu saya katakan ketika membaca dari satu kisah ke satu kisah, meneliti pengalaman ibu ayah yang mempunyai anak-anak syurga ini cukup menyentuh hati. Ketabahan dan kesabaran mereka amatlah saya kagumi. Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya mengikut kemampuan masing-masing.
Dalam buku ini juga bukan hanya sekadar sebuah cerita, tetapi juga satu pengalaman yang boleh menjadi satu perkongsian kepada ibu ayah di luar sana yang dianugerahkan dengan anak istimewa ini.
Berat mata yang memandang, berat lagilah bahu yang memikul. Bukan hanya terpaksa berkorban masa dan tenaga malah terpaksa berkorban duit ringgit juga. Untuk mengubati penyakit Palsi Serebrum ini bukan sedikit kos yang diperlukan apatah lagi kos setiap rawatan yang dilakukan adalah mahal.
Turut dikongsikan jenis-jenis rawatan yang perlu dilakukan mengikut kemampuan pesakit itu sendiri mampu menerimanya. Rupanya setiap rawatan yang dilakukan pasti mengundang rasa sakit kepada anak-anak ini. Mereka hanya mampu menahannya dengan jeritan dan tangisan.
Buku yang benar-benar menyentuh hati seorang ibu. Jika mereka mampu bersyukur dengan pemberian Ilahi malah ada yang turut diuji dengan kehilangan insan tersayang ini, kita seharusnya lebih-lebih lagi diberi kurniaan yang sempurna.
Negara kita masih kekurangan kemudahan pendidikan dan rawatan untuk anak-anak istimewa ini, semoga satu hari nanti peluang dan ruang untuk anak-anak ini belajar di sekolah yang sesuai ada buat mereka.
Karya yang sewajarnya dijadikan bahan bacaan di rumah. Ambil tahu biarpun tiada ahli keluarga kita menerima nasib seperti mereka.
Alhamdulillah. Terima kasih Puan, sudi membaca kisah dari hati kami penulis-penulis kecil yang berkongsi rasa tentang bahagia memiliki anak-anak syurga ini. Perkongsian warna-warni hidup yang berbeza dari insan tipikal. Terima kasih dari saya, Siti Suhaila, penulis cerpen Pinjamkan Dia Sebentar.
BalasPadamTerima kasih baca buku kami
BalasPadam