Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
1999
723 muka surat.
Baca novel tidak sama seperti baca buku ilmiah seperti Ensiklopedia
ini. Ada LIMA jilid. Baru habis satu jilid, berbulan-bulan membacanya.
Banyak info yang boleh kita perolehi membaca buku ini, dibahagikan
mengikut abjad A-Z. Biodata individu-individu yang terkenal, berjasa
pada negara.
Adat-adat perkahwinan, adat-adat pertabalan,
alat- alat kebesaran setiap negeri yang kurang kita ambil berat, semua
maklumat ada dalam buku ini.
Adat berendoi, berkunyit, beralin,berayun, semuanya ada. Rugi kalau tak beli. Sesuai dijadikan bahan rujukan.
Kisah-kisah dan sejarah negeri, negara disekitar Tanah Melayu juga ada
maklumat di dalam buku ini seperti Bengkalis, Bangkahulu.
Buku yang terlalu banyak info di dalamnya. Tak tahu nak habaq, kena beli
dan baca sendiri. Oleh kerana bukunya agak lebar dan besar, sukar untuk
di bawa baca dalam MRT, LRT atau di tiang hentian bas. Nanti orang
tengok kita berasa pelik pula. Kalau tak kisah, dipersilakan baca di
mana saja.
#membacajambatanilmu
#marimembaca
#budayakanamalanmembaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan