Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Isnin, 11 Februari 2019

ANAK DAN TUDUNG.




Saya tidak pernah menggalakkan anak-anak perempuan saya memakai tudung ketika usia mereka bawah 10 tahun. Tapi, mereka memakainya ketika ke sekolah.

Bagaimana kami mengajar anak - anak kami mengikut tuntutan agama. Mengikut suruhan Allah dan Rasul- Nya?

Kami mula menerangkan perkara yang wajib yang harus mereka patuhi apabila usia mereka menjangkau 10 tahun. Ketika inilah kami menerangkan kewajipan anak-anak perempuan kami tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang perempuan muslimah.
Perkara yang kami terangkan adalah:

Sudah wajib memakai tudung dengan sempurna. Tudung yang labuh sehingga menutup dada. Tidak boleh tanggal kecuali di rumah atau kawasan yang bertutup dan tiada lelaki yang bukan mahram.
Pakaian biarlah labuh dan tidak sendat sehingga menampakkan susuk badan.

Solat sudah tidak boleh tinggal kecuali keuzuran yang ditetapkan oleh Allah swt kepada setiap perempuan yang sihat iaitu datang bulan/ haid.

Harus membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya sebelah muka.

Tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan jika tiada urusan rasmi seperti urusan sekolah atau kolej.
Tugas saya menjadi mudah apabila kedua-dua anak perempuan saya masuk maahad tahfiz dan kolej berlandaskan Islamik.

Ibu ayahlah langkah pertama untuk anak - anak memahami hidup mengikut agama yang dianuti.
Ibu ayahlah penunjuk jalan Hidayah buat anak-anak.

Ibu ayahlah yang membawa anak - anak ke jalan yang diredhai Allah swt.
Didiklah anak - anak sejak dalam kandungan mengenal Allah dan Rasul-Nya.

#muhasabahdiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan