ROH RUMAH SEWA
NAIM TAMDJIS
BUKU PRIMA
2015
RM21.00
518 muka surat.
Kisah bermula dengan prolog. Mengisahkan Rafael terganggu tidurnya apabila
mendengar suara tangisan bayi di bawah rumahnya. Dia mensyaki ada orang membuang anak di
kawasan rumahnya. Dia mencari suara
tangisan itu sehinggalah dia menemui seorang bayi di bawah rumahnya. Kerana masih bujang, Rafael bercadang membawa
bayi itu ke rumah penghulu kampung. Di tengah jalan dia bertemu dengan pemuda
kampung yang sedang bersantai. Rafael
meminta tolong mereka untuk menghantar bayi tersebut ke rumah penghulu kampung.
Mai Keding, Osman dan Syafiq berlari bertempiaran apabila terlihatkan bayi yang
dikendung oleh Rafael. Bayi? Betulkan
ada bayi? Rafael turut melarikan diri
ketika terpandangkan wajah bayi tersebut. Kenapa?
Teknik
imbas semula banyak diketengahkan dalam karya ini. Tujuannya hendak menceritakan semula kisah
silam yang bersangkutan dengan rumah yang telah disewa oleh Rafael. Rafael, seorang guru muda yang telah dihantar
bertugas di sebuah kampung terpencil.
Dia telah menyewa sebuah rumah yang unik pembinaannya. Menurut kata beberapa orang kampung dan guru
di sekolah tempatnya mengajar, rumah itu berhantu. Rafael tidak mudah mempercayainya. Dia beranggapan di zaman serba moden ini
kehadiran hantu tidak wujud.
Satu
malam, Rafael diganggu oleh mimpi aneh.
Dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bagaikan seorang
hulubalang yang bernama Panglima Endai dan juga seorang lagi lelaki yang
bernama Buragas yang mendakwa Rafael adalah tuan mereka. Dalam mimpi itu juga, Rafael dibawa ke zaman
silam bermulanya kewujudan kedua-dua makhluk yang tidak diundang itu. Rafael tidak dapat menerima mereka. Dia
berusaha agar mereka menjauhkan diri daripadanya. Tetapi tidak berjaya. Panglima Endai dan Buragas menjaga
keselamatan Rafael biarpun lelaki itu tidak suka dengan kehadiran mereka. Rafael tidak pernah ambil kisah dan hanya berasa tidak selesa ketika Panglima
Endai hadir dalam mimpi-mimpinya. Rafael juga mendapat tahu akan asal-usul
keturunannya.Siapakah nenek moyang Rafael?
Jawapan ada dalam novel ini.
Bagaikan membaca kisah sejarah Negeri perak di mana Jww. Birch dibunuh menjadi latar kisah dan Daerah di Negeri Perak menjadi latar tempat. Namun, kita akan terus membacanya sebab ingin tahu kisah selanjutnya. Apa yang berlaku dengan Rafael? Panglima Endai dan Buragas berjaya menyelamatkan Rafael dari disihir. Siapa yang ingin menyihir Rafael? Kenapa? Adakah Rafael sudi menerima kehadiran Panglima Endai dan Buragas sedangkan kedua makhluk itu telah menyelamatkan nyawanya? Kawasan kampung Pulau Manis punya sejarahnya tersendiri. Apakah ia? Kenapa Panglima Endai dan Buragas berada di kampung itu? Hendak tahu kisah selanjutnya? Kenalah dapatkan karya seram ini.

Banyak
teknik imbas semula namun tidak mencacatkan jalan cerita malah menjadi penguat
cerita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan