Matanya liar memerhati, mencari kelibat seseorang. Orang yang ingin sangat ditemui. Orang yang amat dirindui. Orang yang amat disayangi sepenuh jiwa dan
raganya. Bagaimana mungkin dia melupakan
insan yang bagaikan adik beradiknya
sendiri. Mereka bagaikan aur dan
tebing. Bagaikan belangkas, ke mana
sahaja bersama. Seolah-olah tidak akan
terpisah, namun takdir dan kehendak ILAHI mengatasi segalanya. Perpisahan berlaku juga. Keluarganya berpindah keluar dari kampung itu
menyebabkan hubungannya dengan keluarga
teman dan sahabat baiknya itu juga turut terpisah. Dia ada mencari keluarga temannya itu, tetapi
mereka juga telah berpindah ke tempat lain.
Sejak itu mereka tidak lagi bertemu dan bersua muka. Hanya rindu yang terbenam di jiwa, menjalar
dan berakar umbi, tumbuh kukuh di hati.
“Dia masih tak sampai lagi ke, Seng?” tanya Kakak sulongnya,
Linda.
Hanya gelengan yang menjawab. Matanya masih lagi memandang ke arah pagar
rumah. Tetamu yang hadir di majlis
tersebut disapa sekali lalu. Hendak bersembang
terasa malas di hati.
“Kejap lagi sampailah tu, dia pun rindu dengan Seng,” sambung Linda. Dia sendiri tidak menyangka akan bertemu
dengan sahabat baik adiknya sejak kecil itu.
“Yalah kak. Terima kasihlah
kerana menjemput dia, Seng tak sangka akan bertemu kembali dengannya. Ingatkan kami akan terpisah terus,” luah Ah
Seng. Hiba menyapa. Rindu menjalar di segenap lubuk hatinya.
Keluhan berat dilepaskan.
Rasa tidak sabar ingin melihat sahabat tersayang.
***
Hatinya berdebar-debar, sudah lama tidak bersua muka tentu lahir pelbagai rasa. Teruja, takut dan bimbang bercampur baur di hati. Sudah sepuluh minit dia sampai di rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Seram sejuk tangannya. Entah apa yang dia bimbangkan. Rasa bersalah turut bersarang di hati. Dia menarik nafas panjang, memejam mata seketika. Mencari ruang di hati agar bertenang. Sudah hampir belasan tahun mereka tidak bertemu. Perpisahan yang bukan kehendak mereka. Dia pernah berjanji ingin menulis surat setiap bulan kepada sahabatnya itu, tapi dia tidak lakukannya, dan akhirnya mereka terputus hubungan apabila keluarganya berpindah dan alamat rumah Ah Seng hilang begitu sahaja.

Bagaimana mungkin dia melupakan hubungan yang terjalin sejak
mereka kecil lagi, makan bersama, belajar bersama. Pendek kata ke mana sahaja mereka
bersama. Ada ketika dia tidur di rumah
Ah Seng begitu juga sebaliknya. Keluarga
mereka langsung tidak membantah walaupun mereka berlainan agama dan
bangsa. Kasih mereka kasih adik
beradik, sayang mereka sayang bagaikan keluarga. Itulah hakikatnya. Dia menarik nafas lagi, dilepaskan
perlahan-lahan. Pintu kereta di buka
perlahan. Dia melangkah dengan
yakin. Rindu sekian lama berkubur di
hati, bagaikan hidup kembali. Langkah
diatur mendekati pagar rumah banglo yang berwarna keemasan.
Langkah diatur,
matanya liar mencari wajah seseorang.
Entah bagaimana wajah Ah Seng setelah dewasa, masih terbayang di ruangan
mata wajah Ah Seng ketika kecil dahulu.
Rambutnya yang tercacak, beremos di hadapan. Sikat tidak pernah lepas dari tangannya.
“Rashid!” sapa seseorang dari belakangnya.
“Rashid!” sapa seseorang dari belakangnya.
Rashid menoleh. Mata mereka saling bertemu. Saling
bertatapan. Mereka menerpa dan saling
berpelukan. Perasaan keduanya bercambur
baur, gembira dan terharu. Saling
memandang sesama sendiri. Saling
tersenyum dan berbalas ketawa nipis.
“Kau semakin kacak, Seng,” puji Rashid. Pecah ketawa mereka.
“Kau apa kurangnya,”
puji Ah Seng pula. Kedua sahabat
saling ketawa. Gembira tidak
terkata. Ah Seng melayan Rashid menjamu selera.
Usai bersalaman dengan keluarga Ah Seng yang tidak asing lagi kepada dirinya, Rashid dan Ah Seng mencari tempat yang agak privasi, terlalu banyak perkara yang ingin mereka sembangkan. Mereka duduk di satu sudut yang agak jauh daripada para tetamu yang ada. Perbualan pun bermula.

“Kau bagaimana?” tanya Rashid, matanya tidak lepas dari
memandang wajah sahabatnya itu.
“Aku, Alhamdulillah,” jawab Ah Seng, tenang dan selamba.
“Alhamdulillah?” Dahi
Rashid berkerut.
“Nama Islamku, Abdul
Rahim,” Ah Seng melakarkan senyuman.
“Alhamdulillah.” Rashid
mengucap syukur. Dia tidak menyangka,
sahabatnya itu diberi petunjuk dan hidayah.
“Aku memeluk Islam di Amerika, waktu di tahun akhir. Aku mengambil masa yang lama untuk menukar
agama, banyak perkara yang perlu aku fikirkan, Alhamdulillah, keluarga tidak
membantah. Tapi aku kecewa, kau memang
bukan seorang sahabat yang baik! Kau
berkawan dengan aku hanya untuk suka-suka sahaja. Langsungkau tidak memikirkan diriku,
keadaanku setelah mati, di mana tempatku di akhirat nanti, kau memang kejam, Rashid!” tempelak Ah
Seng. Wajahnya serius.
Rashid terkedu. Dia
mati kata-kata. Bibirnya bagaikan
terkunci. Akalnya sahaja yang berjalan.
“Kenapa kau cakap macam itu, Seng?” Rashid bingung seketika.
“Yalah, sepatutnya kaukenalkan Islam kepadaku sejak kita
berkawan. Aku tengok kau berpuasa, kau
solat, selalunya kautinggalkan aku sendirian di luar masjid atau surau jika kau
bersolat. Kalau berpuasa pula, kau
sanggup simpan lauk pauk waktu bersahur hanya untuk aku makan, sedangkan kau
berpuasa. Bukankah sahabat yang baik itu
saling ingat mengingati.” Wajahnya tetap
serius.
“Aku…” Rashid mati kata-kata.
“Nasib baik aku sempat memeluk Islam, sebelum ajal
menjemput, jika tidak tentulah kauakan melihat aku dibakar oleh api neraka,”
luah Ah Seng dengan mata berkaca.
Rashid menunduk malu.
Ketika itu dia terlalu mentah dalam soal agama. Dia hanya tahu perkara asas sahaja, mana
mungkin dia mengajak sahabatnya itu memeluk Islam.
“Mana mungkin aku ajak kau peluk Islam? Nanti pasti keluargakau marah!” jawab Rashid.
Tidak mahu perasaan rasa bersalah mendatang pula.
“Kau boleh suruh aku belajar dahulu, walaupun bukan terus
memeluk agamakau,” kata Ah Seng tidak
mahu kalah. Dalam hati dia tetap rasa
kecewa kerana terlambat mengenal agama yang suci ini. Dia melihat sahabatnya solat, ketika itu
mindanya sering bertanya sendiri, siapa yang Rashid sembah? Dia tengok Rashid berpuasa, pernah juga
terlintas di hatinya, buat apa susah-susah berpuasa, untuk siapa dan
kenapa? Setelah memeluk Islam dan
belajar, baharulah dia faham segala-galanya.
“Maafkan aku, Seng.
Aku gagal jadi sahabat yang baik yang membawa kebaikan dunia dan
akhirat,” keluh Rashid.
“Memang aku rasa kesal sangat-sangat, tapi itulah kehendak takdir. Aku kenalkau, tapi bukan kau yang membawa aku pada agama yang suci ini. Tak apalah Rashid. Bukan salah kaupun. Mungkin semua sudah tertulis sejak azali lagi yang aku akan memeluk Islam di Amerika, bukan di Malaysia.
Aku bersyukur kerana ALLAH SWT telah membuka pintu hatiku untuk menjadi muslim sebelum ajal menjemput,” luah Ah Seng, ada nada kecewa dalam getar suaranya.

Hiba hati Rashid. Air
mata sudah pun terbit di tubir matanya. Raa
bersalah menghimpit diri. Rasa kesal
terbenam dalam hati. Kalaulah dia… Rashid terdiam, kaku membisu.
Ah Seng mendekati Rashid.
Dia memeluk erat tubuh sahabatnya itu.
“Tapi kerana kau, aku ingin mendekatkan diri mengenal agama
yang suci ini, Rashid.” Ah Seng
tersenyum.
“Kau maafkan aku?” tanya Rashid.
“Sudah tentu, kaukan sahabat aku dunia dan akhirat,” luah Ah Seng, gembira.
Rashid tersenyum bahagia.
Gembira bertemu sahabat lama, bahagia kerana sahabatnya sudah menjadi
saudara seagama. Ikatan hubungan yang
terjalin semakin erat di hati.
Sahabat yang baik adalah orang yang menerima diri seadanya. Mengajak berbuat kebaikan. Menegur jika sahabatnya berbuat salah. Ada, ketika susah dan senang. Sanggup ketawa dan menangis bersama. Itulah sahabat pada pandangan Rashid. Mulai sekarang dia ingin menjadi sahabat kepada Ah Seng atau Abdul Rahim dalam erti kata yang sebenar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan