Dari kejauhan, wajah itu dipandang lama. Terukir senyuman puas, sepuas saat melihat pemilik wajah itu terkial-kial sedang menguruskan program yang akan berlangsung esok. Langkah kasar yang menggegarkan jubah yang dipakai oleh Ustazah Ummu Salamah. Itu sudah cukup menggambarkan kemarahan yang sedang menembak dan membuat-buak di dalam hati ustazah muda dan rupawan itu.. Terbalas dendam di hatinya. Terlaksana rasa mual yang bersarang. Adakah patut? Setiap minggu ada sahaja program dan majlis yang dianjurkan oleh Masjid An- Nur. Tiada ruang yang kosong untuk dia bernafas. Kehendak pihak atasan juga cukup menghimpit hati dan perasaannya.
Sesungguhnya,
bukan dia tidak mahu turut mengimarahkan masjid seperti zaman Rasulullah
SAW. Tetapi dia tidak tahan. Nah, saksikanlah sendiri akan sikap manusia
yang tidak tahu menghargai masjid.
Bukankah apabila sudah terlalu ramai yang berkunjung, kekotoran terdapat
di sana sini, terutama bilik air? Gerutu
di dalam hati Zaki. Wajahnya berkerut
seribu. Rambutnya yang sudah mula memutih
diraup ke belakang. Biarpun bukan dia
yang membersihkannya, rasa kurang selesa.
Sakit mata dan sakit hati tetap menjebak diri. Seperti dia terjebak dalam semua tugasan yang
telah ditetapkan untuknya oleh Ustazah Ummu Salamah masih belum selesai. Memang sengaja dia tidak mahu selesaikannya,
sengaja dia berbuat begitu demi mengajar
ustazah muda itu.
Huh!
Biar ustazah muda yang memandai-mandai mencadangkan dan mengarah orang lain
buat itu dan ini pergi membereskan semua kerja itu sendiri. Biar padan!.
Hebat sangat iagaknya. Lain kali
jika hendak buat apa-apa aktiviti biarlah ustazah itu berfikir panjang
dahulu. Kalau saban minggu ada sahaja
ideanya mahu mengimarahkan itu, ini, siapa yang sanggup bekerjasama. Siapa yang punya waktu untuk membantu terus
menerus?
Mengarah
memang senang, bukan? Cubalah bergerak
seorang diri, mampukah? Getus hatinya.
Kini dia yang sudah berada di rumah, semakin lebar senyuman terukir,
semakin lega rasa di hati apabila memikirkan bagaimana rasanya sang ustazah
muda rupawan itu apabila Karnival Masjid An- Nur tidak berjaya.
Huff! Tidak sabar-sabar rasanya mahu melihat wajah
Ustazah Ummu Salamah yang berkulit kuning langsat itu memerah padam bak udang
terkena api apabila dimarahi oleh pihak atasan. Tidak sabar menunggu hari esok. Di mana segala masalah dihempap ke bahu
ustazah muda itu. Saat yang sememangnya
di nanti-nantikan. Saat yang akan
membuatkan dia bernyanyi lagu irama
padang pasir. Jelas kedengaran pukulan gendang dan petikan gabus yang
mengalunkan irama rancak membuatkan tubuhnya mengikut lenggok irama yang sedang
dimainkan. Bergerak tubuhnya, bergoyang
pinggulnya menarikan tarian gelek dari negara Asia barat itu. Tenang hatinya, riang jiwanya. Panahan matahari yang sedang memancar terik
walaupun belum menjelang tengahari cukup
memeritkan tubuhnya yang dibaluti jubah berwarna putih. Udara yang nyaman dan angin yang menyapa
lembut tidak mampu mengurangkan rasa geram di hati.
Terbukti
wanita memang tidak layak memerintah.
Wanita tidak layak menjadi ketua jabatan
Wanita tidak layak apa pun. Kecuali menjaga rumah dan membiakkan zuriat. Emosi dan hormon yang sering tidak
seimbang. Lihat isterinya, usai
berkahwin dengannya, dia menyuruh
isterinya itu berhenti kerja, biar pangkat besar sekalipun. Biar berpelajaran tinggi. Wanita tempatnya di rumah. Muktamad. Begitu juga ibunya, siang malam di rumah
beradanya. Di sisi ayahnya siang dan
malam. Ke hulu ayahnya, ke hululah
ibunya. Tiada masalah pun. Tiada sebarang rungutan daripada mereka? Ibu tidak pernah membantah, begitu juga
isterinya. Akur dan ikut. Selagi tidak mengajak ke arah kemungkaran. Khabarnya, usai Karnival ada lagi program besar yang
dirancang oleh ustazah itu. Aduh…! Apa yang
Ustazah Ummu Salamah cari?
Apa yang untungnya berbuat
demikian? Tidakkah semua ini
memenatkan? Kalau masyarakat hendak
hadir ke masjid, datang sahajalah.
Paling kurang enak apabila ada yang menumpang tidur di ruang solat dengan air liur basi dan kulit mati
bersepahan di sana sini. Tidak termasuk
lagi bekas minuman dan makanan yang tidak dibuang dengan sempurna. Tidak tahukah itu tempat untuk orang
beribadat?
Hembusan
nafasnya semakin berat. Esok Karnival Masjid
An- Nur akan berlangsung. Banyak perkara
belum selesai dan sengaja tidak mahu diselesaikan. Mahu sahaja
dia tergelak besar. Ahli
jawatankuasa bahagiannya, dia suruh cuti semuanya. Ustaz Naim baliklah engkau ke kampung. Berehatlah bersama keluargamu. Ustaz Khairul, segeralah engkau bercuti,
rehatkan minda dan tubuh. Mereka ikut
sahaja arahannya. Sama malas dengan
dirinya. Langsung tiada rasa bersalah,
malah turut ketawa riang.
Semakin lebar senyumannya. Biar ustazah Ummu Salamah berkepak seorang
diri, bagai burung patah sayapnya. Biar
dirasakan. Biar padan dengan mukanya.
Matanya
yang berbinar-binar resah masih lagi memerhatikan ustazah itu berjalan membelah
cahaya matahari yang sedang garang
pancarannya. Dahinya berkerut
lagi. Bibirnya cemberut terus. Di sebenarnya tiak pasti kenapa hatinya berat
sangat ingin membantu. Adakah kerana
ustazah itu seorang wanita menyebabkan dia tidak suka diarah-arah. Rasa malas sering menerjah. Bagi dirinya masjid biarlah hanya jadi tempat
beribadah. Buat apa susah payah mengatur
berbagai program atau membenarkan orang datang melawat? Untuk apa?
Masjid bukannya zoo dan bukan juga muzium untuk dilawati para pelancong
dan sebagainya. Tidak mungkin mereka
tidak tahu tentang masjid? Takkanlah
rumah ALLAH hendak dijadikan tempat berpesta pula? Mengapa
perkara semudah ini pun, ustazah itu sengaja buat-buat tidak faham? Zaki mendengus kasar. Biarlah
Penolong Pengurus Kanan itu buat seorang diri semua rancangannya. Biar, biar, biar…! Dia tidak mahu pening-pening kepala. Kalau masjid tidak merancang apa-apa aktivitipun
bukan ada masalah. Tetap ada orang
datang solat dan beribadah. Kalau sudah
beramai-ramai, kotorlah pula persekitaran masjid. Dia tidak mahu perkara itu berlaku.
Dengan
perasaan yang sebal, Zaki bergerak disela-sela
orang ramai yang mula memenuhi ruang masjid, kebetulan hari itu adalah
hari Jumaat. Tentulah ramai ke masjid
awal. Kebetulan kawasan khemah sudah
dipenuhi para peniaga. Makin ramailah
datang berjalan. Sambil cuci mata. Dia keluar meninggalkan perkarangan masjid
yang bagaikan tempat berpesta, dengan alunan irama muzik dan suara orang mengaji bersilih ganti. Dia memandang ke kiri dan ke kanan, bau
semerbak menikam hidungnya. Haruman minyak wangi yang dijual oleh beberapa
gerai di situ. Lagi berlama dia di situ
nanti dilihat pula oleh Ustazah Ummu Salamah yang tidak suka tengok orang
senang itu. Sengaja dibiarkan
telefonnya mati. Biarkan.
Biar mereka tidak
menjumpainya. Bayangnya pun dia
tidak mahu Ustazah Ummu Salamah jumpa.
Dia mencebik. Perasaan geram
menyula dalam diri.
Rajin
sangat! Hendak tunjuk baik! Macam dia seorang yang bagus dan mampu buat
kerja. Untuk apa? Hendak mengampu orang atasan? Untuk apa mengampu? Zaki mengomel sendirian. Perasaan semakin panas. Kalau rajin tidak menyusahkan para
petugas yang lain, baguslah juga. Ini tidak semua terpaksa campur tangan,
tunduk pada arahan ustazah itu. Seperti tunduk kepada Firaun. Hish! Malasnya melayan ustazah yang suka menjerat diri
ini. Masalahnya juga masih belum
selesai. Sudah berkali-kali dia meminta
pindah dari masjid tersebut. Tidak
sanggup bertugas sebumbung dengan ustazah itu.
Biarlah ustazah itu buat sendiri.
Pandai sangat, memandai-mandai!
Langkahnya
diatur menuju ke kenderaannya. Hatinya semakin panas, sama panas dengan cahaya
matahari yang sedang memancar terik.
Dia mengerling kenderaannya yang
diletakkan tidak jauh dari perkarangan rumah lebih kurang satu kilometer
dari masjid. Rumah untuk para petugas masjid memang
disediakan. Menapak laju hendak segera sampai ke arah kenderaannya yang berwarna hitam matlik. Sengaja dia mematikan telefonnya. Malas hendak berjawab kata dengan rakan-rakan
setugas yang akan hanya buat fikirannya kacau bilau. Pasti mereka mencarinya. Biarlah.
Dia tidak peduli apa. Tiada siapa
suruh tunjuk rajin menganjurkan berbagai
program dan majlis. Dia sendiri tidak
faham dengan sikap ustazah yang seperti lipas kudung tidak pandai duduk diam.
Hish,
ustazah! Tugasku adalah sebagai imam di
masjid itu, biarpun jarang bertugas sudah terasa letihnya. Tahu?
Ini hendak ditambah dengan berbagai program yang kononnya hendak mengimarahkan masjid.
Untuk apa? Hengak mengotorkan kawasan masjid? Hendak melihat berbagai jenis dan spesis
menyinggahi masjid ini? Kalau mereta
tahu menjaga dan menghargai kesucian masjid tidak mengapalah. Ini tidak, pasti ada kerosakan di mana-
mana. Dia masuk ke dalam perut
kereta, memandu laju meninggalkan
perkarangan masjid.
T_T
BalasPadamApalah yang jadi lepas ni?
sabar... hik hik hik
Padam