KEMURUNGAN SELEPAS
BERSALIN (Postpartum Depression- PPD)
Setiap
pasangan yang berkahwin, pasti tidak sabar menyambut kelahiran seorang ahli
baharu dalam keluarga. Kehadiran si
kecil ibarat pengikat kasih antara suami
isteri. Pada mulanya ibu akan berasa
bahagia saat si kecil berada dalam kandungan.
Semuanya berubah apabila sewaktu proses melahirkan pelbagai perkara
terpaksa mereka lalui. Perkara yang
tidak pernah mereka bayangkan dan tidak pernah diceritakan kepada mereka. Setiap ibu di dunia ini melalui proses
melahirkan yang berbeza-beza. Tidak akan
sama. Kesakitan ketika melahirkan. Ada yang terpaksa dibedah pada saat akhir apabila
si kecil sukar dilahirkan secara normal.
Kepenatan yang dirasakan ada ketika membuatkan si ibu berasa serik untuk
mengandung dan melahirkan lagi.
Menurut
artikel yang dimuat naik dalam Asianparent. Tingkatan tekanan ada
tiga. Postpartum Blues
adalah kemurungan selepas bersalin, antara tanda-tandanya sering berasa sayu, mudah menangis, sentiasa
berasa letih, mudah tersingung, biasanya akan hilang jika ada sokongan daripada
ahli keluarga yang lain terutama suami.
Kemurungan
yang kedua pula berlaku apabila kemurugan pertama tidak ditangani dengan
baik. Ahli keluarga menganggap ibu muda
ini mengada-ngada dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan keadaan baharu yang
sedang dialami. Jika dibiarkan akan
membuatkan si ibu berasa semakin tertekan.
Ibu akan mula menangis seorang diri, mudah tersinggung dengan kata-kata
ahli keluarga yang lain. Kurang tidur dan bimbang tidak kena pada tempatnya.
Ketika
kemurungan yang ketiga mendekati, ahli keluarga perlu bertindak segera dengan
membawa ibu bertemu dengan pakar psikiatri agar masalah yang dihadapi boleh
diselesaikan segera. Di saat terlihat ibu ini bercakap seorang diri, terdengar
suara-suara halus yang menyuruh membunuh dan mencederakan bayi, usah dibiarkan
sehingga perkara itu berlalu baharu hendak bertindak. Ia telah menjadi masalah
mental kepada ibu.
Setiap
perkara ada jalan penyelesaiannya.
Sebagai seorang ibu beragama Islam, sejak awal kehamilan lagi, ibu
digalakkan perbanyakkan ibadah, seperti membaca al-Quran, berzikir dan membuat
solat hajat serta berdoa agar diberi ketenangan, dipermudahkan segala urusan
dan diberi kesabaran ketika menghadapi saat-saat melahirkan.
Kepada
yang bukan beragama Islam pula, perbanyakkan membaca, bertanya dan berbual
dengan mereka yang jauh berpengalaman, agar dapat melalui proses melahir dan
berpantang berjalan dengan lancar.
Setiap
ibu muda perlu tahu bagaimana keadaan bayi selepas dilahirkan. Perlu tahu
bagaimana menangani masalah anak yang mula menangis, sukar didiamkan. Ketika dan saat inilah pertolongan daripada
seluruh ahli keluarga amat diperlukan, supaya ibu dan anak berjaya menempuh
saat-saat yang sukar ini dengan hati yang tenang dan sabar. Sokongan daripada ahli keluarga sangat-sangat diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan